Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Sunday, May 5, 2013

Janji...kau ingatkan



Bismillah..
Assalammualikum..hari ini merupan hari paling bersejarah dalam sejarah Malaysia,kerana
Malaysia bakal menerajui perubahan yang sangat besar..

Malangnya saya tidak berkesampatan untuk berjuang bersama sahabat2 Di Malaysia
adakah saya Futur (berputus asa) ?? Nauzubillah..

Moga ALLAH tetapkan hati kita dalam medan dakwah ini.

saya berada di luar negara untuk menuntut ilmu dan pengalaman.
sedangkan saya telah berbai'ah (ikat janji) kerana ALLAH taala..
akan terus thabat dalam perjuangan ini..

Alhamdulillah selama 3 bukan pertama sebelum pembubaran parlimen di Malaysia
sempat meluangkan kudrat yang ALLAH pinjamkan kepada saya demi islam..
adakah saya berpuas hati???
owhh sesungguhnya tidak..kerana saya tidak dapat menyaksikan sendiri dan merasai
keindahan perjuangan sebenar yang selama ini saya pelajari..

namun,saya berazam dan bertekad selama 5bulan saya tidak di Malaysia dan tidak dapat mengundi malah tidak dapat menyumbang tenaga saya dalam perjuangan sebenar kali ini..
saya telah mengikob (denda) diri saya dengan sesuatu yang tidak saya mampu.

semoga ALLAH permudahkan urusan
MUJAHID DAN MUJAHIDAH,
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
AMILIN DAN AMILAT
JUNDULLAH
sekalian...
jangan kau gentarkan hati kami YA ALLAH.,malah TETAPKANLAH
jangan kau ragu-ragukan hati kami YA RAHMAN malah TEGUHKANLAH..
jangan kau lemahkan hati kami YA RAHIM malah, KUATKANLAH...

kau adalah segala2nya..
*sollu ala nabi..
*ALLAHUMMA NAJJIHNA''

~azamku..kepulanganku memberi khidmat untuk islam..
ingatkan saya,jika saya leka,lupa,gila !!!!
sesungguhnya perkara yang paling saya takuti adalah laknat darimu YA ALLAH.''bantu saya dalam janji ini.

*terima kasih pada sahabat yang menyokong.


Tuesday, March 6, 2012

kekejaman tidak selamanya bertakhta..~~percayalah.!




Bismillah biiznillah..

Assalamualaikum, saya harap kalian semua sehat2 hendaknya dengan nikmat islam yang sentiasa menyuruh kita berkasih sayang dapat saya mengupas satu isu yang sekarang melanda tanah mesir (isu anak islam disini..) dengan nikmat kasih dan sayang kepada semua mahasiswa saya terdetik untuk menceritakan mengenai isu mereka...

supaya kita tahu dan sedar mengapa kita perlu dan wajib mencari kebenaran...sebenarnya pihak yang salah mereka tidak berani berhadapan dengan kebenaran mengapa???kerana mereka berjuang untuk mereka..seandainya mereka berjuang untuk ummah mereka akan menjadi seorang yang zuhud...

nasib kita tak sama namun percayalah sejarah mungkin berulang (sila nyanyi macam tomok nyanyi dulu2...he3 gurau je.:)

Meh saya nak bergosip jap...sebelum itu bagi hukum dulu kang marah pulak puak2 sensitif cakap ustazah mesir ajak gosip...macam ni cik kiah oiii...gosip pasal pemimpin yang zalim nih harus sebab kita nak suh dia turun...memang orang macam nih kita tak nak...buat malu umat islam je...haaa dah tau kan...so saya bercerita okkeh..''.)

Adakah kalian mengenali PMRAM?? itu singkatan yang pendek yang panjangnyer...
Persatuan Melayu Republic Arab Mesir...
tertubuh persatuan ni di mesir pada tahun 1930 sekarang dah 80 lebih umur persatuan nih...
nilah satu2nya persatuan yang cuba di hancurkan oleh sesetengah pihak..dengan menghantar parasit2 untuk memusnahkan persatuan ini dan mahasiswa yang memberi komitment kepada persatuan ini.

jika ada mahasiswa yang tak ikut cakap depa dia akan menyusahkan mahasiswa tersebut dengan pelbagai ugutan.

macam-macam usaha mereka namun segala usaha itu adalah kekuatan kepada persatuan ini..sebab itulah sehingga sekarang persatuan ini masih di pelihara oleh ALLAH..

banyak ugutan yang dilakukan nak sebut tak boleh sebab banyakkkkk sangat nak kira kena guna jari sahabat2 sekali.banyakkan...hurmm

Tahun lepas anjuran Gerakan Suara Rakyat (SUARA) nama singkatanyer...depa buat himpunan pra bersih 2.0 kat asyir (di kota kaherah,mesir) dah tu ramailah mahasiswa turun join...nak jugak tengok sekali sekala pilihan raya kat malaysia tahun ini mengundi dengan bersih dan telus lagi amanah..tak gitu.!!

maka dengan pantasnya mereka (parasit2) nih mencari jalan untuk menjatuhkan mahasiswa yang terlibat dengan mengambil gambar dan menghantar ke negeri masing-masing untuk mengambil tindakan antara ugutan yang paling mantap adalah dengan penarikan zakat..

Baru nih 9 orang kau kena tarik zakat budak negeri terengganu...memang tak patut....mahasiswa ni join pun sebab nak sokonglah kena bersih dalam pilihan raya kenapalah dengki sangat sampai tarik zakat??haissh...

kenapa saya terpangil untuk menaip?? sebab ini isu mahasiswa mengenai penarikan zakat dan paling kejam melucutkan pembelajaran seorang ustaz master dengan alasan ustaz tersebut menjadi penganas...eh ape ke...pakai baju kuning berhimpun tanpa senjata dikatakan teroris...

dah tu raja2 di Malaysia???adakah mereka juga penganas??

terbaru isu kekejaman negara syria....wajarkah kita angkat tangan dengan mengatakan tidak mahu ambil tahu sedangkan ia isu umat Islam...di bunuh tanpa sebab dikatakan kita silent jer??

oh dunia....
mengapa ramai manusia mengejar engkau...

saya pun bukan pandai berkata-kata namun senyap bukan bermaksud mengiyakan apa yang berlaku kita masih melihat dan tetap merancang setiap lakonan mereka

percayalah yang lemah tidak sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanyer kuat..

Ya ALLAH banyak aku berkata-kata...banyak juga kesalahan hamba ini..
namun dengan pencerahan ini memberi kalian untuk terus mengkaji
siapa panglima dan siapa musuh..
siapa parasit dan siapa penawar...

























"aku bersabar kerana tekad...bukan kerana kerelaan...''

''Berkata Benarlah Walaupun Ia nya Pahit...''













Monday, November 14, 2011

kualiti yang ku perlukan~~~

Assalamualaikum...

Dua hari lepas saya bersama-sama kawan2 di ARMA satu aras dengan saya mengajak ke makam aulia,kalau diingat sudah lama tidak berjaulah begitu anjuran mana2 persatuan..

apa yang ingin saya kongsikan adalah semasa perjalanan kami, kami berpeluang untuk menziarahi makam wali shoghir (wali kecil) anak kecik yang di kurniakan ALLAH s.w.t satu kelebihan sudah khatam al-quran ketika usia kecil dan mampu bertutur dengan fasih dan lancar.wafat ketika usia 4 tahun.Subhanallah....

untuk kali ini sudah 4 kali saya ke makam(tidak silap saya) itu dan kali ini terlintas di hati ini ingin bertanya kepada ibu si anak kecil apakah rahsia dia melahirkan anak yang soleh sebegitu..dan tanpa segan silu kami bertanyakan kepada si ibu dan dia hanya menjawab "aku bersalin seperti orang lain bersalin,tiada beza.." kami diam dan senyum sesama sendiri.

saya hanya diam tidak memaksa namun di sudut hati sangat ingin mengetahui rahsia itu sebelum kami pulang dengan rasa hormat kami bersalaman di kala itu si ibu menambah...
"aku doakan kamu semua najah(berjaya) dan dapat berkahwin dengan syeikh..kami amin dan berlalu pulang..."

sebenarnya di masa dahulu si ibu pernah memberi tahu rahsia itu..namun saya melupakannya sehinggalah keesokan harinya datang seorang sahabat saya telah mengingatkan kembali adakah sahabat ingin tahu??

ada dua pertuanya...
1)doanya untuk berkahwin dengan syeikh kerna soleh mereka...(berkahwin dengan orang yang soleh)

-wanita yang solehah wajib berkahwin dengan yang suami soleh kerana lelaki adalah ketua keluarga hanya mereka mampu mengekalkan kesolehan isteri mereka dengan bantuan suami yang soleh tadi.

2)si ibu pernah berkata "aku bukan penghafal Al-Quran,namun aku cuba menghafalnya dan megkhatamkannya..."

maka bagi ibu2 yang sedang mengandung perbanyyakkanlah membaca Al-Quran dan berusaha mengkhatamkannya..kerana dalam masa mengandung banyak dugaan keboringan dan ketakutan untuk menghadapi saat2 bersalin..carilah peneman yang sangat banyak memberi syafaat kepada kalian iaitu Al-Quran,bersahabatlah dengan Al-Quran.:)

P/s: gambar di atas adalah ibubapa kepada wali kecil itu..semoga ALLAH menambahkan keimanan kepada kita..ya ALLAH kami memohon rahmatMU...amin.





suasana di Mesir begitu biasa dengan politik...ia membuatkan ada sesetengah pihak kurang senang dengan keterbukaan itu,namun ia adalah keterbukaan yang positif kerana Mahasiswa adalah mereka yang memerlukan ikon yang jelas untuk usia matang kelak..
mereka harus mencuba dan mengenali semua sudut bukan sahaja politik malah semua aspek..kerana mahasiswa adalah pemimpin akan datang.

jadi mereka wajib banyak membaca dan mengetahui sambil mengambil tahu dari semua hal,supaya mereka tidak mudah dirobotkan oleh mereka yang hanya mementingkan hak mereka dari islam...dan itu semua yang disarankan oleh islam..

keperibadian yang berkualiti sangat dan amat payah...seperti budak yang berusaha untuk berjalan akan ada jatuhnya,akan ada tangisannya..dan ia bermula bukan sehari dua namun memakan masa, keberjayaan itu terhasil dengan usaha yang gigih.juga azam yang kuat.

meningkatkan kualiti didalam diri memerlukan sokongan dan dorongan luar..supaya bila mana badai datang melanda diri tidak mudah kaku dan jatuh.seperti kejayaan semua orang boleh berjaya namun untuk mengekalkan kejayaan itu amat payah.

maka sahabat2ku..tambahkan kualiti anda dalam berkerja juga membina identiti diri..
jangan malu untuk bertanya dan memberi pendapat..biar kita malu diusia mahasiswa ini..
biar kita jujur dalam memperkatakan yang haq,
pemikir untuk ummat akan datang bermula kualiti yang kita ukir dari hari ini,
kejayaan islam akan datang memerlukan kefahaman islam bermula pada hari ini...

Monday, August 16, 2010

Ya RabB...

Assalamualaikum.....

salam ramadhan buat sahabat-sahabat seperjuangan semoga kita dapat menjalankan bulan tarbiyah ini dengan bersungguh2 demi mencari kereadhaan ALLAH TAALA..

lama sudah tidak berkesampaian untuk posting blog ini.alhamdulillah dapat jugak untuk saya berceloteh dua..=)

sebelum itu kemaafan diucapkan kepada semua sahabat2 sama ada mengenali atau tidak..

takziah saya ucapkan kepada sahabat saya yang kemalangan baru2 ini mengakibatkan ibunya meninggal ditempat kejadian ketika saya mendapat berita ini saya ingin menyuap makanan terakhir ketika berbuka..yA ALLAH terkejut sehingga terus merasa kenyang, namun itulah hakikat yang kawan saya kena hadapi ada hikmah disetiap yang berlaku.

pada tahun ini saya dan sahabat lain berpuasa di ardhul kinanah (mesir)
dengan suhu yang cukup menguji...nasib baik tukar jam kalau tak lagi lambatlah kami berbuka dengan sungguh panas

saya fikir agaknya beginilah keadaan rasulullah berpuasa dengan keadaan yang sungguh panas
nak keluar rumah tu ada kerja yang benar2 penting..masyaALLAH aku berlindung kepadamu YA RABB...

kalau kita belajar syariah solat zuhur boleh dilambatkan sedikit kerana panas yang teramat tapi ada perbahasan ulama' dilain waktu akan saya kongsikan bersama sabahat2..i,ALLAH

semoga kita dapat bertemu di ramadhan akan datang...
ALLAHUMMA BALIGHNA FI SYAHRI RAMADHAN...


Salam Ramadhan....=)

Sunday, May 30, 2010

Kelakar ker?



Musim-musim kepenatan menelaah kitab2 kuliah..
ada jer cerita lawak dari kawan2 saya yang lucu dan ingin saya kongsi di dalam blog saya hari ini..



~~~~~
masy : apakah pandangan pakcik mengenai kes bunuh diri yang semakin menular di Malaysia sekarang?
pakcik: pandangan pakcik kaburlah nak.
masy: ???

~~~~~
di dalam sebuah HOTEL di Bahrin,
8.30 am
kringgg.kringg


pekerja hotel : hello miss,sorry u must to check out at 9.00 am
cikot: okkeh, sambil meletak ganggang talifon
atie: kenapa cikot?
cikot: dia suruh tengok luar...
atie: ????
~~~~~
di dalam sebuah kelas
semua pelajar dikehendaki menulis karangan mengenai keluarga masing2
tiba-tiba...

cikgu: zairi kenapa untuk abang awak ni kosong?
zairi: saya tak tahu nak tulis apa cikgu,sebab saya tak pernah tengok abang saya buat kerja
cikgu: ???

~~~~~
Di sebuah kedai runcit yang sempit..

penjual: semua lelaki sila tunggu kat luar sebab anak dara ramai dalam kedai ni.
khairul: jadi saya boleh masuk la encik.
penjual: kenapa pulak?
krairul: saya pun anak dara, nama mak saya Dara bin Bujang.
penjual:???

p/s: sekadar senyuman..nama di atas rekaan semata-mata, jika ada yang tersama maaf yer.hehe salam peperiksaan.

Sunday, May 2, 2010

buat k.mar juga

BLn April.....

~alfatihah tuk arwah atuk...akk sayang atuk.

~happy belated birthday buat k.mar,erm jangan lupa bagi kita hadiah.!!
hadiah akk nak balik mesia, dan jangan harap kita nak bagi akk hadiah
kita senyum kat akk hari2 itu merupakan hadiah hari2 untuk akk..
tapi mai nak material...huhuhu
akk kedekut kita tarik zakat akk..=)

paper pown...moge akk dimurahkan rezeki, di berkati hidup, balik tahun ni,.
doakn kami sama yer..

BLn Mei...

imtihan
examination
peperiksaan

tension?
hilang keyakinan diri?
rasa tidak bersemangat???

legakan perasaan anda dengan banyakkan berdoa kepada ALLAH..
mengharap kepada ALLAH...

************

buat sahabat2...
jangan tension2 okkeh...masa ada lagi ni..
bagi yang sudi membantu syukran.
bagi yang kalut2 tenang2 saja ya..=)

************
buat famly doakn kami.=)
buat akak2 n abg2 lama doakn,=)
buat k.opie...mai minta maaf n doakn kami yer.=)

p/s..okkeh jangan lupa seeeennyummmmmmmmmm....:)
dan doakan.

Sunday, April 18, 2010

kedewasaanmu


11 April 2010


genap 80 tahun umur PMRAM
PMRAM melalui hari-hari dengan berbagai-bagai rintangan
namun itulah perjuangan jika tiada halangan
tiadalah kenangan dan pengalaman

......(tak ingat rangkap ni).....
sudah 80 tahun umur pmram
ingatlah kenangan semalam
janganlah kau padam



13 april 2010

mabruk kepada sabahat2 kepimpinan PMRAM sesi 2010

tahniah dan takziah..

jangan sedih atas taklifan yang ditanggungjawabkan..

jangan rasa kalian berseorang..

kami ada..

saya ada...

ingat diri ini memang saya infakkan untuk kerja-kerja islam..

itu janji diri ini..

~biarlah hidup lama namun bermakna untuk illahi~
~marilah mencari redha illahi~



Wednesday, February 3, 2010

image dalam s..O..L..a..T



be ad
: uittt gosok baju ni nak ke mane??


are ku : ader ah...mane boleh bagi tahu...hehe

be ad : erm..okkeh aku just tanya..
ada paper problm story la k..

are ku : okkeh my friends..:)

5 jam kemudian******

be ad : aik awal balik???seronok?

are ku : boleh lah...

be ad : jom solat...dah azan tu.

are ku : yuk...

be ad : aik...tadi bukan main cantik baju kau gosok nak jumpa si dia..
ni nak solat tak gosok dulu k telekung tu??

are ku : ala..kan kejap je solat..

be ad : mira kita nak jumpa ALLAH lah yang sewajarnya kita berbersih dan sepatutnya cantik-cantik dan wangi-wangi...
tapi,,ni depan manusia je kau macam tu..jangan lah macam ni.

are ku : thanks beadah...

^^^^^^^p/s: selama kita berada di bumi ALLAH ini... sejauh mana kebijakkan kita menegur sabahat kita atau orang sekeliling kita tentang pentingnya solat dan menjaga imaje ketika berhadapan dengan ALLAH...??

satu video dalam you tube...suka tuk kita renungkan..
biar sedikit tapi kita sedar dan hayati...:)


Friday, December 18, 2009

Selamat TahuN BaRu...=)


Bismillah...
Subhanallah...

ya ALLAH..dah masuk tahun baru lagi...
agak-agaknyer apalah azam n impian sahabat2 pada tahu ini??

mulakan matlamat sahabat dengan bismilah dan meletakkan
segalanya kerana ALLAH taala..

ada yang bercita nak jadi kaya..
ada yang bercita nak cepat abes study nak cepat kawen =)
ada yang bercita nak itu,nak ini..bla bla bla....
realiti pada seorang manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..
semahu-mahunya ingin yang terbaik..
itu lah manusia yang sentiasa berharap..

sahabat-sahabat AZHARIKU...
selaku pendaie kepada keluarga,masyarakat dan negara..
dimana sensetiviti kita dengan ilmu kita???
mahukah kalian menjadi kaya??kaya dengan ilmu..

sahabatku..mereka yang kaya itu apabila ada pada dirinya sesuatu
ia akan kongsi bersama-sama...
mereka yang kaya itu tidak seharusnya mempunyai sifat kedekut..lokek bahasa pasarnya.
mereka yang kaya itu semestinya sentiasa sensitif dengan sahabatnya yang miskin...
mereka yang kaya itu sewajibnya mensyukuri nikmat yang ALLAH berikan...

dan mereka yang miskin...
seharusnya bersyukur kerana...diberi akal yang tidak ternilai harganya.
semestinya berharap jangan yang dimiliki sekarang sudah mencukupi,malah cari...
terus mencari...dan hingga boleh menjadi pencuri!!
pencuri yang mendatangkan manfaat pada dirinya pada masa akan datang...

pencuri ilmu adalah paling ditakuti kerana mereka bersungguh-sungguh untuk mencuri..!

>>>>

sahabatku kita boleh untuk fikir untuk kaya di dunia tapi dengan tiga syarat:
pertama......kerana ALLAH
kedua..........bukan hidup untuk meminta-minta
ketiga..........(asif)

***mulakan matlamat kalian demi mencari redha ALLAH swt...

Sunday, September 6, 2009

btul k??

ramadhan menjelang lagi...
marilah sama2 kita bersyukur kerana diberi nikmat oleh ALLAH supaya dapat lagi merasai madrasah ramadhan pada tahun ini...

ermm..sewaktu kita di zaman persekolahan..
pasti puasa kita..
pergi sekolah...lepas itu balik sekolah dan yang paling seronok habiskan dengan tidor.
cukup masa buka puasa n pergi solat tarawih 20 rakaat dengan atuk ke,umi ke, abah..

apabila naik sekolah menengah ramadhan disambut dengan pergi solat tarawih sendiri..
tapi da makin malas sikit rajin pun buat 8rakaat je..
paling asyik pun duduk rumah tak pergi mana2..dengan habis masa tengok tv..

bila da besar masa lagi disebukkan dengan urusan dunia..
kadang2 je pergi solat tarawih..ada yang lagi teruk langsung tak puasa...
ermm...siapa nak jawab nanti??
mestilah diri sendiri..

saya menyeru diri saya dan sahabat2 saya..
tinggalkan sekejap dunia ni..sama2 kita meghidupkan ramadhan..
kita tidak tahu..masih adakah ramadhan buat kita pada tahun akan datang..
salam ramadhan...:)

Saturday, August 29, 2009

Sunday, August 9, 2009

manik jernih







sebagai seorang muslimah adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita sepenuhnya??

erm....sastu isu yang agak lapok atau kita lebih kenal isu basi..
namun biar basi isu ini..ia tetap menjadi sejarah dunia malah sejarah pada ISLAM..


marwa syarbini...

seorang wanita mesir yang berhijrah ke tempat orang dan di tuduh sebagai tetorist hanya kerana bertudung...!!
bangkit membela diri di mahkamah dan berjaya mematahkan tuduhan palsu itu
namun ketika diri berjaya ada hati yang masih tidak senang akan kebenaran lalu beliau ditikam sebanyak 18 kali...hadir seorang hero(suami) ingin memberi pertolongan ditembak oleh penjaga pintu dengan alasan hero tersebut beridentitikan tidak sama dengan orang tempatan.


kita lihat masyarakat malaysia sekarang ramaja-remaja begitu bangga dengan tindakan tidak bermoral mereka.
dan ada yang bertanggapan sekiranya tidak berperwatakan sedemikian dianggap berpemikiran kolot.astaghfirullah.

sekarang ni ramai orang hanya berbincangkan dan berkatakan mengenai segala permasalahan2 yang timbul namun kurang dalam pemikiran untuk MENCEGAHNYA.
wahai muslimah antum sebenarnya bukan tidak mampu...
wahai muslimah antum bukan seorang yang lemah...

malahan..
antum sebenarnya adalah seorang yang
PENGECUT..!!
PEMALAS..!!
MASIH LENA DIBUAI ANGAN-ANGAN..!!

sahabat2 yang saya kasihi...hilangkanlah
sifat cintakan dunia ini didalam hati dan kehidupan kalian...

*peringatan itu lebih dekat kepada diri yang menaip ini..
namun sekadar ingin meniup semangat sahabat yang lain supaya lebih sensitif dengan isu-isu yang sedang berlaku.
jangan pabila sesuatu bencana berlaku kepada diri atau keluarga baru ingin rasa menyesal..nauzubillah..

***********
sahabatku...
ketika dirimu atau keluargamu diuji..ingatlah bahawa ALLAH begitu mengyayangimu..
bersangka baik kepada ALLAH..letakkanlah ALLAH satu-satunya perancang kehidupan yang terbaik untuk kita..

menangislah..mungkin kerana kau kurang menangis sebelum ini..
namun biarlah tangisan itu..benar-benar kerana ALLAH..
bertaubatlah..bermohon ampunlah..selagi kita diberi nafas percuma ini..
bersyukurlah wahai sahabatku...

Tuesday, July 14, 2009

3 in 1



realiti kehidupan..

sekiranya kita kejar akhirat kita akan dapat dunia bersama. namun.. jika kita kejar dunia,kita akan dapat dunia semata-mata...:)




*******

kawan...
huh!!!
cukup terkilan dengan sikapmu
namun kuasa ALLAH telah menentukan
segala-galanya...
akhirnya segala sikap burukmu terbongkar
satu...persatu..
kau menyesal...???
aku tak pasti (kejamnya..)!

erm..biar masa menentukan segalanya..
dan kurasa kami tidak layak memangil gelaran
kita kawan..
bukan membenci dirimu..!
namun...
jelek dengan sikapmu...

moga ALLAH buka pintu hati ini untuk mengubah segala-galanya yang terbuku..
harap tiada dendam antara kita..

p/s:siapa terasa dengan kata- kata ni...ermmm bagus lah!!
tapi kalau biasa je...pun bagus jugak...huhuhu

^^^^^^^^^

-baru2 ni sahabat saya ditimpa musibah di mansurah..
sahabat-sahabatku..doakanlah kesejahteraan sahabat seislam kita..
baru2 ini juga seorang sahabat ikhwah saya bapanya telah meninggal dunia...
sama2 lah kita mendoakn supaya mereka tabah dan sabar

ingat setiap yang berlaku ada hikmahnya...

~~~~~~~~~~
hari ini..
berita gembira sahabat saya selamat melahirkan mujahid yang di beri nama mohd afif b.arif
tahniah alaikum...:)

Monday, June 1, 2009



hari ni....sorang-sorang lagi..!!!!
esok pun mesti sorang-sorang lagi...!!!
hari-hari jalan sorang-sorang...

tapi sebenarnya...kita tak sorang-sorang pun.
ALLAH sentiasa bersama kita jika kita sentiasa menginggatiNya.
tak percaya???btul...
percayalah....

actly tak de benda nak posting pon...just nak taip
tadi g m**** sorang-sorang...yelah belum berduakan..ahaks!

tengah jalan2 tu..nampak la kat depan hospital(rabaah)ni.
ada sorang makcik tu mata dia..sakit kot.

*mestilah sakit terang-terang baru keluar hospital.

dah macam lanun sebelah mata dia...hati terdetik mesti dia bedah mata..
doaku..
moga allah cepatkan sembuh untuk dia..amin.

tu lah kehidupan...rajin la doakan untuk orang sekeliling kita.
sebab manalah tahu dalam diam dia jugak mendoakan untuk kita.
sapa yang untung???

bukan senang nak buat pahala...dan bukan senang-senang je
kalian ingin buat dosa...:)

ending...harap2 tak mengulang paper tdi(doa sama2.)


Friday, May 15, 2009

dimanakanku cari ganti-1

siri SATU....


kalau saya malas...
dia selalu bagi NASIHAT...

kalau saya lupa...
dia selalu INGATKAN...

kalau saya tidak ada mood..
dia selalu cuba buat lawak...

walau siapa pun dia...saya tetap rindukan dia..
sayangkan dia.....


-kami sekarang musim exam...kepada kawan2..
doakn kami di sini...
maaf salah silap...0-0...-

Saturday, January 31, 2009

akhirnya Angah PERGI dulu....

siri pertama....

Dari tajuk saya mesti berbagai-bagai tafsiran di kotak fikiran sabahat2.
agak2 apa yer???
hehehe...Angah adalah pangilan MANJA dalam adeq beradik HEWI kepada k.Hanisah Bt Muslim
kerana dia lebih tua dari saya dan HEWI2 yang lain(gurau je ngah).
alah rasanya ramai yang da tahu yang angah akan pergi meninggalkan alam bujangnya..
kepada alam yang lebih banyak tanggungjawabnya.
namun dengan jalan ini...
mudah kepada sorang muslimah untuk ke syurga hanya dengan mentaati seorang insan bergelar SUAMI.




Saya tak tahu adakah ini berita GEMBIRA atau SEDIH...?
sedihnya...Angah kemungkinan tidak dapat nak selalu junguk kitaorang,mungkin kitaorang tak dapat nak manja2 mcm dulu lagi...manja ke??hehe
gembiranya...Angah akan menyempurnakan imannya..seperti yang diriwayatkan oleh rasulullah.
i.ALLAH besok angah akan nikah..majlisnya akan menyusul..nantilah saya bagi tahu..
tunggu yer...:-)

Tuesday, January 13, 2009

ermmm....



Ambillah waktu untuk berfikir,
Itu adalah sumber KEKUATAN.


Ambillah waktu untuk bermain,
Itu adalah rahsia dari masa muda yang ABADI.


Ambillah waktu untuk berdoa,
Itu adalah sumber KETENANGAN.


Ambillah waktu untuk belajar,
Itu adalah sumber KEBIJAKSANAAN.


Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
Itu adalah hak ISTIMEWA yang diberikan ALLAH.


Ambillah waktu untuk bersahabat,
Itu adalah jalan menuju KEBAHAGIAAN.


Ambillah waktu untuk tertawa,
Itu adalah muzik yang MENGGETARKAN jiwa
.

Ambillah waktu untuk memberi,
Itu adalah membuat hidup terasa BERERTI.


Ambillah waktu untuk bekerja,
Itu adalah nilai KEBERHASILAN.


Ambillah waktu untuk beramal,
Itu adalah kunci menuju SYURGA.


p/s: ...kata dari seseorang...thnks..:-)
...salam imtihan...

Thursday, January 8, 2009

sekali melangkah..tidakku berpatah kebelakang!

UniVerSiti AL-AZHAR..!
satu mercu menara gading
yang selama ini
aku idamkan...
aku inginkan...
aku targetkan...
aku impikan...

namun...
disaat peperiksaan yang menjelma..
aku di uji..
dan terus di uji..

terdetik di hati..
adakah IBU tidak merestui pemergianku??
di saat keluar keputusan peperiksaan..amat menyedihkan.
adakah IBU tidak meredhoi keberangkatanku??

Ya ALLAH..
bukakanlah pintu hati insan yang selama ini aku sayangi,aku hormati
aku kasihi...
bukalah pintu harinya supaya..
meredhoi..merestui..melepaskan
pemergianku..
demi untuk agamaMU Ya ALLAH..

IMTIHAN..
tinggal berbaki untuk aku dan sahabat2 menghafal..

akhirnya..
mengalir juga manik jernih ke pipiku..
mengertilah wahai IBU..perjuangan ini sementara cuma.
restuilah pemergianku...
tanpa restu darimu..
siapalah AKU!!
alangkah berdosanya AKU..!!



Friday, December 26, 2008

seronok sangat...!!

hari yang penat sedikit..
penat tapi berfaedah..

"seronok jalan-jalan??".tanya sahabat saya.
kerana seronok melihat saya baru balik dari alex semalam.
actally..kepergian saya ke sana bukan niat jalan-jalan,sehinggakan
nak ke pantai pun tidak sempat...:(

kepergian saya atas urusan untuk membantu seorang sahabat..
yang memang memerlukan pertolongan..bukan di sana tiada orang yang tak mampu untuk membantu sahabat saya ni..tapi itu lah hak yang saya wajib tunaikan.
tapi alhamdulillah..segalanya sudah selesai..sempat juga menziarah kawan2 di sana..
ada jugak rumah yang tak terziarah(maaf la atas kesuntukan masa..kerana
secara jujurnya bukan untuk berseronok-seronok).

p/s:selesaikan masalah kita secepat yang mungkin!jangan menyebabkan masalah kita ni penjadi punca untuk pelajaran kita terganggu..kalau masalah dah terlalu bersar..belajar lupakan dahulu
buat macam kita ni tidak ada masalah...i.ALLAH..
ALLAH itu sentiasa bersama hambanya yang sentiasa mengingatinya tak kira dalam apa jua keadaan sekali pun...
~kalau kita membantu menyenangkan urusan orang lain..segala urusan kita juga akan mudah dan senang..dengan kita yakin ALLAH sentiasa bersama kita~

Sunday, December 21, 2008

siapa mereka??


syita' menyelubungi diri

di kelilingi kitab-kitab

terkenang perihal si ibu yang tidak dikenali..

membelai si comel disisi

pengikat kasih sayang suami isteri

pengorbanan si ibu menjadi saksi

seekor baroghith atau nyamuk tidak mampu menghampiri

segala kemahuan diri diberi dan dipenuhi

si kecil sudah mengenal erti duniawi

giliran si ibu diuji

satu nikmat ditarik illahi..

si ibu di biar sepi

dibiar sepi menghitung hari tanpa kewarasan lagi

kesana kemari meminta simpati

dimanakah si comel yang disayangi???

dicintai...??

apakah nasib si ibu selepas ini??

Entah??..aku tidak pasti

Kerana segalanya ketentuan ILLAHI...

***.......di hadapan televisyen....

ain: "kesian ayah dia..lumpuh,anak-anak dia tak hiraukan pun.
menantu dia dan orang kampung yang tolong ayah dia.yelahkan anak2 dia semua
dah besar, kaya-kaya..ish2..kasihan sungguh!"

nurul: "ha ah la...kesian eik..!'

"nanti kalau tiba2 ayah terjadi mcm tu...?entah siapalah anak2 ayah yang sanggup
tolong pulak??..sahut si ayah.keluar dari balik tembok
"sanggup mandikan..bersihkan ayah..suapkan??..sambung si ayah.

~kata-kata yang penuh bemakna...betul la orang pernah kata :"ibu@ayah seorang sangup untuk menjaga /membesarkan
10 orang anak..namun belum pasti anak yang sepuluh..mampu menjaga ibu@ayah mereka.."

segalanya..terpulang pada diri kita..
sepak pipi..tanya diri..:-)

mungkin ini posting buat masa ini...untuk imtihan yang tinggal seminggu lagi..
ermm..seminggu lagi untuk diri dan sahabat2..Mengulang kaji (kitab kuliah)
rajin-rajinlah menelefon ibu dan ayah kita..meminta kekuatan dan doa..tanpa mereka
siapalah kita...bagi yang sudah tiada mereka disisi..berdoalah untuk mereka
semoga tergolong dikalangan orang2 yang beriman..hanya doa dari anak-anak yang soleh
dan solehah(kalian).yang mampu menyelamatkan mereka kelak...

"salam imtihan...


*syita'-musim sejuk
*kitab-buku
*baroghith-seekor binatang yang busuk

diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers