Showing posts with label Renungkanlah..... Show all posts
Showing posts with label Renungkanlah..... Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

Isu Perkauman




Assalammualaikum , Bismillah..

Muta'khir ini Di Malaysia...isu pilihan raya...tapi tidak mengapa.kerana (Bee End) menang lagi.

alah menang pown masih tipis.
maksudnyer majoriti rakyat sekarang tidak mengundi mereka..
yang banyak mengundi mereka adalah
Bangladesh n sekutu2 nya..hahaha

setelah itu..satu lagi isu...ini adalah isu perkauman..
kalau kita masih ingat...

suatu ketika dahulu semasa pemerintahan ayah dia (alah PM sekarang nih)
waktu itu..pembangkang nyaris2 mentadbir malaysia..
ketika itu berlakulah peperangan yang sangat dahsyat
bila saya tanya orang2 lama...
mereka akan sedih..iaitu kes Perkauman
pada tarikh 13 MEI

pada tarikh ini..sebenarnya timbul juga dari arahan pihak atas
ramai yang terkorban..
pihak atas (gila jawatan)..ada depa kesah rakyat yang mati?
janji diorang dapat pangkat..

astaghfirullah 3x

ni satu story saya ambil dari FB...
hehe saje nak share..\
baca jangan tak baca..




Cerita Bermula Macam....
''
 SIAPA YANG RACIST SEBENARNYA....? APAKAH BENAR CINA NAK MEMERINTAH? DAN MENGHALAU ORANG MELAYU.....? JANGAN NAIKKAN ISU PERKAUMAN......

Suatu masa saya pergi ke sebuah kedai hardware..untuk membeli peralatan mengecat dinding sekolah.....lantaran pelajar-pelajar PMR pada masa itu telahpun selesai menduduki peperiksaan.....jadi pihak sekolah mengarahkan saya untuk membuat gotong royong mengecat dan membuat mural bagi beberapa dinding sekolah yang sudah berlumut....

Bila sampai di kedai tersebut saya pun....meminta agar disediakan barangan-barangan yang diperlukan dan tokeh cina kedai itupun dengan segera melaksanakan apa yang saya suruh.

Sedang saya melihat-lihat apakah lagi barangan yang diperlukan...dia melihat saya sambil tersenyum.....dan berkata:

" Incik....pakai itu topi putih...sokong tok guru ka?"

Saya tertawa kecil sambil menyatakan....

"mesti la itu saya punya idola..."

Kemudian dengan lebih mesra lagi dia berkata:

"Itu tok guru nik aziz...banyak suci.....(baik dan amanah) maaaa"

Saya tersengih dan bertanya kepadanya....

"Apa pasal awak cakap itu macam"?

"Saya punya kawan banyak meniaga sana negeri Kelantan....diorang cakap di Kelantan..banyak sinang mau meniaga...tarak rasuah..tarak kena bayar lebih...tarak kasi luit (duit) sama mana-mana olang besar...."

Saya merapatinya....dengan penuh minat saya bertanya lagi......

"Apa pasal awak cakap itu macam......sini Perak pun ok meniaga apa...."

Tokeh itu tersenyum kelat.....sambil berkata:

"Haiyyaaaa.....sini semua kena bayar maaaa....kalau mau meniaga kontraktor....kena banyak luit maaaaa....sana musti mau bayar...sini musti mau bayar..ini olang mau luit....sana olang mau luit......"

Saya termenung sebentar.....sambil memikirkan kata-kata tokeh kedai hardware itu.apakah dia merasa susah dengan rasuah yang diminta oleh orang Melayu kita..sehingga merungut sebegini....?

"Incik apa pikir?" katanya ......membuatkan saya tersedar dari lamunan.....

"Oh tarak apa-apa...cuma pikir.....kalaulah semua orang takut sama tuhan....tentu perkara macam ni tak berlaku"

Tokeh cina itu ketawa...sehingga nampak semakin sepet matanya.....namun terserlah lesung pipitnya tanda gembira dengan kata-kata saya tadi.......

"Incik..orang cina aaaaa..bukan mau kuasa dari olang melayu....kita sini mau cari makan......Cina kaya bukan sebab ambil dari olang Melayu kita beli....kita kerja....kita usaha....." ujarnya dengan nada macam nak menangis......

"Incik...kita beli tanah pun sebab pemimpin Melayu juga jual....kita ada projek pun sebab pemimpin Melayu dan kontraktor melayu sub sama kita......kita kasi luit rasuah pun...sebab mau senang dapat tender...." sambungnya lagi.......

Saya hanya terdiam dan termenung...mendengar rungutannya itu........

"Incik tau ka....bila mau mintak projek...bukan besar pun....tapi kena bayar luit macam-macam maaaa.....itu olang Melayu mau karaoke kita bayar...itu olang Melayu mau angpau kita bayar....itu olang Melayu mau amoi aaaa kita kasi....."

"Astaghfirullahilazim.....!!!" hati saya berkata..dan menyesal dan malu dengan bangsaku sendiri.....

"Incik ..olang cina di Malaysia sikalang aaaaa sudah pandai....kita ada maklumat dari dua sulatkabar.....pagi dan malam....semua ada cerita pasal Kelantan,...Nik Aziz...hudud.... hudud manyak baik maaa.... apa pasal mau takut...kalau kita talak mencuri....talak kena potong tangan maaaa...." kata tokeh itu sehingga naik mata putihnya menerangkan apa yang dia tahu....

"Subhanallah....subhanallah...." getus hatiku...merasa kagum dengan maklumat yang dia ada tentang Islam...jauh di sudut hati ini....saya merasa sebak dan terharu....

Incik..bila pemimpin Melayu mau duit kita olang Cina kasi.....dia cakap cina baik....cina maju....cina rajin.....tapi bila kita olang tak mau kasi luit...tak mau tolong....tak mau undi....dia olang cakap cina jahat mau memerintah.....mau jatuhkan olang Melayu....haiyya incik.....kita olang Cina pun marah la......kita olang tarak itu macam..."

Terpegun saya mendengar pengaduannya itu...dan memang....ada kebenarannya....

"Ok lah....saya mau balik....kira berapa semua dan buka resit ye....saya pakai duit saya ni...nanti saya nak claim kat sekolah....."

Sambil tersenyum...penuh makna...tokeh itu bertanya lagi.....:

"Incik mau mark up harga ka?"

Saya terkejut dan kurang faham maksudnya...."Apa lu cakap ni saya tak faham?"

"Tarak incik macam ni.....Incik beli berus cat ini sama saya harga rm4,50....dalam bil kita boleh tulis rm 6.00...ini cat satu tong incik beli sama saya rm 35.00 dalam resit kita boleh naikkan jadi rm 40.00...incik ada sikit untung maaaa........nanti incik claim saja sama incik punya sekolah .... incik senang maaaaaa"

Berderau darah saya.....menggigil badan saya sambil dengan suara yang sedikit menggeletar saya pun berkata:

"Hei tokeh....you tarak tengok ka saya pakai ini topi putih (kupiah) saya tarak buat keja ini macam maaaaa.....saya cikgu sembahyang tau ka(ustaz).....apa la..."

Tokeh cina itu ketawa..melihat saya melatah dan marah......sambil berkata.....

"Ha ha ha ha incik....jangan marah maaaa...saya mau tengok saja....butul ka olang tok guru baik ka tarak baik......memang butul olang tok guru manyak baik...talak buat kerja ini macam....haha ha ..sori aaaaaa...jangan marah......"

Terkedu saya mendengar penerangannya..dan kemudian ketawa sama......

"Incik...kita tak mau gaduh....tak mau....bagi olang Melayu malah(marah)..kita mau senang cari makan untuk kita punya anak cucu.....mau hidup sama-sama olang Melayu yang baik macam tok guru...itu saja maaaaa........Incik kasi tolong doa sama tuhan Allah aaaaaa"

Insyaallah tokeh.....tuhan Allah akan tolong kita rakyat Malaysia......hidup dengan aman

Sambil melangkah keluar dari kedainya.....saya terfikir.......dan bermuhasabah.....

"Heran sesetngah pemimpin Melayu ni (malas nak cakap siapa) bila time nak kaya bagi projek pada orang cina...jual tanah pada orang cina.....dapat projek pada kontraktor Melayu pun sub pada cina......bila orang cina tak sokong mereka.....mereka kata orang cina jahat..dan nak menjatuhkan ekonomi orang Melayu.....aduihhhhbalik nak makan panandol"

Janganlah kome naikkan sentimen perkauman..dan kononnya andalah yang paling Melayu diantara orang melayu...muak aku mendengarnya.

p/s : sedarlah..dunia hanya sementara..kita buat baik..dapat baik..buat jahat dapat sebat....hehehe

Sunday, January 22, 2012

La tai asu.~~




Assalamualikum...

Setelah sekian lama..:)
alhamdulillah dengan segalan nikmat yang di pinjam dapat lagi meneruskan sesi pendakwahan dengan up date blog saya..:)

satu sifat yang sangat dituntut oleh islam adalah dengan buang jauh2 sifat putus asa..semua manusia di bumi sangat diharapkan tidak bersifat sedemikian setelah apa yang telah mereka usahakan...

Begitulah baru dikatakan kehidupan yang sangat sejahtera.lagi2 jangan berputus asa mengharap rahmat dan pertolongan ALLAH.

Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w yang memang di janjikan syurga tidak pernah berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah.Apatah lagi kita ni ummat dia seharusnya mengikuti sifat baginda dikala kita mengakui menyintai baginda.

Dan sesungguhnya hambaNya yang mudah berputus asa dan tidak mengharap rahmat dari ALLAH adalah hambaNya yang bongkak dan tergolong dikalangan orang kafir.

saya ingat lagi pesan emak dikala kita dilanda sesuatu ujian kita mesti jangan putus asa minta Allah tunjukkan jalan keluar masalah tersebut..Dan setiap masalah mesti diharungi bukan kita lari dari masalah tersebut kerana masalah itu tidak akan selesai selagi kita tidak menyelesaikanya..

Bagaimana yang dikatakan tidak berputus asa dengan Rahmat Allah adalah dengan segala
pekerjaan yang kita lakukan kita niatkan kerana Allah serta mengharap Allah memandang segala
amal ibadat dan tindakan kita.

Teruslah berharap Rahmat serta Pertolongan dariNya.sesungguhnya kita dikalangan
hambaNya yang sangat lemah serta daif.Serta saling tolong menolonglah dikalangan kita..:)

salam sejahteran untuk semua..:)

kullil haq walaukana murron..!!!



Friday, May 13, 2011

Bring Ur Heart To ALLAH.



BISMILLAH.....alhamdulillah dengan nikmat iman dan islam dapat lagi kita bernafas di bumi ALLAH ini..dengan kurnian kesihatan dan akal yang waras dapat lagi saya berada di hadapan laptop untuk menghiasi blog ini agar makin bertunas...


Rasulullah telah bersabda bahawa ALLAH SWT sangat suka kepada hambanya yang sentiasa bersujud sambil berdoa Ya Allah Ya Tuhanku Sesungguhnya Aku Telah Menzalimi Diriku...Maka Kau Ampunilah Dosa-dosaku.Kerana Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Segala Dosaku...AMIN YA RABB.

wahai diriku....
bertepatan hadis rasulullah...banyakkanlah bertaubat kepada allah kerana Rasulullah yang memang pasti tempatnya di syurga sentiasa bertaubat kepada ALLAH kerana syukurnya baginda menjadi khalifah ALLAH dan atas segala kurniaanNya..

Rasulullah juga sentiasa memesan kepada ummatnya menjaga hati kerana hati itu adalah anggota utama dalam membajai keimanan kepada ALLAH...

Wahai diri yang hina...
antara penyebab hati itu mati adalah :

1) Banyak BERCAKAP
kadang-kadang engkau berbual bukan untuk masalah ummat malah hal dunia...menyebabkan engkau makin suka untuk mendekatinya...sedarlah dunia ini umpama pelayaran,maka jadilah pelayar yang sentiasa bersedia untuk mengaut hikmah didalamnya untuk hidupan yang kekal..

Ya Allah...sibukkanlah kami dengan amal2 islam dan keingginan kami kepadanya demi addinMu Ya Rabb...

2)Banyak KETAWA
Sesungguhnya hati yang sentiasa ketawa akan semakin gelap (susah untuk menerima ilmu)
dan bagi yang penuntut ilmu akan mudah tidak melekat...
rasulullah apabila ketawa dengan sahabat baginda hanya sekadar senyum apabila terlalu kelakar barulah terlihat barisan gigi baginda...ketawa yang dimaksud disini adalah ketawa yang terbahak-bahak sehingga hilangnya izzah seseorang apabila orang melihat...bukan kita tidak boleh ketawa tapi ketawalah yang apabila orang memandang dan mendengar mampu menarik manusia kepada islam...

Ya Allah...Adakala aku terpana dengan keindahan duniaMu yang tiada tara cantiknya..subhanallah,sungguh taajub..dengan hiasan wanita yang cantik...kemewahan...pangkat...nafsu aku sentiasa ingin yang lebih dari mereka yang lain...namun janjiMu telah mengatakan bahawa semua adalah sementara,maka kau peliharahlah hati kami agar kami sentiasa menjadi hamba yang sederhana dan sentiasa memikirkan perihal orang lain ya Allah

peliharalah nafsu ketawa kami Ya Allah...

3)Banyak MAKAN
nafsu inilah sentiasa wajib kita jaga kerana apabila terlebih makan kita akan mudah mengantuk dan malas untuk berkerja.mari kita menyelusuri semula sejarah Rasulullah bagaimana baginda sentiasa mengawal nafsu makan baginda..
pernah diceritakan oleh saidatina Aisyah Rasulullah hanya makan 3keping roti yang diperbuat dari gandum 3hari berturut-turut sehingga wafatnya baginda dan pernah rumah mereka tidak berasap hanya makan tamar dan susu..
ini kerana apabila selesa dengan makanan yang lazat selalu membuat kita semakin bernafsu untuk dunia...adakah kita sedar semua ini??entahlah tepuk dada tanyalah iman kamu wahai diri..

Ya Allah...nikmat dunia ini masih kami kecapi maka kau jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur...jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersederhana..jadikanlah kami HambaMu yang sentiasa kuat untuk meninggalkan nafsu banyak makan...ya ALLAH.

4)TIDAK Menjaga PANDANGAN
Antara adap yang diajar oleh Rasulullah ketika berjalan adalah diceritakan oleh saidina Ali bin Abi Talib ra baginda berjalan seolah-olah menuruni tangga sambil kepala baginda menunduk sedikit (diambil di dalam kitab syamail muhammadiah).
sesungguhnya dari mata sampai ke hati yang boleh membuatkan bermacam-macam tafsiran..

Ya Allah...jagalah pangangan kami,jagalah kehormatan kami,jagalah keturunan kami dan jagalah maruah kami demi agama islamMu Ya ALLAH.

pernahkah kalian terpergi ke satu program yang mana di bentangkan sehelai kain atau kertas lalu di letakkan titik hitam di tengah2nya dan apabila diminta menginggat kembali segala kesalahan yang pernah kita buat selama ini dan jika ada kita kena tambah titik lagi sehingga habis segala kesalahan yang pernah kita buat...di akhirnya barulah kita tahu bahawa kertas putih atau kain itu umpama hati yang pada mulanya bersih apabila kita membuat kesalahan akan terdapat titik hitam di dalamnya...

JIKA BANYAK TITIK HITAM MAKA SEDARLAH BAHAWA BEGITULAH HATI KITA YANG TIADA RUANG UNTUK PUTIH...

Astaghfirullah....susahnya menjaga hati ini ya ALLAH..hanya engkaulah sebaik2 penjaga bagi kami ya ALLAH...

SAHABAT-SAHABATKU...
Suatu ketika dahulu Rasulullah duduk bersama-sama para sahabatnya lalu baginda tertunduk dan terus menangis tersedu-sedu sahabat kehairanan dan mereka turut menangis dan sahabat bertanya ya rasulullah mengapa engkau menangis??
baginda menjawab aku teringat akan kaum ku yang tidak pernah melihatku tapi begitu menyayangiku seperti kalian..

sahabatku rasulullah tidak pernah lupa untuk ingat kepada kita walau seminit...tepuklah dada tanyalah iman kita siapakan idola kita?idola keluarga kita..idola pimpinan kita???
sedarlah Rasulullah tidak pernah jemu untuk membantu ummatnya tatkala tibanya hari kiamat nnti sehingga wafatnya baginda di akhir lafaz baginda
ummati,ummati,ummati.....

bertaubatlah wahai diri yang serba kekurangan...kembalilah kepada tuhanMU yang SATU...

sesungguhnya kita tidak rugi membela ISLAM...
KULLIL HAK WALAUKANA MURRON...


Sunday, May 8, 2011

ummi saya merinduimu...

Assalamualikum...
setelah lama menyepi akhirnya pada 10pagi waktu mesir,hari ini sambil bertemankan lagu inteam (pemergianmu)...alhamdulillah dapat untuk menhidupkan sebentar blog ini..untuk perkongsian bersama.

salam mahabbah untuk sahabat blogger...
n selamat hari ibu untuk semua para ibu..speacially untuk bondaku...;)

ermm...tadi ahli bait saya tanya akk apa hukum sambut HARI IBU??
saya senyum dan saya jawab hari2 adalah hari ibu...
itu pada asalnyalah...mcm makanan asalnya semua makanan di bumi ini boleh dimakan,tapi apabila ada kemudhoratan pada seseorang maka ia tidak boleh di makan.

okkeh kembali kepada hukum menyambut hari ibu...mari kita lihat semula pada asalnya penyambutan hari ibu ini bermula apabila perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

so bila dah tahu boleh ke kita nak sambut???
sahabat untuk menjawab permasalah ini pada sesetengah pendapat menyatakan ia tidak wajar untuk di sambut kerana di khuatiri akan terpengaruh dengan dewi2 yunani ini...

bagi sesebuah negara hari menyambut hari ibu ini berbeza2..tidak seperti menyambut hari kekasih ibu dah memang sah2 haram.untuk menyambut hari ibu ini boleh kita buat perkara2 yang berlandaskan syariat iaitu
-tidak berlebihan (membazir)
-membuat doa selamat untuk ibu kita lepas tu jemput anak2 yatim makan sama2.
-dan buat aktiviti riadhah untuk ibu2 (untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan)
-memberi hadiah dan macam2..asalkan ia tidak bercanggah dengan ajaran islam lagi elok kita sambut berbeza dengan tarikh2 yang ditetapkan oleh mereka2 yang sentiasa memikir menjatuhkan islam...saya kadang2 terlupa hari2 yang selalu disambut oleh rakyat malaysia disana kerana di mesir suasana yang membimbing saya untuk terlupa akan tarikh tersebut bila terlihat di internet baru ingat atau pun ada orang bertanyakan hukum menyambut hari2 tersebut...hu3

inilah didikan islam sentiasa memandang sesuatu perkara yang berlandaskan iman..bukan nafsu.
dan ia juga membezakan agama ini dengan agama lain..maka berbahagialah kamu wahai umat islam...

namun ada sahabat saya berpendapat hari ibu baginya adalah hari kelahirannya..
di waktu itulah dia satu keluarga akan membuat aktiviti kekeluargaan,bagi saya itu terpulang pada individu asalkan ia ada manfaat dan bukan sia2.

penelitian umat islam kini...kita banyak terikut ajaran sekuler dan mereka telah pun berjaya mempengaruhi kita,dan mereka pemimpin haruslah kembali semula kepada pemikiran islam..
agar islam di malaysia khususnya di agungkan..bukan bangsa...seandainya bangsa melayu semua mati jadi bangsa lain menguasai malaysia..adakah layak slogan itu di agungkan..??

kembalilah wahai pembesar janganlah kalian berbangga dengan kekayaan dunia ini...sepertimana firman ALLAH didalam surah rahman..."semua ini akan binasa"

untuk akhirnya...telah datang seorang sahabat kepada rasulullah dan menyatakan pilihan yang harus dibuat baginda menjawab sesuatu perkara apabila banyak kebaikan dari keburukan teruskan namun apabila banyak keburukan dari kebaikan tinggalkan...

sanyangilah ibu dan ayah kalian selagi mereka masih dipinjamkan nyawa oleh ALLAH...mohonlah doa dan restu dari mereka...kerana redha ibu ayah adalah rekedhaan ALLAH SWT.:)

SALAM MAHABBAH SALAM UKHUWAH..
KULLIL HAK WALAUKANA MURRON...SALAM SATU ISLAM.;)

Tuesday, October 19, 2010

menilai pada pemikiran mahasiswa


Entri terbaru di sebuah blog yang saya terbaca baru-baru ini mengenai isu yang berlaku di mesir...saya selaku mahasiswa mesir agak terkesan dengan setiap entri dalam blog tersebut dan ada saya sertakan entri terbaru blog tersebut mengenai JPMK (Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah) bukan saya ingin memburukkan tapi saya ingin mahasiswa berfikir dan menilai..bukan mahu membuka aib mana2 pihak...bak trade mark saya

"BERKATA BENARLAH WALAUPUN IANYA PAHIT "

apa yang boleh saya komen tidak perlu untuk menubuhkan mana lagi pertubuhan yang menambah kecelaruan malah menyusahkan dan kekeliruan dikalangan mahasiswa yang ingin menyambung belajar.

Dan bagi mahasiawa yang ingin menyambung pelajaran di luar Negara pastikan kalian selidik selumatnya maklumat mana2 agensi mahupun wakil yang ingin membawa kalian untuk tidak berlaku penipuan ataupun masalah.

Siapa JPMK dalam soal keselamatan mahasiswa!!!

sebuah agensi perubatan di cawangan Tanta yang ingin menubuhkan Academic Center (AC). Antara alasan yang diberikan oleh agensi ini adalah untuk bertanggungjawab dalam soal keselamatan pelajar-pelajar yang di bawah pengelolaannya.

Kenyataan bertulis berupa sokongan yang dikeluarkan oleh JPMK adalah seperti berikut :



Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

Jabatan Penuntut Malaysia

21, El-A'nab St…

TAHNIAH

Kepada semua pelajar 'MedicMesir Tanta', kami ingin

Mengucapkan tahniah kepada kamu semua atas inisiatif membangunkan

'Pusat Akademik'.

Kami mendoakan yang terbaik dan mengharapkan supaya

Fasiliti itu akan dimanfaatkan.

Kami menyokong penuh usaha ini.

Terima Kasih dan Selamat Sejahtera

Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah

10 Oktober 2010

http://fromegypt-wewrite.blogspot.com (sila link)

Apa yang ingin di ketengahkan dalam blog ini telalu banyak agensi yang semakin membiak di bumi mesir yang hidupnya bagaikan cendawan,mana mungkin ia akan membiak sekiranya tiada tanah mahupun tapak yang diberi, tiada udara untuk mereka bernafas.. mari kita fikir semula pihak mana yang bertautoriti untuk membuka semua ruang ini???

Dan saya terlihat surat yang disertakan untuk menguatkan hujah mengenai pengesahan agensi yang ditubuhkan mengapa surat tersebut tidak lengkap dan tidak ada mana-mana pihak mahupun individu yang bertanggungjawab.?

Bak kata saya baca,fikir dan menilai

“kullil hak walaukana murron….!!!!”


diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers