Showing posts with label kisah benar. Show all posts
Showing posts with label kisah benar. Show all posts

Friday, May 10, 2013

Puteh Melati


Assalamualaikum..
Bismillahirahmanirrahim..




الله أكبر الله أكبر الله أكبر لا اله إلا الله لا اله إلا الله لا اله إلا الله
الحمد لله الذي ذهب بجمادى الآخرة وجاء برجب 
اللهم أهله علينا باليمن والإيمان والسلامة والإسلام 
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان وأعنا على الصيام والقيام




Alhamdulillah..mufti Mesir juga telah mengesahkan bahawa..
hari SABTU ini..pada 11 mei 2013 
iaitu esok..merupakan satu Rejab..
jadi...
lagi 2 bulan (ikut kelendar islam)
akan sampai Ramadhan..

tak sabar rasanya..moga diri ini..dapat lagi mersai RamadhanMu YA ALLAH..

yang paling terkejut..
tahun ini saya akan menyambut Ramadhan di Bumi Glasgow, UK 

Thursday, February 23, 2012

Kehadiran OraNG BaRU..~~~

Assalamualaikum..maaf slah silap kepada semua yang mengenali diri ini..
Alhamdulillah diberi nikmat untuk melayari kehidupan ini..aku bersyukur kepada Mu Ya ALLAH ...

hari ini saya nak kongsikan satu story-mory,,,:)

Bangi

Penjual : beli bang buah-buahan sedap

Angah : ermm ayang nak ker??

Isteri : saya nak buah limau tu pakcik

Penjual : limau yang itu masam sikit dik yang ini manis

Isteri :iyer ke tak pe,saya nak yang ini encik

Penjual : ???

Angah : Alhamdulillah saya Berjaya bakal jadi ayah pak cik (ayat spontan angah)

Isteri : ???

Seminggu kemudian…

Doctor : Alhamdulillah isteri encik amar berbadan dua

Angah dan isteri : Alhamdulillah.



Kampung Melayu

Nurul : along jom pergi main boling

Along : cakap dengan abg zakri

Nurul : abg Zakri ckp lepas maghrib siap.

>>>>Lepas maghrib<<

Along : awak saya nak makan sea food lah

Abg zakri : jom

Nurul : ye ye..

Selepas 15 minit perjalanan

Along : awak saya dah kenyang lah..awak je lah makan dengan nurul

Abg zikri : ????, kan kita baru sampai nih.

Nurul : alah Along nih buat hal lagi,tak pelah sebelum perang dua tercetus baik aku pilih nak makan apa.

Setengah jam berlalu…makanan yang di tempah sampai….

Along : erm tak pelah awak saya dah kenyang (hanya dengan dua sudu sup sayur).saya nak tidur saya tunggu awak dan nurul dalam kereta ok.

Nurul : ??? (geleng kepala)

Abg zakri : ???


Bukit Saujana…

Ain : awak anak nak susu tolong buatkan

Suami : jap ok sayang, saya ada kerja ni.

Ain : awak cepatlah, saya penat nih.

Suami : sabarlah.

Ain : pergi mintak kat daddy


Lima minit kemudia….


Ain : awak saya rasa tak sedap badanlah..

Suami : awak penat tuh dah pergi tido

Ain : tak la..tolong picitkan kepala saya jap

Suami : awak ni macam-macamlah (sambil picit kepala si isteri)

Dua minggu kemudia :

Doctor : tahniah puan sofia awak mengandung anak ke tiga.


>>>>>>><<<<<<<<

Hehehe,begitulah suasana keluarga saya sekarang saya bakal dapat 3 orang anak sedara sekali gus pada tahun ini… setelah menyambut dua orang baru dalam keluarga kami pada tahun lepas iaitu kakak dan abang ipar saya..tahun ni rezeki lain pula Allah nak anugeahkan…

Alhamdulillah aku bersyukur lagi ya Rahman..

kira saya balik dari habis belajar dengan keluarga makin ramai,rasa sangat seronok..

Itulah rezeki namanya…

Sedih sambil gembira dengar kehagiaan keluarga abang, kakak dan adik saya..

Dan buat adik ipar saya,abag ipar saya dan abang saya bersabarlah melayani karenah isteri-isteri kalian yang dalam keadaan mengidam dan macam-macam perangailah..sebenarnya kalianlah kekuatan mereka.lagi-lagi yang baru nak mengharungi menyambut kelahiran anak pertama mesti ada perasaan takut dan kalut..he3

Whatever pon akak tetap doakan yang terbaik tuk kelurga ini.

Buat adik,kakak dan kakak ipar saya…tahniah atas rezeki yang allah kurniakan ini,

-jangan lupa hari2 membaca al-quran

-jaga solat kalian

-jaga tutur kata

-jaga hubungan kalian dengan suami

Nih akak ada sertakan doa-doa n zikir-zikir mudah bersalin…


اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ

لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا.

اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ.

اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا.

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً.

اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ .

وَالْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ.

Ya Allah ,

peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah ,

Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah ,

panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .


Ada orang bagi akk tips kalau nak mudah bersalin gosok dagu suami akak pun tak tahu betul ke tak sebab akak pown tak pernah nikah lagi kan..ha3

Tapi tips mak bagi masa setiap kali mak nak bersalinkan anak-anak mak ialah banyakkan menbaca ayat kursi….~~~

Kullil haq walaukana murron..!!!

Sunday, April 25, 2010

90% ahli BKPJM ...pem??



dalam dunia ini semuanya dengan perancangan

perancangan yang sitemetik dapat melancarkan segala gerak kerja.

sebenarnya hari ini saya nak posting mengenai
satu perancangan yang natijahnya cukup membuat saya ,menangis!

baru2 ini saya dengar (ura-uralahkan)
pelajar azhar yang belajar di furuk mansurah,dumyat dan syibin akan dipindahkan ke kaherah
dengan alasan disana tiada pegawai dan mereka kurang mahir dalam berbahasa arab!!

pada saya taktik kotor untuk tidak meramaikan bilangan pelajar azhar di furuk sebab apa yang saya dengar pelajar di furuk merupakan kekuatan bagi satu persatuan di mesir.
tapi ini tidak menakutkan saya langsung!!!
biarlah namun mereka perlu ingat mereka merancang..
kami juga merancang.!
siapa yang benar kamu nilai lah sendiri..
namun perancangan ALLAH tidak siapa dapat menghalang.

dan satu lagi ura-ura
mengenai pesatuan yang banyak membantu saya BKPJM.
apa yang sedihnya ada orang mengatakan 90% pelajar Johor merupakan
pembangkang!! isunya sekarang ini zakat akan diturunkan semula..
apalah punya manusia...
namun itulah dalam hati ada....??
apa yang sedih ada tali barut dalam johor...
xpe saya tengok sejauh mana dia boleh pergi...
macam senior saya..ending dengar dia beli sijil kat mesir ni...
haaa..nampak sangat dia memang tak layak dapat sijil sini.
buat malu je!!!

alahai dunia...
semakin tua...tua dan tua
kepada mana2 manusia masih kejarkan dunia...
nah ambillah...makanlah...suaplah..
biar sampai kembung..

jangan cakap kami tidak pernah menegur kalian!!!

YA ALLAH berilah kepada mereka dan kami hidayahMU..
kepadaMU kami memohon...amin

Tuesday, November 25, 2008

adakah kita menyesal...


Di suatu malam..

Umai kenapa wanita di ciptakan???
kalau sememangnya wanita itu menjadi fitnah kepada dunia..?tanya seseorang kepada saya.

Akak..memang wanita itu diciptakan untuk menjadi perhiasan dunia..Namun kita sebagai wanita
hendaklah memilih untuk menjadi MUTIARA atau pun BATU??
mutiara yang menyinari dunia dengan sinar cahaya sentiasa bergemerlapanatau ingin menjadi batu yang tidak bernilai malah mudah didapati..
wanita itu akan menjadi fitnah bila mana dia membuka jalan fasik untuk dirinya..
malahan firnah tu bukan terkena pada dirinya sahaja..
malah kepada seluruh insan bergelar wanita khususnya..

yerlah kalau dah macam tu..kenapa ALLAH mencipta wanita??
akak rasa menyesal menjadi wanita..akak tadi menyambung

Akak..ALLAH tidak mencipta sesuatu tanpa sebab..
Oleh itu untuk diri kita tidak menjadi fitnah kepada dunia mahupun akhirat nanti..
kita perlulah membekalkan diri kita ilmu,iman dan akhlak..

Akak wanita itu mudah untuk masuk neraka mahupun syurga..
apabila dia membuka jalan-jalan fitnah pada dirinya maka teranglah jalannya untuk ke neraka
tapi,bila dia mengawal nafsunya dengan ilmu dan iman yang ada...bagi yang sudah berkahwin apa yang paling mudah ialah melayan suami insyaALLAH syurga menantinya.

dan akak perlu tahu menjadi seorang wanita yang bergelah muslimah adalah dengan wanita itu kenal siapa penciptanya iaitu ALLAH swt..kerana hidupnya lebih teratur dan berhala tuju.
wanita yang meletakkan cintanya tertinggi kepada ALLAH swt.akan merasa bersyukur akan pencintaanya di dunia ini..
kerana wanita itu akan melahirkan,mendidik membimbing anak-anak mereka untuk menjadi pejuang atau musuh di dalam islam..
semua bergantung kepada seorang wanita..

Akak kena ingat..sebodoh-bodoh wanita mampu melemahkan sepandai-pandai lelaki.
namun janganlah kita yang menjadi pintu fitnah berterusan.

~sebelum akak ni pulang ke tanah airnya..
sempat saya hadiah kepadanya sebuah buku yang menceritakan tentang wanita-wanita sekitar rasul..supaya menjadi dirinya kuat dan lebih bersemangat untuk tahu kedudukan dan meletakkan wanita itu di mata dunia.~

Thursday, June 5, 2008

kerana hutang...


Ustaz kamal (bukan nama sebenar), telah diganggu dengan suatu mimpi yang dia sendiri tidak memahaminya.
Berbulan bulan dia tidak lelap tidur kerana mimpi tersebut. Dia bermimpi datang seorang lelaki yang dalam keadaan yang amat terseksa dan melambai-lambaikan tangan kepadanya dengan berkata " tolong bebas kan aku".
Setelah bersolat hajat, bertanya dengan orang-orang 'alim akhirnya dia telah bertanya dengan ibunya dimanakah kubur bapanya.

Ibunya bercerita, ketika berlaku serangan Jepun di Tanah Melayu, dia telah terpisah dengan suaminya.

Hampir 40 tahun berlalu dia tidak pernah dengar langsung khabar berita.
Maklumat yang diketahui ayahnya telah terbunuh ketika perang Jepun dahulu. Setelah berlalu beberapa bulan,

Ustaz Kamal tidak jemu-jemu bermunajat dan berdoa agar Allah memberikan petunjuk supaya dia dapat menyelesaikan mimpinya.
Mengikut orang-orang 'alim, orang yang memanggilnya didalam mimpi tersebut ialah roh ayahnya.

Ustaz Kamal sentiasa berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa ayahnya dan melepaskan siksaan yang diderita oleh ayahnya. Namun setelah dua tahun berlalu dia masih diganggu oleh mimpi tersebut lagi.
Masa berlalu,


akhirnya dia dapat maklumat bahawa sebenarnya ayahnya baharu meninggal lebih kurang dua tahun yang lalu..
Maklumat yang diterima, ayahnya adalah seorang yang berjaya dalam perniagaan dan telah banyak melakukan amal kebajikan untuk kabaikan Islam.
Setelah terpisah ketika perang Jepun, aruah ayahnya telah berikthiar mencari isterinya namun tidak berjumpa.

Ayahnya mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia kemudian telah mendirikan rumahtangga dengan isteri kedua dan dikurniakan dengan lima orang anak perempuan.


Ustaz Kamal telah pergi ke rumah ibu tirinya untuk mengetahui jika ayahnya dahulu ada meninggalkan apa-apa hutang yang belum selesai. Ibu tirinya dan adik-adik tirinya tidak memberikan kerjasama yang baik setelah mengetahui bahawa Ustaz Kamal adalah juga waris kepada simati.
Dia takut Ustaz Kamal akan menuntut haknya daripada harta simati.

Bagimanapun daripada peguam keluarga ayahnya memberitahu bahawa semua hutang simati telah dijelaskan dan tidak ada satu pun yang tinggal.
Ustaz Kamal terus menyiasat, kepada semua kenalan aruah bapanya dan memohon semua kenalan bapanya jika ada salah dan silap ketika dia hidup harap diampunkan.

Masa berlalu, mimpi masih terus menganggu.

Suatu hari Ustaz Kamal pergi semula kerumah ibu tirinya, menceritakan kepada ibu tirinya tentang mimpi yang dialaminya.
Mimpi tersebut bermula setelah kematian ayahnya. Ibu tirinya merasakan tidak mungkin sebab aruah ayanya adalah seorang yang taat beribadah dan rajin bersedekah. Suka menolong orang susah. Tidak pernah lambat menjelaskan zakat perniagaannya.
Bagaimana dia boleh terseksa. Ibu tirinya berpendapat itu mungkin bukan aruah suaminya. Mungkin orang lain.
Setelah panjang lebar berbincang dengan ibu tirinya, dia pun mengambil keputusan untuk balik. Ketika keluar daripada rumah tersebut, dia bertemu dengan seorang lelaki. Lelaki tua tersebut bertanya ini kah rumah Datuk Azlan bin Affendi.

Ustaz Kamal menjawab betul.. Dia ada dirumahkah? Tanya lelaki tua tersebut.
Kemudian tanpa banyak soal, ustaz Kamal membawa orang tua tersebut ke kubur aruah ayahnya.


Di dalam perjalanan, Ustaz Kamal menceritakan segala-galanya dan orang tua tersebut menceritakan pula dia adalah sahabat karib kepada kawannya Azlan. Beberapa minggu yang lepas dia terbaca satu buku dan dibelakang buku tersebut ada biodata kawannya itu.

Lalu dia terus datang ke KL untuk berjumpa dengannya.
Sebelum sampai ke kubur, mereka singgah sebentar minum di warung kopi. Ustaz Kamal bertanya dengan orang tua tersebut. Pernahkan pakcik berselisih paham dengan ayah saya? Jawap orang tua tersebut, tidak pernah dan kalau adapun dia telah mengampunkan segala dosanya. Ustaz Kamal terus bertanya berkenaan dengan hutang.

Orang tua itu kata tidak pernah Azlan berhutang dengannya.
Mereka terus ke kubur dan berdoa. Selesai berdoa orang tua terebut teringat peristiwa sebelum mereka berpisah ketika perang Jepun.

Ketika itu kami sedang minum kopi di warung. Azlan telah tergesa-gesa pulang dan meminta dia membayarkan duit minum kopi yang berharga 5 sen dahulu.
Dia berjanji akan membayar balik. Kemudian Jepun menyerang kampung kami dan kami terus berpisah. Orang tua tersebut terus berdao Ya Allah aku halalkan hutang lima sen yang kawan ku Azlan berhutang kepada ku.

Setelah hari itu, Ustaz Kamal tidak lagi diganggu dengan mimpi tersebut lagi
.


Moral cerita:- Renungilah hadith nabi berikut:

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:

"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantungl ah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu"

Dari kisah ini, Datuk Azlan masih beruntung kerana dia mendapat anak yang soleh (Ustaz Kamal). Dan dengan berkat anak yang soleh ini dia dapat mengadu kepada anaknya didalam mimpi kemudian terbebas ia dari hutang yang sangat kecil iaitu 5 sen dan telah dapat terbebas dari seksaan yang dahshat iaitu Roh teawang-awang diantara langit dan bumi. Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita akan terseksa setelah kita mati. Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat menyelesaikannya.

Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:

"Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna."

Tuesday, March 4, 2008

serikandi dunia





(لا يكلف الله نفسا الا وسعها )

Berdasarkan firman Allah di atas…mafhumnyer berbunyi macam ni.Allah tak memberatkan seseorang tu melainkan dengan kemampuannyer…

Aku seorang wanita yang sederhana dan hidup di dalam keluarga yang sederhana di n9 juga di lahirkan dan dibesarkan disana…
Aku mempunyai 3orang adik beradik aku anak yang sulung..
Dari dulu aku ingin tahu lebih lanjut apa itu ISLAM??...sehingga aku sangup untuk membeli buku yang berkaitan islam..untuk memahaminya..

Pernah suatu ketika dahulu aku bersama kawanku telah membuat kecoh satu sekolah hanya kerana kami memakai tudung..
kerana didalam buku yang aku baca mahkota wanitaialah aurat yang mana wajib di tutup..
dengan perbuatan kami di sekolah...kami dipangil oleh pengetua untuk mendengar sebab kami
berbuat sedemikian..aku sedikit tidak gentar kerana
قل الحق ولو كان مرا

aku memang dah fikir awal-awal dari rumah untuk memberi jawapan apa sebab aku tahu risiko yang aku tanggungkan ini...namun pengetua tidak dapat membuat apa kepada ku...
hanya kerana aku adalah salah seorang pelajar yang selalu menaikkan nama sekolah
ini bermakna aku antara pelajar yang terbaik sekolah..mana mungkin
sesebuah sekolah itu akan membuang pelajarnya hanya kerana kesalahan memakai tudung....
"tak payah la awak tunjuk alim"
"kan pakai selendang juga menutup kepala"
"kan susah untuk awak nak beraktiviti''
ini lah kata-kata pengetua kepada ku..tapi"..
aku tetap dengan imej aku kerana itulah agama islam yang aku pelajari...
baru sebulan kami perperwatakan sebegitu..memang banyak mulut2 yang mengata kami..
ada yang menghina dan mencaci kami...
pada suatu hari...
"su...aku dah penat la,aku malu dan tak sanggup nak teruskan memakai tudung ni lagi.."kata kawan ku...
"ermmm..aku tak rasa kita salah..tapi perpulanglah pada kau!!yang aku tahu apa yang aku buat ni benar"...jawab ku..
apa yang menyedihkan aku..keesokan harinya kawan aku sudah tidak memakai tudung
hanya kerana malu membuat kebaikan..bagi aku.islam menyuruh perempuan itu menutup kepala..dan bukan ke rambut tu bahagian kepala??,,aku bukan nak menunjuk baik...
tapi itu lah agama yang aku kenali..
sehingga aku tamat pengajian aku tetap berperwatakan dengan memakai tudung..
dan aku berkenalan dengan seorang jejaka yang bernama SYAM...
hansem orangnya,baik budi bicaranya,dan yang utama ilmu agama yang ada padanya...
syam juga dilahirkan di n9..dia bekerja di JOHOR sebagai guru agama kepada
banduan di penjara...
kami berhubung dengan mengutuskan surat dan dia menelefonku..
hampir duatahun kami berkenalan syam telah menghantar rombongan meminang ke rumah ku..
akhirnya kami sah menjadi suami isteri...
aku sungguh bersyukur kerana aku mendapat suami yang tahu bab agama yang bole
membimbing aku di dunia dan akhirat...
hasil perkahwinan tersebut aku telah memakai tudung labuh sedikit dan kami telah dikurniakan
12 orang anak..tapi pada anak aku yang ke7 aku mengalami keguguran...
aku mendidik anak-anakku...dengan panduan islam dan aku masukkan anak2ku ke sekolah arab..
supaya mereka berpeluang mengetahui islam dan agama arab dengan lebih mendalam..
aku agak sedih kerana tidak dapat mempelajari bahasa arab...namun aku
bangga dapat mengantar zuriatku sebagai wakil untuk meneruskan perjuangan islam..






"apabila mati seorang anak adam itu 3perkara yang akan ditinggalkan...


1.anak yang soleh..
2.ilmu yang bermanfaat...
3.amal(sedekah) jariah....."

semua orang bangga dapat mengantar anak2 mereka ke LONDON,UK,JEPUN...
namun aku bangga mengantar anak2 ku ke negara ARAB....

sekarang umurku sudah 46 tahun...dan aku bekerja sebagai insuran takaful dimana aku membantu mengurangkan suamiku dalam membesarkan anak2...
Dan aku tetapkan terus memperjuangkan agama ISLAM...sehingga akhir hayat ku...
dan aku tetap merindui gelak tawa hero dan heroinku..
yang berapa jauh di perantaun....


"berjuanglah kalian menegakkan agama islam...dimana jua kalian berada..
kalian masih berdarah muda dan otak yang cergas..jgn sia2 kan umur kalian...umi
sentiasa...merestui dan mendoakan kesejahteraan kalian...
di dunia mahupun akhirat...
umi sentiasa merindui kalian....."


diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers