Tuesday, March 4, 2008

serikandi dunia





(لا يكلف الله نفسا الا وسعها )

Berdasarkan firman Allah di atas…mafhumnyer berbunyi macam ni.Allah tak memberatkan seseorang tu melainkan dengan kemampuannyer…

Aku seorang wanita yang sederhana dan hidup di dalam keluarga yang sederhana di n9 juga di lahirkan dan dibesarkan disana…
Aku mempunyai 3orang adik beradik aku anak yang sulung..
Dari dulu aku ingin tahu lebih lanjut apa itu ISLAM??...sehingga aku sangup untuk membeli buku yang berkaitan islam..untuk memahaminya..

Pernah suatu ketika dahulu aku bersama kawanku telah membuat kecoh satu sekolah hanya kerana kami memakai tudung..
kerana didalam buku yang aku baca mahkota wanitaialah aurat yang mana wajib di tutup..
dengan perbuatan kami di sekolah...kami dipangil oleh pengetua untuk mendengar sebab kami
berbuat sedemikian..aku sedikit tidak gentar kerana
قل الحق ولو كان مرا

aku memang dah fikir awal-awal dari rumah untuk memberi jawapan apa sebab aku tahu risiko yang aku tanggungkan ini...namun pengetua tidak dapat membuat apa kepada ku...
hanya kerana aku adalah salah seorang pelajar yang selalu menaikkan nama sekolah
ini bermakna aku antara pelajar yang terbaik sekolah..mana mungkin
sesebuah sekolah itu akan membuang pelajarnya hanya kerana kesalahan memakai tudung....
"tak payah la awak tunjuk alim"
"kan pakai selendang juga menutup kepala"
"kan susah untuk awak nak beraktiviti''
ini lah kata-kata pengetua kepada ku..tapi"..
aku tetap dengan imej aku kerana itulah agama islam yang aku pelajari...
baru sebulan kami perperwatakan sebegitu..memang banyak mulut2 yang mengata kami..
ada yang menghina dan mencaci kami...
pada suatu hari...
"su...aku dah penat la,aku malu dan tak sanggup nak teruskan memakai tudung ni lagi.."kata kawan ku...
"ermmm..aku tak rasa kita salah..tapi perpulanglah pada kau!!yang aku tahu apa yang aku buat ni benar"...jawab ku..
apa yang menyedihkan aku..keesokan harinya kawan aku sudah tidak memakai tudung
hanya kerana malu membuat kebaikan..bagi aku.islam menyuruh perempuan itu menutup kepala..dan bukan ke rambut tu bahagian kepala??,,aku bukan nak menunjuk baik...
tapi itu lah agama yang aku kenali..
sehingga aku tamat pengajian aku tetap berperwatakan dengan memakai tudung..
dan aku berkenalan dengan seorang jejaka yang bernama SYAM...
hansem orangnya,baik budi bicaranya,dan yang utama ilmu agama yang ada padanya...
syam juga dilahirkan di n9..dia bekerja di JOHOR sebagai guru agama kepada
banduan di penjara...
kami berhubung dengan mengutuskan surat dan dia menelefonku..
hampir duatahun kami berkenalan syam telah menghantar rombongan meminang ke rumah ku..
akhirnya kami sah menjadi suami isteri...
aku sungguh bersyukur kerana aku mendapat suami yang tahu bab agama yang bole
membimbing aku di dunia dan akhirat...
hasil perkahwinan tersebut aku telah memakai tudung labuh sedikit dan kami telah dikurniakan
12 orang anak..tapi pada anak aku yang ke7 aku mengalami keguguran...
aku mendidik anak-anakku...dengan panduan islam dan aku masukkan anak2ku ke sekolah arab..
supaya mereka berpeluang mengetahui islam dan agama arab dengan lebih mendalam..
aku agak sedih kerana tidak dapat mempelajari bahasa arab...namun aku
bangga dapat mengantar zuriatku sebagai wakil untuk meneruskan perjuangan islam..






"apabila mati seorang anak adam itu 3perkara yang akan ditinggalkan...


1.anak yang soleh..
2.ilmu yang bermanfaat...
3.amal(sedekah) jariah....."

semua orang bangga dapat mengantar anak2 mereka ke LONDON,UK,JEPUN...
namun aku bangga mengantar anak2 ku ke negara ARAB....

sekarang umurku sudah 46 tahun...dan aku bekerja sebagai insuran takaful dimana aku membantu mengurangkan suamiku dalam membesarkan anak2...
Dan aku tetapkan terus memperjuangkan agama ISLAM...sehingga akhir hayat ku...
dan aku tetap merindui gelak tawa hero dan heroinku..
yang berapa jauh di perantaun....


"berjuanglah kalian menegakkan agama islam...dimana jua kalian berada..
kalian masih berdarah muda dan otak yang cergas..jgn sia2 kan umur kalian...umi
sentiasa...merestui dan mendoakan kesejahteraan kalian...
di dunia mahupun akhirat...
umi sentiasa merindui kalian....."


No comments:

diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers