Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Kehadiran OraNG BaRU..~~~

Assalamualaikum..maaf slah silap kepada semua yang mengenali diri ini..
Alhamdulillah diberi nikmat untuk melayari kehidupan ini..aku bersyukur kepada Mu Ya ALLAH ...

hari ini saya nak kongsikan satu story-mory,,,:)

Bangi…

Penjual : beli bang buah-buahan sedap

Angah : ermm ayang nak ker??

Isteri : saya nak buah limau tu pakcik

Penjual : limau yang itu masam sikit dik yang ini manis

Isteri :iyer ke tak pe,saya nak yang ini encik

Penjual : ???

Angah : Alhamdulillah saya Berjaya bakal jadi ayah pak cik (ayat spontan angah)

Isteri : ???

Seminggu kemudian…

Doctor : Alhamdulillah isteri encik amar berbadan dua

Angah dan isteri : Alhamdulillah.



Kampung Melayu…

Nurul : along jom pergi main boling

Along : cakap dengan abg zakri

Nurul : abg Zakri ckp lepas maghrib siap.

>>>>Lepas maghrib<<

Along : awak saya nak makan sea food lah

Abg zakri : jom

Nurul : ye ye..

Selepas 15 minit perjalanan

Along : awak saya dah kenyang lah..awak je lah makan dengan nurul

Abg zikri : ????, kan kita baru sampai nih.

Nurul : alah Along nih buat hal lagi,tak pelah sebelum perang dua tercetus baik aku pilih nak makan apa.

Setengah jam berlalu…makanan yang di tempah sampai….

Along : erm tak pelah awak saya dah kenyang (hanya dengan dua sudu sup sayur).saya nak tidur saya tunggu awak dan nurul dalam kereta ok.

Nurul : ??? (geleng kepala)

Abg zakri : ???


Bukit Saujana…

Ain : awak anak nak susu tolong buatkan

Suami : jap ok sayang, saya ada kerja ni.

Ain : awak cepatlah, saya penat nih.

Suami : sabarlah.

Ain : pergi mintak kat daddy


Lima minit kemudia….


Ain : awak saya rasa tak sedap badanlah..

Suami : awak penat tuh dah pergi tido

Ain : tak la..tolong picitkan kepala saya jap

Suami : awak ni macam-macamlah (sambil picit kepala si isteri)

Dua minggu kemudia :

Doctor : tahniah puan sofia awak mengandung anak ke tiga.


>>>>>>><<<<<<<<

Hehehe,begitulah suasana keluarga saya sekarang saya bakal dapat 3 orang anak sedara sekali gus pada tahun ini… setelah menyambut dua orang baru dalam keluarga kami pada tahun lepas iaitu kakak dan abang ipar saya..tahun ni rezeki lain pula Allah nak anugeahkan…

Alhamdulillah aku bersyukur lagi ya Rahman..

kira saya balik dari habis belajar dengan keluarga makin ramai,rasa sangat seronok..

Itulah rezeki namanya…

Sedih sambil gembira dengar kehagiaan keluarga abang, kakak dan adik saya..

Dan buat adik ipar saya,abag ipar saya dan abang saya bersabarlah melayani karenah isteri-isteri kalian yang dalam keadaan mengidam dan macam-macam perangailah..sebenarnya kalianlah kekuatan mereka.lagi-lagi yang baru nak mengharungi menyambut kelahiran anak pertama mesti ada perasaan takut dan kalut..he3

Whatever pon akak tetap doakan yang terbaik tuk kelurga ini.

Buat adik,kakak dan kakak ipar saya…tahniah atas rezeki yang allah kurniakan ini,

-jangan lupa hari2 membaca al-quran

-jaga solat kalian

-jaga tutur kata

-jaga hubungan kalian dengan suami

Nih akak ada sertakan doa-doa n zikir-zikir mudah bersalin…


اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ

لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا.

اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ.

اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا.

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً.

اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ .

وَالْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ.

Ya Allah ,

peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah ,

Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .

Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah ,

panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .


Ada orang bagi akk tips kalau nak mudah bersalin gosok dagu suami akak pun tak tahu betul ke tak sebab akak pown tak pernah nikah lagi kan..ha3

Tapi tips mak bagi masa setiap kali mak nak bersalinkan anak-anak mak ialah banyakkan menbaca ayat kursi….~~~

Kullil haq walaukana murron..!!!

Wednesday, November 16, 2011

saya nak jadi paling cantik...~~

Bismillah..
Assalamualikum...

Azam tahun nih nak jadi cantik...adakah solek tebal2 boleh buat saya nampak cantik dan menawan??
ermm kawan-kawan kata nak nampak cantik jika muka pucat mesti dengan solekan tapi jangan tebal-tebal sangat..

namun di fikiran terdetik adakah saya tidak bersyukur atas sgala nikmat yang diberikan??
saya cukup bersyukur atas dugaan dan nikmat yang ALLAH berikan kerana segalanya ada hikmahnya..ya kita tidak tahu hikmah itu..namun saya yakin ia pasti ada..

sebenarnya sahabat2 seperjuangan cantik disini bukanlah cantik paras rupa..
orang yang paling cantik adalah orang mempunyai AKHLAK yang BAIK...
itu yang di fikirkan ketika ingin menyambut usia yang semakin matang 16.11.????

saya pohon doa dari sahabat2 yang mengenali atau terbaca entri ini..moga kita dikalangan orang-orang yang sentiasa ingin diubah dan merubah kepada lebih baik..
akhlak yang baik memerlukan jiwa yang kental dan hati yang cukup kering..
sekering daun di musim sejuk ini...moga saya thabat YA ALLAH..

"Berkata Benar Walaupun Ianya Pahit.."


Sunday, May 8, 2011

ummi saya merinduimu...

Assalamualikum...
setelah lama menyepi akhirnya pada 10pagi waktu mesir,hari ini sambil bertemankan lagu inteam (pemergianmu)...alhamdulillah dapat untuk menhidupkan sebentar blog ini..untuk perkongsian bersama.

salam mahabbah untuk sahabat blogger...
n selamat hari ibu untuk semua para ibu..speacially untuk bondaku...;)

ermm...tadi ahli bait saya tanya akk apa hukum sambut HARI IBU??
saya senyum dan saya jawab hari2 adalah hari ibu...
itu pada asalnyalah...mcm makanan asalnya semua makanan di bumi ini boleh dimakan,tapi apabila ada kemudhoratan pada seseorang maka ia tidak boleh di makan.

okkeh kembali kepada hukum menyambut hari ibu...mari kita lihat semula pada asalnya penyambutan hari ibu ini bermula apabila perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

so bila dah tahu boleh ke kita nak sambut???
sahabat untuk menjawab permasalah ini pada sesetengah pendapat menyatakan ia tidak wajar untuk di sambut kerana di khuatiri akan terpengaruh dengan dewi2 yunani ini...

bagi sesebuah negara hari menyambut hari ibu ini berbeza2..tidak seperti menyambut hari kekasih ibu dah memang sah2 haram.untuk menyambut hari ibu ini boleh kita buat perkara2 yang berlandaskan syariat iaitu
-tidak berlebihan (membazir)
-membuat doa selamat untuk ibu kita lepas tu jemput anak2 yatim makan sama2.
-dan buat aktiviti riadhah untuk ibu2 (untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan)
-memberi hadiah dan macam2..asalkan ia tidak bercanggah dengan ajaran islam lagi elok kita sambut berbeza dengan tarikh2 yang ditetapkan oleh mereka2 yang sentiasa memikir menjatuhkan islam...saya kadang2 terlupa hari2 yang selalu disambut oleh rakyat malaysia disana kerana di mesir suasana yang membimbing saya untuk terlupa akan tarikh tersebut bila terlihat di internet baru ingat atau pun ada orang bertanyakan hukum menyambut hari2 tersebut...hu3

inilah didikan islam sentiasa memandang sesuatu perkara yang berlandaskan iman..bukan nafsu.
dan ia juga membezakan agama ini dengan agama lain..maka berbahagialah kamu wahai umat islam...

namun ada sahabat saya berpendapat hari ibu baginya adalah hari kelahirannya..
di waktu itulah dia satu keluarga akan membuat aktiviti kekeluargaan,bagi saya itu terpulang pada individu asalkan ia ada manfaat dan bukan sia2.

penelitian umat islam kini...kita banyak terikut ajaran sekuler dan mereka telah pun berjaya mempengaruhi kita,dan mereka pemimpin haruslah kembali semula kepada pemikiran islam..
agar islam di malaysia khususnya di agungkan..bukan bangsa...seandainya bangsa melayu semua mati jadi bangsa lain menguasai malaysia..adakah layak slogan itu di agungkan..??

kembalilah wahai pembesar janganlah kalian berbangga dengan kekayaan dunia ini...sepertimana firman ALLAH didalam surah rahman..."semua ini akan binasa"

untuk akhirnya...telah datang seorang sahabat kepada rasulullah dan menyatakan pilihan yang harus dibuat baginda menjawab sesuatu perkara apabila banyak kebaikan dari keburukan teruskan namun apabila banyak keburukan dari kebaikan tinggalkan...

sanyangilah ibu dan ayah kalian selagi mereka masih dipinjamkan nyawa oleh ALLAH...mohonlah doa dan restu dari mereka...kerana redha ibu ayah adalah rekedhaan ALLAH SWT.:)

SALAM MAHABBAH SALAM UKHUWAH..
KULLIL HAK WALAUKANA MURRON...SALAM SATU ISLAM.;)

Sunday, October 31, 2010

jika kamu " BERIMAN "...


sebagai seorang yang beriman...apakah reaksi kita ketika kita diuji dengan kekalahan
atau kegagalan...??

baru-baru ini ardhul kinanah dibanjiri mahasiswa baru dari seluruh pelusuk negeri dan negara.

dan bagi negara malaysia akan ada peperiksaan sebelum mendapat kelayakan untuk masuk sesi pengkuliahan Azhar.

hasil dari peperiksaan yang dibuat statistik agak kurang mengembirakan kerana ramai yang belum ada rezeki untuk sama2 melusuri pembelajaran AL-Azhar bersama sahabat yang berjaya.

dan disini saya ingin mengulang kembali pertanyaan saya selaku orang yang beriman apakah reaksi kita???
saya ajukan soalan ini kepada semua sahabat2..di khususkan kepada sahabat yang tidak pernah rasa kegagalan mahupun kekalahan...disaat anda diuji sekarang apa kalam(ucapan) pertama yang terzahir dari mulut anda??
sama-sama kita muhasabah....

**************

sebagai orang yang beriman dengan membenarkan Muhammad adalah nabi akhir zaman yang diutuskan kepada sekalian manusia..dan meyakini tiada nabi sesudah baginda...dengan menangisi pemergian baginda kerana terlalu banyak baginda meninggalkan kepada kita sunnah2 baginda...apakah reaksi kita disaat baginda di hina??

pasti kalian pernah terbaca akhbar baru2 ini mengenai penghinaan terhadap baginda..
sahabat2 penghinaan ini semestinya perkara biasa di dengari kerana ia berlaku di tempat orang yang tidak mengamalkan islam dan negara yang tidak di labelkan negara islam namun kali ini saya fikir ia sudah cukup melampau kerana ia berlaku di tanah air kita dan ia di pelopori oleh orang yang cukup besar pengaruh di Malaysia...

iaitu isteri kepada perdana menteri Malaysia...pemimpin yang mewarwarkan GAGASAN SATU MALAYSIA...pemimpin yang penasihatnya orang yang cukup tidak memandang islam itu adalah agama yang syumul (sempurna)

Penghinaan ini berlaku tika mana Rosmah mansur mengadakan festival konon2nya islamic...ntah islam mana dia belajar dan dapat saya pun kurang pasti.!!
nak kata islam hadari dan lama terkubur...fikir2lah!

dimana iman kita bila mana Nama Nabi Muhammad dipakai oleh manusia yang (biarlah ALLAH memberi hidayah kepadanya)cukup menjolok mata.
adakah kita sekadar:..
~"ala kita kan orang biasa dia pempinan kita kena ikut jer...."
~"diam jelah janji duit bulan2 aku masuk...!!!"
~"tak nampak mana pun nama muhammad tu..diorang ni saja nak provok..!!!!"

saya bukan mahu kurang adab...tapi mahu sahabat2 belajar adab2 menghormati taraf orang yang sepertimana kita harus dan wajib beradab..

namun saya cukup gembira juga atas penganjuran festival ini kerana dia sendiri membuka kelemahan sendiri...dan menunjukkan kepada rakyat Malaysia islam bagaimana yang ingin di corakkan.

"biar terbuang tetap berjuang..."

sahabat2..tidak kiralah setaraf mana pun kita,menghina orang itu amat buruk perbuatannya.Megah manalah manusia ini bila dalam kesusahan tetap memerlukan orang lain.

istighfarlah wahai diri...kembalilah kepada ALLAH..!!!
"BERKATA BENERLAH WALAUPUN IANYA PAHIT..."

~jika benar kamu BERIMAN.....~

Sunday, April 18, 2010

...sudah berlalu pergi...



di akhir 2009 banyak kenangan yang kutinggalkan untuk diari kehidupanku

yang tidak sama sekali akan berulang kembali...
ku bersyukur kepada illahi atas nikmat yang kau beri..:)

terima kasih buat...

~keluarga ayah, emak, along, angah, ameer , ain, nurul, atie, dayah, ida,idin n isya..:)
~sahabat kepimpinan hewi PMRAM sesi 2009
~sahabat bp(badan pengurus PMRAM sesi 2009
~sahabat yang banyak menjayakan segala urusan sepanjang sesi2009 bekerja dengan saya.
~ahli bait saya (k.zu , masykurah , muslihah) terima kasih atas memahami
segala keadaan saya...
~BKAN angkat saya PMRAM cawangan Selangor,atas segala undangan dan ukhwah yang
dijalinkan.
~tidak lupa negeri kelahiran saya PMRAM cawangan Johor..
~tidak lupa sahabat2 yang mampu bertanya walaupun "dah makan?" "sehat ke?''
~dan semua sahabat2 yang berada di bumi ini


syukran sudi berkawan dengan saya..:)
syukran sudi mencipta kenangan antara kita
syukran atas doa2 kalian...

inni uhibbuki fillah





Thursday, April 8, 2010

hati hiba mengenagkan...


menangislah...
dalam sebuah hadis rasulullah s.a.w berdabda
bahawa air mata...
dari tangisan pembuat dosa...
yang bertaubat...
adalah lebih disukai ALLAH swt...
daripada tasbih para wali"


menangislah...
manusia di zaman ini..
banyak menangis kerana..
takut...
meninggalkan dunia.

banyak mengalirkan air mata kerana melihat cerita cinta.

menangis kerana terlalu sayangkan kemewahan DUNIA...

berbanding para nabi,rasul dan para sahabat mereka manangis..
kerana takut ALLAH swt..

apakah doa mereka diterima?

apakah amalan mereka diterima?

apakah ALLAH memandang semuanya??
demi ALLAH swt.


menangislah...
sudah telalu banyak fitnah didunia ini..


menangislah...

selagi babu taubah..
masih diterima disisi ALLAHswt.

Abu Humma bin Adilan Albahily r.a berkata Rasulullah saw bersabda :

"tiada suatu yang lebih disukai ALLAH dari dua titis dan dua bekas..
apakah titis da bekas itu sahabat2ku?


...Titisan air mata kerana ALLAH swt..

...Titisan darah fisabilillah..
..Bekas dalam fisabillillah...
..Bekas perjuangan kewajipan kepada ALLAH swt...



dimanakah tangisan kita???

Wednesday, January 6, 2010

peperiksaan

assalamualaikum...

wahai cucuku...hukhukhuk
hari ini atuk ingin megucapkan...
selamat tahun baru 2010..

ketahuilah kalian bahawa kalian akan menduduki peperiksaan..
makanya!!!
kurangkan tidorrr..
kurangkan menonton..
kurangkan bermain..
kurangkan buat benda tak befaedah..

wahai cucu adam...ingatlah doakan kejayaan sahabat2 kalian


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

dikesempatan ini.
alfatihah buat seorang sahabat saya.
sahabat yang pergi buat selamanya..
sahabat yang banyak membantu saya dalam melancarkan gerak kerja saya..
sahabat yang begitu tetap pendirian..
semoga dia tergolong dikalangan orang2 yang beriman..amin

Sunday, July 19, 2009

setelah ku mula mengenalimu...



"KERANA DIRIKU BEGITU BERHARGA...."
















"meh pi ramai..."















p/s: langkah pertama saya mencari pengalaman di dalam persatuan ini..
kita P._.R_M !!! siapa tahu JAWAPANNYA???hehehe

actly nak promot meh la meriahkan program ni...sambil itu merapatkan ukhuwah antara kita..

Friday, June 19, 2009

kemana kita tumpahkan CINTA kita???





Bismillah...salam buat semua yang mengenali diri ini..juga yang tidak mengenali..he3
cepat2 selamatkan iman kita...astaghfirullah..:)
buat sahabat...
setiap yang hidup itu berpasangan...begitulah keindahan ciptaan ALLAH yang maha pemurah,tidak di biarkan bumi ini sepi tanpa pelapis...jadi bila berpasangan dengan cara halal maka generasi yang dilahirkan akan bersih dari fitnah dan tohmahan...:)

sekarang ramai kawan-kawan saya telah dan akan mendirikan rumahtangga...tahniah tuk kalian..saya bila pula..haha (tunggu yer..he3)

antara kepentingan rumahtangga...
kita perlu ingat didalam perkahwinan bukan sebuah pemilikan namun ia adalah satu perkongsian.dengan perkahwinan akan:

1.memenuhi dorongan fitrah.

2.menciptakan ketenteraman jiwa.

3.berlindung dari godaan syaitan.



(sekadar hiasan-gambar nikah kakak saya..:) i pinjam yer...)

pemilihan bagi calon isteri

1.muslimah(agama)

"jangan kahwini wanita musyrik hingga mereka beriman".

2.bebudi pekerti dan berakhlak mulia.

"sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah.

3.berparas cantik

4.tidak mandul

5.masih anak dara.

rasulullah bersabda"kalian harus berkahwin dengan perawan kerana tutur kata mereka lebih sopan,rahim lebih subuh dan lebih redha yang lebih sedikit.

6.tidak ada hubungan berabat.

7.mahar yang murah

rasulullah besabda:"sebahagian dari keberkatan wanita adalah yang mudah di lamar dan murah maharnya.

dari riwayat yang lain:"sebahagian dari keberkatan wanita yang lain adalah cepat bersuami, cepat melehirkan anak dan murah maharnya.


(sekadar hiasan...-nikah abang saya-adeqmu pinjam yer..)

antara calon suami:

1.taat beragama

suatu ketika ada seorang datang kepada saidina hassan bertanya ramai orang telah melamar puteriku,maka kepada siapakan yang harus aku kahwinkan dia??

saidina hassan menjawab:"kahwinkanlah dengan orang yang bertakwa..kalau ia mencintai ia akan menghormatinya dan kalau ia membenci ia tidak akan menganiayainya.

2.tidak fasik (dayus)

3.bukan seorang kaki mengayat..

4.sekufu

5.tidak ada faktor yang mencegah perkahwinan

Maka disini perempuan juga perlu memilih watak macam mana lelaki yang hendak di pilih untuk menjadi ketua bagi keluarganya kelak.
dan tidak salah wanita melamar lelaki sekiranya dia yakin lelaki itu pentaat agamanya...:)
kita mampu mengubahnya...
"jangan berhenti mengharap kepada ALLAH..."

p/s:..saya di takdim untuk memberi sedikit tazkirah mengenai bait muslim.jangan salah faham :).sebab tuh saya post mengenai kahwen..tapi tak salah tuk persiapan saya jugakan..he3

"kullil haq walaukana murron...!!"

Friday, June 5, 2009

pilihan..


Andai satu hari..nanti
kau diberi SATU AMANAH..
Andai satu hari..nanti
kau di minta memberi TEGURAN..
Andai satu hari..nanti
kau ingin BERUBAH..

Jalankanlah amanah itu dengan..SEJUJURNYA.
lakukanlah TEGURAN ITU dengan sangat berhemah.
dengan cara berdepan.Bukanlah dikalayak ramai.
apabila kau ingin berubah.
berubahlah dengan petunjukNya.





namun janganlah kau pernah rasa menyesal atas KEJUJURANMU

dalam menegakkan perkara-perkara yang hak.
janganlah kau biarkan sabahat mu..terus merasa benar dalam tindak tanduknya
sedangkan tindakan itu salah.
janganlah kau menyesal jika engkau insan terpilih untuk BERUBAH.

tiada manusia yang tidak diuji.
lagi-lagi jika satu hari kau dipilih olehNya untuk
jalankan AMANAH.Maka,
sentiasa mememohon pertolongan dari ALLAH.
kerana hanya ALLAH sahajalah tempat kau mengadu segala dugaan yang datang kepadamu.
Dan berserahlah segalanya kepada ALLAH kerana dia sahaja yang tidak akan mengecewakan HARAPANMU.

p/s:
tegurlah aku.
ingatkanlah aku.
jadikanlah aku sahabat yang terbaik.Maafkan aku teman.

Saturday, May 16, 2009

huh...


erm...hari ni saya nak ucapkan selamat hari lahir yang ke..???
buat sorang mak cik ni...
hehehe......:)

apa yang menariknya...tak pernah di buat orang..
panggil orang lain tuk rancang birthday sendiri...
namun itulah....HAKIKATnya....hahaha

aduh...macam-macam hal..
whatever pun..di umur yang semakin meningkat..
tingkatkanlah ia dengan ilmu dan amal...
semoga murah rezeki...di permudahkan dalam exam tahun ni akan datang dan selamanya..
semoga lebih tabah di ardhul kinanah ini...
sayang sayang dari onwer blog ini..hehehe
















eh..gamba sapa pulak kat atas ni???
maaf yer gambar ini sekadar hiasan...:-)

Friday, April 17, 2009

kerana dirimu begitu berharga

Align Center
hari-hari ku lalui semakin mematangkanku...
zikrullah peneman diri...

kalam-kalam doa penguat diri...
kini hubungan kita mungkin tidak seperti dahulu..
kau akan lebih mementingkan si dia..
tanggungjawab kau akan semakin bertambah...
pentingkah aku???
engkau lebih mengetahui...
tanggal 4 april satu sejarah yang membuat aku menangis..

menangis kerana terlalu merinduimu...
menangis kerana terlalu memikirkanmu...
menangis kerana terlalu gembira...

mungkin ada hikmah..
atas apa yang berlaku..


jadilah dirimu insan yang SETIA..
jadilah dirimu insan yang PENYAYANG..
jadilah dirimu insan yang MENYENANGKAN...
didiklah dirimu menjadi seorang yang BERTANGGUNJAWAB...
ketahuilah....

bahawa tangan yang menghayun buaian..
boleh menggoncangkan dunia...


perbaikilah niat atas perkahwinanmu...
biarlah ia menjadi ibadah...
bukan adat semata2...

juga bukan nafsu yang utama...

******
4 april 2009
(di markaz HEWI PMRAM)

to mira,
ain selamat diijabkabul tengah hari tadi...

berbaju unggu...


alhamdulillah....
sms di balas sambil tersenyum syukur ke hadrat illahi..



Saturday, March 28, 2009

i.s.t.i.q.o.m.a.h

assalamualaikum....
"amalan yang sedikit perpanjangan lebih baik...
dari amalan banyak yang tidak terbuat......{mafhum hadis}''
pastinya kita pernah terdengar hadis di atas??
hari ini saya ingin mengajak sahabat2 untuk istiqomah(berterusan)
melakukan amalan-amalan sunat..
sesungguhnya rasulullah sangat suka pada hambanya yang sentiasa istiqomah dalam sesuatu amalan...
adakah kita seorang PENYABAR???
kalau sahabat ingin tahu bahawa sahabat adalah seorang yang penyabar atau tidak adalah dengan istiqomah dalam amalan sahabat2..
maksudnya...,saya bagi contoh dalam melakukan solat sunat DHUHA...
kalau kalian mampu istiqomah melakukannya setiap hari dan amalan-amalan sunat yang lain
kalian sudah mendapat menguasai dari sifat SABAR dan IKHLAS...
semoga kita dapat sabar dalam menjalani kehidupan ini..
untuk menuju kehidupan yang abadi...

Monday, March 9, 2009

apa-apa je.

Assalamualaikum....
Macam kekok pulak untuk berposting...
dah lama saya biarkan blog ini bersawang..bukan sengaja namun kesibukan dan terputus line internet yang menyukar segala yang tidak sukar.

hari ini saya di MANSURAH dan sekarang di rumah roisah(k.AMe)...saje cari KETENANGAN..lain orang lain caranya.Dan saya lebih suka berjalan-jalan untuk menenangkan kotak fikiran..atau pergi MASJID AZHAR lagi satu ZIARAH makam-makam kat mesir ni...kat hussin pun ada cuma tahu atau tidak sahaja.senang kata banyak sangat makam kat mesir ni....!

*******
hari jumaat lepas...
usrah adik-adik baru telah di beri taklifan membentang sejarah rasulullah dalam bentuk FORUM.
berjalan dengan baik program tersebut walaupun banyak lagi yang perlu di perbaiki.
teringat pulak masa mula-mula datang di ardhul kinanah ini tahun 2006..
saya adalah salah seorang ahli panel untuk bercakap mengenai sejarah rasulullah, dengan mengunakan buku rujukan yang sama.mama liqa' yang sama..cuma cara yang berbeza kerana saya tidak pandai bercakap (nervous)

sempena maulidul rasul...banyakkanlah berselawat bukan bermakna hanya dengan tiba hari-hari bersejarah baru kita nak berselawat dan menggingati sejarah rasulullah
malah sebagai seorang pelajar,pengajar juga pejuang perlu ingat dan hadam sejarah hayat rasulullah...kerana???

kerana itulah penguat kita di kala kita sedih,marah,hilang sabar dan macam-macam..

***kuatkan lah hati hambamu ini ya ALLAH...

Thursday, January 8, 2009

sekali melangkah..tidakku berpatah kebelakang!

UniVerSiti AL-AZHAR..!
satu mercu menara gading
yang selama ini
aku idamkan...
aku inginkan...
aku targetkan...
aku impikan...

namun...
disaat peperiksaan yang menjelma..
aku di uji..
dan terus di uji..

terdetik di hati..
adakah IBU tidak merestui pemergianku??
di saat keluar keputusan peperiksaan..amat menyedihkan.
adakah IBU tidak meredhoi keberangkatanku??

Ya ALLAH..
bukakanlah pintu hati insan yang selama ini aku sayangi,aku hormati
aku kasihi...
bukalah pintu harinya supaya..
meredhoi..merestui..melepaskan
pemergianku..
demi untuk agamaMU Ya ALLAH..

IMTIHAN..
tinggal berbaki untuk aku dan sahabat2 menghafal..

akhirnya..
mengalir juga manik jernih ke pipiku..
mengertilah wahai IBU..perjuangan ini sementara cuma.
restuilah pemergianku...
tanpa restu darimu..
siapalah AKU!!
alangkah berdosanya AKU..!!



Wednesday, December 31, 2008

hadiah..31dis 08

"YA ALLAHHU..YA QAHHAR..
YA JABBAR..YA SATTAR..FANSURNA ALA KUFFAR FI
JIHADIL AKBAR"


AL-Fatihah...
~buat junjungan besar nabi muhammad s.a.w,ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi'en dan tabi' tabien~

AL-Fatihah...
~buat kedua ibu bapaku~

AL-Fatihah...
~buat doktor/doktorah,pejuang-pejuang di jalanMu,sahabat-sahabatku dan semua umat islam~

*******
Yaa siin....
walqurannil hakim...(demi al-quran yang penuh hikmah).

...teruskan lah membacanya wahai anak adam...janganlah kau merasa malas,bosan dan jemu membacanya..memohonlah di kuatkan hatimu dengan membacanya(Yaa sinn).
memohonlah pertolongan ALLAH buat sahabat-sahabatmu,buat saudara/saudarimu..yang berjuang di jalannya..
janganlah kau masih dibuai mimpi yang sebentar cuma..
sedarlah wahai anak adam..kiamat semakin hampir..bumi sudah terlalu tua..
adakah kau masih leka??
adakah kau masih mampu ketawa disaat saudaramu di dalam kesusahan?
tingalkanlah angan-anganmu yang sia-sia...~sedarlah~

***
Yaa siinn..
walquranil hakim..
innaka la minal mursalin...

kuhadiahkan buat pejuang-pejuangmu(syahid)..
kuhadiahkan buat Yahaya b.Hasan (atuk saya) meninggal semalam...
~semoga roh kalian bersama orang2 yang beriman..~
Ya Allah matikanlah kami di dalam keadaan beriman..amin..amin ya rabbal alamin..

***
doa Selamat..

ku hadiahkan buat Samsudin b.Yahaya (ayahnda tercinta)
~yang k-48 tahun...~
Ya Allah...(biar dalam doaku sahaja)

p/s:syukran buat kakandaku(syiria)..kerana call akk kat sni(mesir)..hilang rindu ini..:-)



Tuesday, November 25, 2008

adakah kita menyesal...


Di suatu malam..

Umai kenapa wanita di ciptakan???
kalau sememangnya wanita itu menjadi fitnah kepada dunia..?tanya seseorang kepada saya.

Akak..memang wanita itu diciptakan untuk menjadi perhiasan dunia..Namun kita sebagai wanita
hendaklah memilih untuk menjadi MUTIARA atau pun BATU??
mutiara yang menyinari dunia dengan sinar cahaya sentiasa bergemerlapanatau ingin menjadi batu yang tidak bernilai malah mudah didapati..
wanita itu akan menjadi fitnah bila mana dia membuka jalan fasik untuk dirinya..
malahan firnah tu bukan terkena pada dirinya sahaja..
malah kepada seluruh insan bergelar wanita khususnya..

yerlah kalau dah macam tu..kenapa ALLAH mencipta wanita??
akak rasa menyesal menjadi wanita..akak tadi menyambung

Akak..ALLAH tidak mencipta sesuatu tanpa sebab..
Oleh itu untuk diri kita tidak menjadi fitnah kepada dunia mahupun akhirat nanti..
kita perlulah membekalkan diri kita ilmu,iman dan akhlak..

Akak wanita itu mudah untuk masuk neraka mahupun syurga..
apabila dia membuka jalan-jalan fitnah pada dirinya maka teranglah jalannya untuk ke neraka
tapi,bila dia mengawal nafsunya dengan ilmu dan iman yang ada...bagi yang sudah berkahwin apa yang paling mudah ialah melayan suami insyaALLAH syurga menantinya.

dan akak perlu tahu menjadi seorang wanita yang bergelah muslimah adalah dengan wanita itu kenal siapa penciptanya iaitu ALLAH swt..kerana hidupnya lebih teratur dan berhala tuju.
wanita yang meletakkan cintanya tertinggi kepada ALLAH swt.akan merasa bersyukur akan pencintaanya di dunia ini..
kerana wanita itu akan melahirkan,mendidik membimbing anak-anak mereka untuk menjadi pejuang atau musuh di dalam islam..
semua bergantung kepada seorang wanita..

Akak kena ingat..sebodoh-bodoh wanita mampu melemahkan sepandai-pandai lelaki.
namun janganlah kita yang menjadi pintu fitnah berterusan.

~sebelum akak ni pulang ke tanah airnya..
sempat saya hadiah kepadanya sebuah buku yang menceritakan tentang wanita-wanita sekitar rasul..supaya menjadi dirinya kuat dan lebih bersemangat untuk tahu kedudukan dan meletakkan wanita itu di mata dunia.~

Thursday, November 20, 2008

???



...di mana target yang kita letak di dalam hidup kita??
lebih kepada dunia semata2-mata ataupun ahkirat??
imam ghazali pernah berpesan:

"..siapa yag inginkan dunia maka dengannya ialah ilmu...dan sesiapa yang inginkan akhirat maka dengannya juga adlah dengan ilmu..dan sesiapa yang inginkan keduanya..ia juga dengan ilmu.."

kita sentiasa ingin dikasihi dan mengasihi..
namun kita lupa apakah yang perlu kita sayangi dan cintai dahulu...?
oleh itu kita perlukan guru dan ilmu supaya apa yang kita sayangkan itu tidak menjadi fitnah kepada kita di kemudian kelak mahupun pada islam itu sendri...
...kita selidik semula..kita menangis selalu adakah kerana terlalu sayangkan sang pencipta??
atau pun kita cintakan yang dicipta(manusia)..
berilah hati kita ruang dan peluang supaya hati kita sentiasa di dampingi ilmu2 dan guru2 yang membimbing kita...berilah peluang untuk hati kita di tegur..kepada kebaikan..

juga berilah ruang kepada hati kita untuk tidak suka kepada benda yang tidak disukai oleh ALLAH SWT..ya ALLAH teguhkanlah iman ini untuk menegur salah sendiri juga salah sahabat-sahabatku yang mana bila mana perbuatan itu tidak engkau sukai..
ingat wahai diri..."selemah-lemah iman adalah al-qalb(hati)....

Sunday, November 16, 2008

if u forget....

16 november ????
Singa

Begitu kontra dengan spesies kamu,
rupanya kamu ini memang pendamai orangnya.
Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan.
Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi.
Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain.
Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain,
jadi berhati-hati.


Diantara personaliti yang dilahirkan di bulan November :

- banyak idea dalam sesuatu perkara
- perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
- otak dan pemikiran yang sangat tajam
- cara berfikir lain dari orang lain
- berfikiran kehadapan, unik, dan bijak
- banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
- penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
- sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
- sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
- amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia
- daya firasat sangat halus dan tinggi
- bagus sebagai doktor
- cermat dan teliti
- personaliti dinamik
- tidak hargai pujian
- bercita-cita tinggi
- terlalu degil dan keras hati
- apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
- sangat rajin dan berkemampuan tinggi
- kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
- pandai mendorong diri sendiri
- berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran
- mudah ambil berat terhadap orang lain
- tak suka marah kecuali tergugat
- pandai muhasabah diri
- romantik
- tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
- suka duduk di rumah
- tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

Tuesday, November 11, 2008

pintu hati berbisik...



kita merancang...
ALLAH menentukan...
YA ALLAH berilah sahabat-sahabatku kekuatan...
sesungguhnya ENGKAU lbih mengetahui...
tabahkanlah HATI kami ya ALLAH...
pandulah HATI kami YA ALLAH

untuk memuaskan semua hati2 manusia..
mampukah???
Lazimilah ZIKRULLAH..semoga apa yang kalian lakukan mendapat rehda ALLAH swt....



.."yang KUAT itu bukan badan namun HATI..."..
.."yang LEMAH itu bukan juga badan namun....HATI"..


diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers