Showing posts with label ilmiah. Show all posts
Showing posts with label ilmiah. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

ALLAH lah pemberi hidayah kepada kita....





Assalamualikum...


hari ni kisah pasal nasyid....dulu masa zaman sekolah suka dengar nasyid tapi suka hafal lirik lagu..ha3 (gurau jer) tapi tak lah macam kawan2 siap ada satu buku tulis lirik sahaja...semua lagu jiwang pulak tuh...ermmm..

saya suka nasyid kerana adakala liriknya lagi romantik...haaa tak cayakan...romantik la sebab mengingatkan saya pada si pencipta lebih (ALLAH..) tapi ada jugak lirik tak ketuhanan tapi msg yang ingin di sampaikan tuh baik lahkan...


tak la terkinja-kinja...smooth jer..he3 (ini pendapat saya-tapi memang betul punkan)


satu nasyid yang memberi message kepada kita bahawa ALLAH tidak akan mebiarkan kita sendirian..malah alah sentiasa memberi kita peluang dan ruang untuk memilih...jalan ALLAH itu luas...malah kadang kala kita yang menyempitkannya...


macam tahun lepas (gosip lagi..ha3) adalah seorang suami isteri pergi majlis perkahwinan sahabat saya di sini (mesir) tengah duduk berkenalan rupanya pasangan ini baru tahu yang pengantin perempuan tua 3 tahun dari pengantin lelaki...orang sekeliling pun duk cakap..

"sekarang trend kawen perempuan tua kan"....pulak..!!!

nasib baik datang sorang ustaz tegur "mana datang trend nya???kan jodoh tuh...haaa macam tu lah pemikiran islam ni ada je nak di gosipkan...he3




Dah2 nasyid lagu REDHA-BY inteam....

(saya kopi yer untuk muat turun dalam blog semangat saya nih...syukran)


Usah di salahkan takdir yang melanda


Renung kembali sejarah silam

Dengan membiarkan ku sendiri

Ku terumbang ambing

Mengenal diri


Mujurlah allah itu mengasihi

Aku diberi arah petunjuk

Berlindung dengan allah menerus kehidupan


Ku mengenal makna dosa dan pahala

Dengan kehendaknya,

Kau datang semula menghampiriku

Dan aku terpaku hingga ku hilang tiap bicara

Bukanku menjauhi tetapi amat sukar sekali bila kenang kembali

Aku disisih dan dibuang ketepi

Malah aku tidak dipeduli

Allah maha mengetahui yang ada di hati


Biar dia menentukannya

Dengan kehendaknya,kehendakmu allah kau datang semula menghampiriku

Dan aku terpaku hingga ku hilang tiap bicara

Bukanku menjauhi tetapi amat sukar sekali

Bila kenang kembali……


-sejarah tidak dapat diulang kembali..namun ia adalah pengalaman dan pengajaran...mengharaplah keredhaan ALLAH dan yakinlah janji ALLAH itu benar...semoga kita dikalangan hambanya yang sentiasa cuba untuk mengislah(memperbaiki) diri sebelum menghadap dihadapannyer...

-Ya allah bimbinglah kami..

-''Berkata Benarlah Walaupun Ianya Pahit..~~~"


Tuesday, May 25, 2010

aku dan akidah


di saat penat memikirkan hal diri...
pikir sebentar untuk orang lain...

disaat berasa syukur dengan segala yang ALLAH beri..
pikirkan sesaat untuk orang lain..

kenapa perlu pikir untuk orang lain??
kan kubur sendiri-sendiri.!!!!

itulah agama islam,agama yang tidak henti-henti dan tidak akan berakhir untuk memikirkan orang lain..bukan untuk "menjaga tepi kain orang" namun untuk kesejahteraan bersama.
adakala kita terfikir bahawa kubur kita sendiri-sendiri. Namun kita perlu untuk bermasyarakat kerana masyarakat inilah yang akan memandikan,mengafankan,mensolatkan dan menanamkan mayat kita dikala diri dihadap dihadapan ALLAH...
disaat itu adakah kita masih bernyawa?

ada kita terfikir hal itu??
dan mengapa kita perlu fikir hal orang lain...supaya kita dapat mengambil iktibar atas apa yang berlaku sama ada baik atau pun tidak.

~~~~~~~~~~~~

kali pertama saya jatuh cinta pada sebuah buku novel..
memang saya tidak suka membaca novel kerana penat nak tunggu sampai habis.hehe
tapi baru2 ni..nak imtihan(peperiksaan)
kawan saya tunjuk sebuah buku yang bertajuk ''Syahadah Gadis Ateis"
penulisnyer ''imran haanz"

mungkin kerana ada perbahasan hukum lagi2 hukum mengenai wanita didalam buku itu membuatkan saya
membaca berulang2..
dan saya membaca hanya mengambil masa selama 2 hari..erm anjakan paradima saya rasa pada diri saya..
kerana untuk menghabiskan sebuah buku novel memakan selama berbulan-bulan itu pun nasib baik kalau nasib buku tu tidak baik saya baca awalan wal akhiran..huhu

namun apa yang utamanya didalam buku itu adalah perbahasan mengenai akidah seorang khalifah dimuka bumi ini...
dan saya cukup sedih berbaur gembira kerana remaja itu ALLAH masih sayang..itulah hidayah.

dan maaf lah ia bukan novel cinta...
untuk dikongsikan namun novel cinta kepada islam dan diri sendiri..
saya rasa bagi yang meminati membaca novel pasti sudah membacanya.
bagi yang belum bolehlah beli dan baca..

kalau hadiah untuk birthday saya tahun ni..
kalau dah buntu sangat nak bagi apa....bagi buku nie saya cukup2 suka..
sesiapa nak kirim,minta alamat yer....saya tak segan pon nak bagi..hehehe

"semua orang beriman itu islam...
namun tak semua orang islam itu beriman"

Sunday, April 18, 2010

~~~b.E.n.A.r~~~



fitnah..!
menfitnah..!
difitnah..!

besarnya dugaan ini..
iman suatu yang agak payah untuk dijaga
namun kawallah ia..
didiklah ia..

kuatlah sahabat-sahabatku...
jangan kau mengambil mudah akan hal ini...
takutlah ALLAH...
ingat ini wahai diri!!!

Thursday, April 8, 2010

hati hiba mengenagkan...


menangislah...
dalam sebuah hadis rasulullah s.a.w berdabda
bahawa air mata...
dari tangisan pembuat dosa...
yang bertaubat...
adalah lebih disukai ALLAH swt...
daripada tasbih para wali"


menangislah...
manusia di zaman ini..
banyak menangis kerana..
takut...
meninggalkan dunia.

banyak mengalirkan air mata kerana melihat cerita cinta.

menangis kerana terlalu sayangkan kemewahan DUNIA...

berbanding para nabi,rasul dan para sahabat mereka manangis..
kerana takut ALLAH swt..

apakah doa mereka diterima?

apakah amalan mereka diterima?

apakah ALLAH memandang semuanya??
demi ALLAH swt.


menangislah...
sudah telalu banyak fitnah didunia ini..


menangislah...

selagi babu taubah..
masih diterima disisi ALLAHswt.

Abu Humma bin Adilan Albahily r.a berkata Rasulullah saw bersabda :

"tiada suatu yang lebih disukai ALLAH dari dua titis dan dua bekas..
apakah titis da bekas itu sahabat2ku?


...Titisan air mata kerana ALLAH swt..

...Titisan darah fisabilillah..
..Bekas dalam fisabillillah...
..Bekas perjuangan kewajipan kepada ALLAH swt...



dimanakah tangisan kita???

Friday, March 5, 2010

b.e.r.m.u.n.a.j.a.t





.... Suatu masa nanti...
...akan ku kunjungi tempat ini lagi...
...pada masa yang berlainan..
...pada waktu yang berlainan..
...dengan orang yang berlainan...
...:)...
insya'ALLAH


Friday, June 19, 2009

kemana kita tumpahkan CINTA kita???





Bismillah...salam buat semua yang mengenali diri ini..juga yang tidak mengenali..he3
cepat2 selamatkan iman kita...astaghfirullah..:)
buat sahabat...
setiap yang hidup itu berpasangan...begitulah keindahan ciptaan ALLAH yang maha pemurah,tidak di biarkan bumi ini sepi tanpa pelapis...jadi bila berpasangan dengan cara halal maka generasi yang dilahirkan akan bersih dari fitnah dan tohmahan...:)

sekarang ramai kawan-kawan saya telah dan akan mendirikan rumahtangga...tahniah tuk kalian..saya bila pula..haha (tunggu yer..he3)

antara kepentingan rumahtangga...
kita perlu ingat didalam perkahwinan bukan sebuah pemilikan namun ia adalah satu perkongsian.dengan perkahwinan akan:

1.memenuhi dorongan fitrah.

2.menciptakan ketenteraman jiwa.

3.berlindung dari godaan syaitan.



(sekadar hiasan-gambar nikah kakak saya..:) i pinjam yer...)

pemilihan bagi calon isteri

1.muslimah(agama)

"jangan kahwini wanita musyrik hingga mereka beriman".

2.bebudi pekerti dan berakhlak mulia.

"sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah.

3.berparas cantik

4.tidak mandul

5.masih anak dara.

rasulullah bersabda"kalian harus berkahwin dengan perawan kerana tutur kata mereka lebih sopan,rahim lebih subuh dan lebih redha yang lebih sedikit.

6.tidak ada hubungan berabat.

7.mahar yang murah

rasulullah besabda:"sebahagian dari keberkatan wanita adalah yang mudah di lamar dan murah maharnya.

dari riwayat yang lain:"sebahagian dari keberkatan wanita yang lain adalah cepat bersuami, cepat melehirkan anak dan murah maharnya.


(sekadar hiasan...-nikah abang saya-adeqmu pinjam yer..)

antara calon suami:

1.taat beragama

suatu ketika ada seorang datang kepada saidina hassan bertanya ramai orang telah melamar puteriku,maka kepada siapakan yang harus aku kahwinkan dia??

saidina hassan menjawab:"kahwinkanlah dengan orang yang bertakwa..kalau ia mencintai ia akan menghormatinya dan kalau ia membenci ia tidak akan menganiayainya.

2.tidak fasik (dayus)

3.bukan seorang kaki mengayat..

4.sekufu

5.tidak ada faktor yang mencegah perkahwinan

Maka disini perempuan juga perlu memilih watak macam mana lelaki yang hendak di pilih untuk menjadi ketua bagi keluarganya kelak.
dan tidak salah wanita melamar lelaki sekiranya dia yakin lelaki itu pentaat agamanya...:)
kita mampu mengubahnya...
"jangan berhenti mengharap kepada ALLAH..."

p/s:..saya di takdim untuk memberi sedikit tazkirah mengenai bait muslim.jangan salah faham :).sebab tuh saya post mengenai kahwen..tapi tak salah tuk persiapan saya jugakan..he3

"kullil haq walaukana murron...!!"

Saturday, March 28, 2009

i.s.t.i.q.o.m.a.h

assalamualaikum....
"amalan yang sedikit perpanjangan lebih baik...
dari amalan banyak yang tidak terbuat......{mafhum hadis}''
pastinya kita pernah terdengar hadis di atas??
hari ini saya ingin mengajak sahabat2 untuk istiqomah(berterusan)
melakukan amalan-amalan sunat..
sesungguhnya rasulullah sangat suka pada hambanya yang sentiasa istiqomah dalam sesuatu amalan...
adakah kita seorang PENYABAR???
kalau sahabat ingin tahu bahawa sahabat adalah seorang yang penyabar atau tidak adalah dengan istiqomah dalam amalan sahabat2..
maksudnya...,saya bagi contoh dalam melakukan solat sunat DHUHA...
kalau kalian mampu istiqomah melakukannya setiap hari dan amalan-amalan sunat yang lain
kalian sudah mendapat menguasai dari sifat SABAR dan IKHLAS...
semoga kita dapat sabar dalam menjalani kehidupan ini..
untuk menuju kehidupan yang abadi...

Tuesday, October 21, 2008

"cinta" kau dan aku


Dijadikan Indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang dingini, iaitu wanita. Anak-anak, dan harta”
(al-Imran : 14)

Cinta itu tidak dilarang, malah cinta-mencintai merupakan fitrah dan proses semula jadi manusia yang merupakan satu kesempurnaan bagi setiap insan. Seorang lelaki yang mengasihi wanita dan mengingininya adalah sempurna dan normal. Maksudnya, lelaki tersebut tidak mempunyai kecacatan perasaan berbanding dengan lelaki yang tiada perasaan langsung terhadap wanita.

Cinta itu amat tinggi nilainya jika bertujuan untuk mencari redha Ilahi.
Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah cinta itu dijaja dengan sesuka hati tanpa ada nilai langsung padanya. Jadi bagaimanakah cinta yang bernilai itu?

"....CINTA KERANA ALLAH...."

1. Pastikan setiap luahan cinta itu dibina atas dasar cinta kepada Allah.

Jika anda cintakan seseorang kerana Allah, anda pasti akan lebih bertanggungjawab sebaik mungkin dalam menjaga maruah diri dan agama daripada dosa maksiat.

2. Pastikan cinta yang diraih sama sekali tidak melanggar batas syariat.

Sebaik-baik perhubungan cinta itu sama sekali tidak menjurus seseorang itu kepada dosa yang membawa kepada kemusnahan diri seperti zina.

3. Ubah persepsi bahawa cinta itu sebagai satu budaya sebelum perkahwinan.

Ramai yang anggap cinta sebagai syarat sebelum berkahwin untuk mengenali pasangan masing-masing. Inilah punca lahirnya istilah ber’couple’, ‘awek’, ‘pakwe’, ‘balak’ dan sebagainya dalam masyarakat sekarang.

Lagipun apabila ghairah bercinta, seseorang itu akan tidak akan mempamerkan dirinya yang sebenar. Sifat ‘sempurna’ yang ditunjukkan itu hanyalah sekadar mainan cinta sahaja. Itulah sebabnya mengapa kita lihat banyak pasangan suami isteri yang tidak bahagia kerana apabila perkahwinan didirikan, barulah kita dapat melihat kacang yang buruk disebalik kulitnya yang cantik molek itu.

4. Lakukan solat istikharah dan banyakkan doa sebelum membuat keputusan.

Bagi mereka yang khuatir sama ada pilihan hati untuk didirikan perkahwinan adalah tepat atau tidak. Justeru, Islam menyarankan agar banyakkan berdoa kepada Allah agar pilihan yang dibuat adalah tepat kerana ‘only Allah knows best’.

“Ya Allah, Kurniakanlah aku cinta-Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikanlah cinta terhadap-Mu lebih aku cintai daripada air sejuk”

Dalam masa yang sama, solat istikharah juga penting bagi memastikan pasangan yang dipilih itu menjanjikan kehidupan yang bahagia.

“Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri/suami ku. Kalau tidak baik, ya Allah, elakkanlah”

5. Kahwin kerana agama

Sepertimana sabda Rasulullah SAW :

“Dikahwini wanita itu atas dasar 4 perkara: Harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan”

Ramai antara kita sekarang yang kahwin atas dasar rupa kerana itulah yang berjaya mencuri hatinya. Ini juga salah satu punca keruntuhan rumah tangga. Pilihlah pasangan yang mampu mencuri iman kerana agamalah si pencurinya.

p/s: cinta bemula kerana ALLAH berakhir dengan perkahwinan yang bahagia selamanya..
insya'ALLAH...

Friday, October 17, 2008

pengajaran bersama

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid
dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis
maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu,

"Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah

meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang
hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan
Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.

Setelah

mengikut orang itu,maka Abu Bakar r...a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda
itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam,
maka mereka pun kembali dan

memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian
RasulullahS. A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan
baginda pun berdoakepada Allah S.W.T,
kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia

semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu
Berubahmenjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun
bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah
dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda:"Wahai para sahabatku,

lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat
nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."


Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan

sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular
sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap
darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut,

" Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak

membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.

Allah S.W.T

yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di

antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya...!

astaghfirullah...

Friday, July 11, 2008

berbuatlah kebaikan..




9pesan RASULULLAH s.a.w...

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra
berkata,

Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami
mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam
aku sebelum di Israqkan.... ...."


1. Aku telah melihat seorang dari
umatku telah di datang oleh malaikatul
maut dengan keadaan yg amat
mengerunkan untuk mengambil nyawanya,
maka
malaikat itu terhalang perbuatannya
itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku
telah disediakan azab kubur yang amat
menyeksakan, diselamatkan oleh berkat
WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku
sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan
dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia
diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA
YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku
diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang
dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh
malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSYUK
DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah
melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga
yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari
meminumnya, ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA
ALLAH S.W.T memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk
mendekati kumpulan para nabi yang
sedang
duduk berkumpulan- kumpulan, setiap
kali dia datang dia akan diusir, maka
menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN
YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku
seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku
berada di dalam keadan gelap gelita di
sekelilingnya, sedangkan dia sendiri
di dalam keadaan bingung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA
YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada
tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara
dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya,
maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA
DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA
UMATKU lalu menyeru kepada mereka
agar menyambut bicaranya, lalu
berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-
nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA
YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya
api tersebut.



Sunday, October 7, 2007

Dimana kita??

wasiah Rasulullah s.w.t kepada Ali r.a:

Ya Ali...
Bagi orang2 mukmin ada tiga tanda yang menjadi ciri2 khasnya:
melakukan solat,berpuasa dan menunaikan zakat..
Bagi orang2 munafik ada tiga pula tandanya:
pura2 sayang apabila berhadapan,mengumpat di belakang dan ketawa
apabila orang lain mendapat musibah..
Bagi orang2 zalim ada tiga pula cirinya:
menindas orang bawahannya dengan kekerasan,orang di atasnya
dengan kederhakaan melahirkan kezaliman dengan terang-terangan..
Bagi orang2 riak ada tiga tanda juga:
rajin apabila di hadapan orang ramai,malas apabila berseorang diri,
ingin di puji untuk semua perkara..
Bagi orang2 munafik ada tiga alamat:
bohong apabila berbicara,mungkir apabila ia berjanji,khianat apabila
dipercayai(amanah@kepercayaan)
Bagi orang malas ada tiga tanda juga:
menunda-nundakan waktu sampai sia-sia, menyiakan kesempatan
sampai luput dan melalaikan sampai berdosa..


moral:tepuk dada tanya iman..


diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers