Friday, October 17, 2008

pengajaran bersama

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid
dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis
maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu,

"Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah

meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang
hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan
Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.

Setelah

mengikut orang itu,maka Abu Bakar r...a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda
itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam,
maka mereka pun kembali dan

memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian
RasulullahS. A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan
baginda pun berdoakepada Allah S.W.T,
kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia

semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu
Berubahmenjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun
bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah
dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda:"Wahai para sahabatku,

lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat
nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."


Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan

sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular
sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap
darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut,

" Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak

membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.

Allah S.W.T

yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di

antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya...!

astaghfirullah...

No comments:

diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers