Tuesday, October 21, 2008

"cinta" kau dan aku


Dijadikan Indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang dingini, iaitu wanita. Anak-anak, dan harta”
(al-Imran : 14)

Cinta itu tidak dilarang, malah cinta-mencintai merupakan fitrah dan proses semula jadi manusia yang merupakan satu kesempurnaan bagi setiap insan. Seorang lelaki yang mengasihi wanita dan mengingininya adalah sempurna dan normal. Maksudnya, lelaki tersebut tidak mempunyai kecacatan perasaan berbanding dengan lelaki yang tiada perasaan langsung terhadap wanita.

Cinta itu amat tinggi nilainya jika bertujuan untuk mencari redha Ilahi.
Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah cinta itu dijaja dengan sesuka hati tanpa ada nilai langsung padanya. Jadi bagaimanakah cinta yang bernilai itu?

"....CINTA KERANA ALLAH...."

1. Pastikan setiap luahan cinta itu dibina atas dasar cinta kepada Allah.

Jika anda cintakan seseorang kerana Allah, anda pasti akan lebih bertanggungjawab sebaik mungkin dalam menjaga maruah diri dan agama daripada dosa maksiat.

2. Pastikan cinta yang diraih sama sekali tidak melanggar batas syariat.

Sebaik-baik perhubungan cinta itu sama sekali tidak menjurus seseorang itu kepada dosa yang membawa kepada kemusnahan diri seperti zina.

3. Ubah persepsi bahawa cinta itu sebagai satu budaya sebelum perkahwinan.

Ramai yang anggap cinta sebagai syarat sebelum berkahwin untuk mengenali pasangan masing-masing. Inilah punca lahirnya istilah ber’couple’, ‘awek’, ‘pakwe’, ‘balak’ dan sebagainya dalam masyarakat sekarang.

Lagipun apabila ghairah bercinta, seseorang itu akan tidak akan mempamerkan dirinya yang sebenar. Sifat ‘sempurna’ yang ditunjukkan itu hanyalah sekadar mainan cinta sahaja. Itulah sebabnya mengapa kita lihat banyak pasangan suami isteri yang tidak bahagia kerana apabila perkahwinan didirikan, barulah kita dapat melihat kacang yang buruk disebalik kulitnya yang cantik molek itu.

4. Lakukan solat istikharah dan banyakkan doa sebelum membuat keputusan.

Bagi mereka yang khuatir sama ada pilihan hati untuk didirikan perkahwinan adalah tepat atau tidak. Justeru, Islam menyarankan agar banyakkan berdoa kepada Allah agar pilihan yang dibuat adalah tepat kerana ‘only Allah knows best’.

“Ya Allah, Kurniakanlah aku cinta-Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikanlah cinta terhadap-Mu lebih aku cintai daripada air sejuk”

Dalam masa yang sama, solat istikharah juga penting bagi memastikan pasangan yang dipilih itu menjanjikan kehidupan yang bahagia.

“Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri/suami ku. Kalau tidak baik, ya Allah, elakkanlah”

5. Kahwin kerana agama

Sepertimana sabda Rasulullah SAW :

“Dikahwini wanita itu atas dasar 4 perkara: Harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan”

Ramai antara kita sekarang yang kahwin atas dasar rupa kerana itulah yang berjaya mencuri hatinya. Ini juga salah satu punca keruntuhan rumah tangga. Pilihlah pasangan yang mampu mencuri iman kerana agamalah si pencurinya.

p/s: cinta bemula kerana ALLAH berakhir dengan perkahwinan yang bahagia selamanya..
insya'ALLAH...

No comments:

diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers