Showing posts with label muhasabah... Show all posts
Showing posts with label muhasabah... Show all posts

Wednesday, May 29, 2013

Hati Terasa



(sekadar gambar hiasan...sebenarnya tetiba teringatkan masa belajar dekat mesir dulu
indahnya hidup dalam didikan islam)



Assalammualaikum 
Bismillah

saya menaip kerana ALLAH.
hati manusia sangat mudah berubah2..tidak kita muda,tua,lelaki ataupun perempuan

alhamdulillah..ALLAH masih hidupkan kita
meminjamkan diri yang wajib kita syukuri.

sebanyak mana maksiat yang di lakukan..
pintu taubat masih terbuka luas.
banyak pahala bagi manusia yang sentiasa mengajak kepada kebaikan
malah pahala itu sentiasa dinikmati selagimana manusia lain
mengamalkan.

Wahai si penaip segala yang kita lakukan mulakanlah niatmu kerana ALLAH.
tiada yang berkuasa kelain ALLAH.

segala niat di hatimu diketahuiNya..
bertakwalah wahai si penaip,si pembaca

Syurga itu indah namun jalan untuk kesyurga itu bukan mudah.sepertimana yang telah rakam 
didalam Al-Quran apakah kamu mengira kamu beriman sedangkan kamu tidak diuji??

dan dari pada Abu Hurairah Bahawa Rasulullah bersabda : seorang lelaki yang mempelajari ilmu (agama) dan mengajarnya. Beliau juga membaca Al-Quran (ataupun yang mahir dalam pembacaan Quran) .lelaki itupun dibawa menghadap ALLAH S.W.T 

ALLAH swt memperngatkan segala nikmat yang diberikan kepadanya. Lelaki itu mengakui akan penerimaan semua nikmat tersebut. ALLAH SWT berfirman kepadanya: 'Oleh itu, apakah yang telah kamu lakukan dengannya?' Lelaki itu menjawab : ''Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarkannya (kepada orang lain). Aku telah membaca Al-Quran semata-mata kerana-Mu.' 

ALLAH SWT berfirman kepadanya :''Kamu berdusta. Akan tetapi kamu mempelajari ilmu supaya kamu di panggil sebagai seorang 'alim dan kamu telah membaca Al-Quran supaya kamu dipanggil qari. Sesungguhnya kamu telah pun dipanggil sedemikian''. 

Kemudian ALLAH SWT telah memerintahkan kepada para malaikat agar lelaki itu dibawa pergi dan diheret dengan mukanya ke bawah hinggalah beliau dicampakkan ke dalam api neraka .

Ini merupakan hadis yang panjang..yang ingin dikongsikan adalah cara kita memperaktikkan niat bukan mudah sebenarnya.

kerana manusia yang cintakan dunia mudah merasa cukup,bangga,riak,takabbur dan seangkatan dengannya.

Ya ALLAH bantulah kami...ya RABB.






Sunday, March 4, 2012

kekuatan muhasabah~~~



bismillah Bi iznillah...:)

Adakala kita FRUST dengan segala yang kita inginkan pasti di uji dengan tidak dapat..

namun apakah kita terlupa setiap sesuatu itu adalah dengan kemampuan diri kita sendiri yang ALLAH telah sediakan..

kita mengharapkan sesuatu yang istimewa tetapi dalam perancangan ALLAH ia adalah bukan untuk kita kerana ALLAH maha mengetahui besar kemungkinan apa yang kita dapatkan itu akan memberi mudharat kepada kita..

maka beruntunglah bagi manusia ketika dia diuji dengan kegagalan atau kekecewaan ALLAH hadirkan mereka teman untuk makin mendekatkan dirinya kepada maha Pencipta..

++++++++++++++

apakah persiapan kita untuk kehidupan akhirat???kita sudah mempunyai anak yang soleh

untuk mendoakan kita???

Hari ini saya tidur seharian kerana masalah kesihatan...bila saya tersedar kepala teras

masih sakit.

dikala itu hati berdetik.."adakah sudah banyak amalan mu wahai diri??saya tidak dapat

bayangkan jika ALLAH mencabut nyawa saya dengan keadaan saya tidur tanpa isyarat

kerana kematian itu pasti...

maka dikala itu..

-mana amalan2ku..apakah ia akan membantu ku??

-taubatku adakah kau telah terima ya rabb??

-hutang2

-kemaafan manusia adakah telah selesai???

-keampunan mak dan ayah..

ya ALLAH...maafkan kami,sakit ini adalah kafarah dosa-dosaku..manusia di syria lagi hebat

ujiannya...maafkan saya buat semua..


kullil haq walaukana murron....!!



Monday, November 7, 2011

erti sebenar...

Bismillah...Assalamualaikum.
Alhamdulillah hari ini kekuatan itu masih di pinjamkan pada hambaMu ini yaRahman.

Apa khabar imanmu wahai diri juga sahabat2??

Selamat Hari Raya Aidiladha buat keluarga,sahabat2 dan siapa2 yang mengenali diri ini..
sekejap benar masa berlalu.seperti baru semalam menjejakkan kaki ke bumi mesir ini, selama 5 tahun berada di mesir baru semalam saya solat raya bersama orang arab.seronok.:)

antara kelebihan yang nak di ambik ibrah(pengajaran) pada bulan zulhijjah ini adalah mengenai pengorbanan..yang telah di lakukan oleh nabi ALLAH Ibrahim dan banyak lagi yang pernah saya entrikan sebelum ini.

sayu beraya di negara orang ini.bak kata pepatah hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri..namun atas dasar perjuangan untukmu negara islam biarlah kegembiraan itu terpancar di akhirat kelak..


kesedihan juga terasa apabila keluarga menyambut hari bahagia iaitu menyambut tetamu baru secara serentak..baru2 ini bulan oktober kakak kesayangan saya selamat bernikah dengan en.zakri ermm..diri ini pun masih belum kesempatan untuk berkenal dengan abang ipar saya..:)
bulan ini pula abag saya pula akan menyusul khabarnya 11.11.11..huhu tentu ramai orang yang berminat untuk mengambil tarikh ini untuk menjadi kenangan abadi mereka..termasuklah abag kesayangan saya..:)
dan majlis mereka akan berlangsung pada bulan depan.
walaubagaimana pun adindamu sentiasa akan doakan yang terbaik buat kalian..:)
moga dimudahkan dan perancangan berjalan dengan lancar tanpa say
a di sisi kalian.:)



kesedihan itu ditambah dengan berita kemalangan sahabat baik saya syafawati bt.sini
tapi alhamdulillah tidak teruk mana tapi cukup merisaukan.segalanya kuserahkan kepadamu
ya ALLAH...(innalillah)

semua yang berlaku ada hikmahnya...:)

di kesempatan ini ku ulangi banyakkan bertakbir selagi di pinjamkan kudrat itu.
banyakkan melakukan amar makruf nahi mungkar.
"Berkata Benarlah Walaupun Amat Payah"
Aku mencari rahmatmu Ya Rabb...~~~


Friday, May 13, 2011

Bring Ur Heart To ALLAH.



BISMILLAH.....alhamdulillah dengan nikmat iman dan islam dapat lagi kita bernafas di bumi ALLAH ini..dengan kurnian kesihatan dan akal yang waras dapat lagi saya berada di hadapan laptop untuk menghiasi blog ini agar makin bertunas...


Rasulullah telah bersabda bahawa ALLAH SWT sangat suka kepada hambanya yang sentiasa bersujud sambil berdoa Ya Allah Ya Tuhanku Sesungguhnya Aku Telah Menzalimi Diriku...Maka Kau Ampunilah Dosa-dosaku.Kerana Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Segala Dosaku...AMIN YA RABB.

wahai diriku....
bertepatan hadis rasulullah...banyakkanlah bertaubat kepada allah kerana Rasulullah yang memang pasti tempatnya di syurga sentiasa bertaubat kepada ALLAH kerana syukurnya baginda menjadi khalifah ALLAH dan atas segala kurniaanNya..

Rasulullah juga sentiasa memesan kepada ummatnya menjaga hati kerana hati itu adalah anggota utama dalam membajai keimanan kepada ALLAH...

Wahai diri yang hina...
antara penyebab hati itu mati adalah :

1) Banyak BERCAKAP
kadang-kadang engkau berbual bukan untuk masalah ummat malah hal dunia...menyebabkan engkau makin suka untuk mendekatinya...sedarlah dunia ini umpama pelayaran,maka jadilah pelayar yang sentiasa bersedia untuk mengaut hikmah didalamnya untuk hidupan yang kekal..

Ya Allah...sibukkanlah kami dengan amal2 islam dan keingginan kami kepadanya demi addinMu Ya Rabb...

2)Banyak KETAWA
Sesungguhnya hati yang sentiasa ketawa akan semakin gelap (susah untuk menerima ilmu)
dan bagi yang penuntut ilmu akan mudah tidak melekat...
rasulullah apabila ketawa dengan sahabat baginda hanya sekadar senyum apabila terlalu kelakar barulah terlihat barisan gigi baginda...ketawa yang dimaksud disini adalah ketawa yang terbahak-bahak sehingga hilangnya izzah seseorang apabila orang melihat...bukan kita tidak boleh ketawa tapi ketawalah yang apabila orang memandang dan mendengar mampu menarik manusia kepada islam...

Ya Allah...Adakala aku terpana dengan keindahan duniaMu yang tiada tara cantiknya..subhanallah,sungguh taajub..dengan hiasan wanita yang cantik...kemewahan...pangkat...nafsu aku sentiasa ingin yang lebih dari mereka yang lain...namun janjiMu telah mengatakan bahawa semua adalah sementara,maka kau peliharahlah hati kami agar kami sentiasa menjadi hamba yang sederhana dan sentiasa memikirkan perihal orang lain ya Allah

peliharalah nafsu ketawa kami Ya Allah...

3)Banyak MAKAN
nafsu inilah sentiasa wajib kita jaga kerana apabila terlebih makan kita akan mudah mengantuk dan malas untuk berkerja.mari kita menyelusuri semula sejarah Rasulullah bagaimana baginda sentiasa mengawal nafsu makan baginda..
pernah diceritakan oleh saidatina Aisyah Rasulullah hanya makan 3keping roti yang diperbuat dari gandum 3hari berturut-turut sehingga wafatnya baginda dan pernah rumah mereka tidak berasap hanya makan tamar dan susu..
ini kerana apabila selesa dengan makanan yang lazat selalu membuat kita semakin bernafsu untuk dunia...adakah kita sedar semua ini??entahlah tepuk dada tanyalah iman kamu wahai diri..

Ya Allah...nikmat dunia ini masih kami kecapi maka kau jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur...jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersederhana..jadikanlah kami HambaMu yang sentiasa kuat untuk meninggalkan nafsu banyak makan...ya ALLAH.

4)TIDAK Menjaga PANDANGAN
Antara adap yang diajar oleh Rasulullah ketika berjalan adalah diceritakan oleh saidina Ali bin Abi Talib ra baginda berjalan seolah-olah menuruni tangga sambil kepala baginda menunduk sedikit (diambil di dalam kitab syamail muhammadiah).
sesungguhnya dari mata sampai ke hati yang boleh membuatkan bermacam-macam tafsiran..

Ya Allah...jagalah pangangan kami,jagalah kehormatan kami,jagalah keturunan kami dan jagalah maruah kami demi agama islamMu Ya ALLAH.

pernahkah kalian terpergi ke satu program yang mana di bentangkan sehelai kain atau kertas lalu di letakkan titik hitam di tengah2nya dan apabila diminta menginggat kembali segala kesalahan yang pernah kita buat selama ini dan jika ada kita kena tambah titik lagi sehingga habis segala kesalahan yang pernah kita buat...di akhirnya barulah kita tahu bahawa kertas putih atau kain itu umpama hati yang pada mulanya bersih apabila kita membuat kesalahan akan terdapat titik hitam di dalamnya...

JIKA BANYAK TITIK HITAM MAKA SEDARLAH BAHAWA BEGITULAH HATI KITA YANG TIADA RUANG UNTUK PUTIH...

Astaghfirullah....susahnya menjaga hati ini ya ALLAH..hanya engkaulah sebaik2 penjaga bagi kami ya ALLAH...

SAHABAT-SAHABATKU...
Suatu ketika dahulu Rasulullah duduk bersama-sama para sahabatnya lalu baginda tertunduk dan terus menangis tersedu-sedu sahabat kehairanan dan mereka turut menangis dan sahabat bertanya ya rasulullah mengapa engkau menangis??
baginda menjawab aku teringat akan kaum ku yang tidak pernah melihatku tapi begitu menyayangiku seperti kalian..

sahabatku rasulullah tidak pernah lupa untuk ingat kepada kita walau seminit...tepuklah dada tanyalah iman kita siapakan idola kita?idola keluarga kita..idola pimpinan kita???
sedarlah Rasulullah tidak pernah jemu untuk membantu ummatnya tatkala tibanya hari kiamat nnti sehingga wafatnya baginda di akhir lafaz baginda
ummati,ummati,ummati.....

bertaubatlah wahai diri yang serba kekurangan...kembalilah kepada tuhanMU yang SATU...

sesungguhnya kita tidak rugi membela ISLAM...
KULLIL HAK WALAUKANA MURRON...


Wednesday, February 3, 2010

image dalam s..O..L..a..T



be ad
: uittt gosok baju ni nak ke mane??


are ku : ader ah...mane boleh bagi tahu...hehe

be ad : erm..okkeh aku just tanya..
ada paper problm story la k..

are ku : okkeh my friends..:)

5 jam kemudian******

be ad : aik awal balik???seronok?

are ku : boleh lah...

be ad : jom solat...dah azan tu.

are ku : yuk...

be ad : aik...tadi bukan main cantik baju kau gosok nak jumpa si dia..
ni nak solat tak gosok dulu k telekung tu??

are ku : ala..kan kejap je solat..

be ad : mira kita nak jumpa ALLAH lah yang sewajarnya kita berbersih dan sepatutnya cantik-cantik dan wangi-wangi...
tapi,,ni depan manusia je kau macam tu..jangan lah macam ni.

are ku : thanks beadah...

^^^^^^^p/s: selama kita berada di bumi ALLAH ini... sejauh mana kebijakkan kita menegur sabahat kita atau orang sekeliling kita tentang pentingnya solat dan menjaga imaje ketika berhadapan dengan ALLAH...??

satu video dalam you tube...suka tuk kita renungkan..
biar sedikit tapi kita sedar dan hayati...:)


Friday, June 5, 2009

pilihan..


Andai satu hari..nanti
kau diberi SATU AMANAH..
Andai satu hari..nanti
kau di minta memberi TEGURAN..
Andai satu hari..nanti
kau ingin BERUBAH..

Jalankanlah amanah itu dengan..SEJUJURNYA.
lakukanlah TEGURAN ITU dengan sangat berhemah.
dengan cara berdepan.Bukanlah dikalayak ramai.
apabila kau ingin berubah.
berubahlah dengan petunjukNya.





namun janganlah kau pernah rasa menyesal atas KEJUJURANMU

dalam menegakkan perkara-perkara yang hak.
janganlah kau biarkan sabahat mu..terus merasa benar dalam tindak tanduknya
sedangkan tindakan itu salah.
janganlah kau menyesal jika engkau insan terpilih untuk BERUBAH.

tiada manusia yang tidak diuji.
lagi-lagi jika satu hari kau dipilih olehNya untuk
jalankan AMANAH.Maka,
sentiasa mememohon pertolongan dari ALLAH.
kerana hanya ALLAH sahajalah tempat kau mengadu segala dugaan yang datang kepadamu.
Dan berserahlah segalanya kepada ALLAH kerana dia sahaja yang tidak akan mengecewakan HARAPANMU.

p/s:
tegurlah aku.
ingatkanlah aku.
jadikanlah aku sahabat yang terbaik.Maafkan aku teman.

Friday, December 12, 2008

setiap sesuatu ada penawarnya..


"kenapa aku di uji begini??sedangkan aku telah beriman kepadaMu Ya ALLAH.."dalam doaku.

terdengar satu suara..

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

hatiku berkata lagi...kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan???sedangkan tidak salah pada seseorang itu memilih takdir hidupnya...
suara itu berkata lagi...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-Surah Al-Baqarah ayat 216

kenapa susah sangat dugaan ini???..hati berkata lagi.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-Surah Al-Baqarah ayat 286....
suara itu menyambung..

Ya ALLAH....lemahnya aku dengan dugaan ini.aku benar-benar rasa berputus asa,adakah apa yang akan aku dakwah dan aku sampaikan kepada sahabat-sahabat,keluarga dan masyarakat akan di terima?
..terdengar suara itu bergema semula...

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya!, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

dalam tangisan penuh keinsafan dengan mengharap kekuatan dari ilahi...bagaimana harus diri ini menghadapi cacian,makian dan tohmahan jika diri ini gagal lagi...
suara itu berkata kepada diri...

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

Ya ALLAH...apakah yang akan aku dapat sesudah aku menjalankan amanat muYa ALLAH...
dengan segala milikku..ku kongsikan bersama-sama sahabatku untuk agamaMu Ya ALLAH..demi ISLAM itu sendiri Ya ALLAH..
suara itu menyambung...

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min,diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." –
Surah At-Taubah ayat 129
berkata lagi suara itu memberi semangat...

belum sempat diri mengatakan lagi..suara itu menyambung...

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.

"...Tetapi Allah telah menimbulkan cintamu kepada keIMANan dan menjadikan keIMANan itu terasa indah dalam hati mu; dan ditumbuhkanNya dalam hatimu rasa kebencian terhadap kekafiran, kejahatan dan kedurhakaan. Itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang benar. Itulah suatu anugerah dan kurnia Allah dan Allah Maha Tahu dan bijaksana"
-Surah Hujurat 7-8)

~sahabat-sahabat...setiap manusia diuji..dan setiap ujian itu atas kemampuan diri individu itu sendiri..namun janganlah kita lupa untuk sentiasa berdoa bila mana ujian yang kita lalui itu sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dari ALLAH SWT...dan mengharapkan ujian yang ditempuh itu boleh menambahkan keimanan kita kepadaNya..~

SALAM IMTIHAN...NIATKAN ILMU YANG KITA MILIKI TIDAK MENJADI FITNAH PADA DIRI JUGA ISLAM ITU SENDIRI..rasa tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Adha..buat semua...:-)



Wednesday, July 23, 2008

termenung sejenak



sering kali kita lupa...
tanpa muhasabah dari kawan2..mungkin kita akan merasa..
kita benar sepenuhnya...
baru2 ini...diadakan hari keluarga selama 5hari...agak menarik..
namun perlu banyak diperbaiki dari hari ke hari...
sebagai salah seorang yang melancarkan program tersebut..
banyak pengalaman yang saya dapat...
antara muhasabah yang hendak saya kongsikan adalah...pentingnya solat HAJAT...
memang kita merancang namun..ALLAH S.W.T yang menentukan...
tanpa memohan bantuan dariNYA...kita akan gagal...
dan antara yang lain adalah...kurang melakukan solat berjemaah.
dan kemungkinan besar yang saya rasa adalah...melewat2kan solat..lagi-lagi terlajak solat SUBUH..
sebab malam di musim panas ini memang pendek...tapi itu bukan alasan sepatutnya...
ini adalah muhasabah jujur dari saya...
syukran yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang sangup terima ada jua cabaran..
dengan banyaknya berlaku penukaran tentetif program di saat2 akhir...tidak lupa juga pada adik-adik medik yang sanggup menjayakan program hari keluarga tersebut.
cuma pesan saya..jangan serik menolong...dan tuntutlah selama mana kita masih ada masa...
kerana saya selalu dapat nasihat dari orang-orang penting dalam hidup saya..
kesatuan-kesatuan juga...belajar(ilmu)jangan lupa...itu adalah tujuan kita kesini..
dan selalulah tajdidkan niat kita...


p/s..syukran semua...jaga kesihatan..semoga kita tergolong dikalangan orang yang
bersyukur...

Monday, September 17, 2007

LEMBARAN BARU

ASSALAMUALAIKUM

penantian satu penyeksaan..nak layan si abla tu..memang menguji kesabaran..dia punya bukro..huh minggu depan..
sabo jer ler..:)
sekarang kuliah dah bermula kepada sahabat2 mari kita membuat anjakan yang terbaru untuk diri kita..kepada yang berjaya..teruskan dengan kejayaan anda..yang belum berjaya..jgn putus asa..ingatlah kejayaan terletak di tangan kalian..yakin kita boleh..cayok2!!:)
ingat la sapa lagi nak mengubah diri kita if tak kita sendri..iyer tak??renung2kanlah!!!
acap kali kakak2 dan abang2 lama cakap untuk berjaya juga perlu menjaga hati kawan..bunyi macam senang..tapi nak mengharungi..hanya ALLAH yang lebih mengetahui..dan rajin la menghadirkan diri kalian ke kuliah...haaa tak lupa juga..
pada sahabat2 boleh la mula menghafal al-quran dari sekarang..
tunjukkan la bi'ah yang terbaik untuk diri kita dan adik2..

moral:hidup ni perlu pembimbing..jgn nak tipu ar if ada orang cakap dia boleh hidup sendiri di dunia ini..jangan menipu diri sendiri..(",)


diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers