Friday, May 13, 2011

Bring Ur Heart To ALLAH.



BISMILLAH.....alhamdulillah dengan nikmat iman dan islam dapat lagi kita bernafas di bumi ALLAH ini..dengan kurnian kesihatan dan akal yang waras dapat lagi saya berada di hadapan laptop untuk menghiasi blog ini agar makin bertunas...


Rasulullah telah bersabda bahawa ALLAH SWT sangat suka kepada hambanya yang sentiasa bersujud sambil berdoa Ya Allah Ya Tuhanku Sesungguhnya Aku Telah Menzalimi Diriku...Maka Kau Ampunilah Dosa-dosaku.Kerana Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Segala Dosaku...AMIN YA RABB.

wahai diriku....
bertepatan hadis rasulullah...banyakkanlah bertaubat kepada allah kerana Rasulullah yang memang pasti tempatnya di syurga sentiasa bertaubat kepada ALLAH kerana syukurnya baginda menjadi khalifah ALLAH dan atas segala kurniaanNya..

Rasulullah juga sentiasa memesan kepada ummatnya menjaga hati kerana hati itu adalah anggota utama dalam membajai keimanan kepada ALLAH...

Wahai diri yang hina...
antara penyebab hati itu mati adalah :

1) Banyak BERCAKAP
kadang-kadang engkau berbual bukan untuk masalah ummat malah hal dunia...menyebabkan engkau makin suka untuk mendekatinya...sedarlah dunia ini umpama pelayaran,maka jadilah pelayar yang sentiasa bersedia untuk mengaut hikmah didalamnya untuk hidupan yang kekal..

Ya Allah...sibukkanlah kami dengan amal2 islam dan keingginan kami kepadanya demi addinMu Ya Rabb...

2)Banyak KETAWA
Sesungguhnya hati yang sentiasa ketawa akan semakin gelap (susah untuk menerima ilmu)
dan bagi yang penuntut ilmu akan mudah tidak melekat...
rasulullah apabila ketawa dengan sahabat baginda hanya sekadar senyum apabila terlalu kelakar barulah terlihat barisan gigi baginda...ketawa yang dimaksud disini adalah ketawa yang terbahak-bahak sehingga hilangnya izzah seseorang apabila orang melihat...bukan kita tidak boleh ketawa tapi ketawalah yang apabila orang memandang dan mendengar mampu menarik manusia kepada islam...

Ya Allah...Adakala aku terpana dengan keindahan duniaMu yang tiada tara cantiknya..subhanallah,sungguh taajub..dengan hiasan wanita yang cantik...kemewahan...pangkat...nafsu aku sentiasa ingin yang lebih dari mereka yang lain...namun janjiMu telah mengatakan bahawa semua adalah sementara,maka kau peliharahlah hati kami agar kami sentiasa menjadi hamba yang sederhana dan sentiasa memikirkan perihal orang lain ya Allah

peliharalah nafsu ketawa kami Ya Allah...

3)Banyak MAKAN
nafsu inilah sentiasa wajib kita jaga kerana apabila terlebih makan kita akan mudah mengantuk dan malas untuk berkerja.mari kita menyelusuri semula sejarah Rasulullah bagaimana baginda sentiasa mengawal nafsu makan baginda..
pernah diceritakan oleh saidatina Aisyah Rasulullah hanya makan 3keping roti yang diperbuat dari gandum 3hari berturut-turut sehingga wafatnya baginda dan pernah rumah mereka tidak berasap hanya makan tamar dan susu..
ini kerana apabila selesa dengan makanan yang lazat selalu membuat kita semakin bernafsu untuk dunia...adakah kita sedar semua ini??entahlah tepuk dada tanyalah iman kamu wahai diri..

Ya Allah...nikmat dunia ini masih kami kecapi maka kau jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur...jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersederhana..jadikanlah kami HambaMu yang sentiasa kuat untuk meninggalkan nafsu banyak makan...ya ALLAH.

4)TIDAK Menjaga PANDANGAN
Antara adap yang diajar oleh Rasulullah ketika berjalan adalah diceritakan oleh saidina Ali bin Abi Talib ra baginda berjalan seolah-olah menuruni tangga sambil kepala baginda menunduk sedikit (diambil di dalam kitab syamail muhammadiah).
sesungguhnya dari mata sampai ke hati yang boleh membuatkan bermacam-macam tafsiran..

Ya Allah...jagalah pangangan kami,jagalah kehormatan kami,jagalah keturunan kami dan jagalah maruah kami demi agama islamMu Ya ALLAH.

pernahkah kalian terpergi ke satu program yang mana di bentangkan sehelai kain atau kertas lalu di letakkan titik hitam di tengah2nya dan apabila diminta menginggat kembali segala kesalahan yang pernah kita buat selama ini dan jika ada kita kena tambah titik lagi sehingga habis segala kesalahan yang pernah kita buat...di akhirnya barulah kita tahu bahawa kertas putih atau kain itu umpama hati yang pada mulanya bersih apabila kita membuat kesalahan akan terdapat titik hitam di dalamnya...

JIKA BANYAK TITIK HITAM MAKA SEDARLAH BAHAWA BEGITULAH HATI KITA YANG TIADA RUANG UNTUK PUTIH...

Astaghfirullah....susahnya menjaga hati ini ya ALLAH..hanya engkaulah sebaik2 penjaga bagi kami ya ALLAH...

SAHABAT-SAHABATKU...
Suatu ketika dahulu Rasulullah duduk bersama-sama para sahabatnya lalu baginda tertunduk dan terus menangis tersedu-sedu sahabat kehairanan dan mereka turut menangis dan sahabat bertanya ya rasulullah mengapa engkau menangis??
baginda menjawab aku teringat akan kaum ku yang tidak pernah melihatku tapi begitu menyayangiku seperti kalian..

sahabatku rasulullah tidak pernah lupa untuk ingat kepada kita walau seminit...tepuklah dada tanyalah iman kita siapakan idola kita?idola keluarga kita..idola pimpinan kita???
sedarlah Rasulullah tidak pernah jemu untuk membantu ummatnya tatkala tibanya hari kiamat nnti sehingga wafatnya baginda di akhir lafaz baginda
ummati,ummati,ummati.....

bertaubatlah wahai diri yang serba kekurangan...kembalilah kepada tuhanMU yang SATU...

sesungguhnya kita tidak rugi membela ISLAM...
KULLIL HAK WALAUKANA MURRON...


No comments:

diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers