Sunday, May 8, 2011

ummi saya merinduimu...

Assalamualikum...
setelah lama menyepi akhirnya pada 10pagi waktu mesir,hari ini sambil bertemankan lagu inteam (pemergianmu)...alhamdulillah dapat untuk menhidupkan sebentar blog ini..untuk perkongsian bersama.

salam mahabbah untuk sahabat blogger...
n selamat hari ibu untuk semua para ibu..speacially untuk bondaku...;)

ermm...tadi ahli bait saya tanya akk apa hukum sambut HARI IBU??
saya senyum dan saya jawab hari2 adalah hari ibu...
itu pada asalnyalah...mcm makanan asalnya semua makanan di bumi ini boleh dimakan,tapi apabila ada kemudhoratan pada seseorang maka ia tidak boleh di makan.

okkeh kembali kepada hukum menyambut hari ibu...mari kita lihat semula pada asalnya penyambutan hari ibu ini bermula apabila perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

so bila dah tahu boleh ke kita nak sambut???
sahabat untuk menjawab permasalah ini pada sesetengah pendapat menyatakan ia tidak wajar untuk di sambut kerana di khuatiri akan terpengaruh dengan dewi2 yunani ini...

bagi sesebuah negara hari menyambut hari ibu ini berbeza2..tidak seperti menyambut hari kekasih ibu dah memang sah2 haram.untuk menyambut hari ibu ini boleh kita buat perkara2 yang berlandaskan syariat iaitu
-tidak berlebihan (membazir)
-membuat doa selamat untuk ibu kita lepas tu jemput anak2 yatim makan sama2.
-dan buat aktiviti riadhah untuk ibu2 (untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan)
-memberi hadiah dan macam2..asalkan ia tidak bercanggah dengan ajaran islam lagi elok kita sambut berbeza dengan tarikh2 yang ditetapkan oleh mereka2 yang sentiasa memikir menjatuhkan islam...saya kadang2 terlupa hari2 yang selalu disambut oleh rakyat malaysia disana kerana di mesir suasana yang membimbing saya untuk terlupa akan tarikh tersebut bila terlihat di internet baru ingat atau pun ada orang bertanyakan hukum menyambut hari2 tersebut...hu3

inilah didikan islam sentiasa memandang sesuatu perkara yang berlandaskan iman..bukan nafsu.
dan ia juga membezakan agama ini dengan agama lain..maka berbahagialah kamu wahai umat islam...

namun ada sahabat saya berpendapat hari ibu baginya adalah hari kelahirannya..
di waktu itulah dia satu keluarga akan membuat aktiviti kekeluargaan,bagi saya itu terpulang pada individu asalkan ia ada manfaat dan bukan sia2.

penelitian umat islam kini...kita banyak terikut ajaran sekuler dan mereka telah pun berjaya mempengaruhi kita,dan mereka pemimpin haruslah kembali semula kepada pemikiran islam..
agar islam di malaysia khususnya di agungkan..bukan bangsa...seandainya bangsa melayu semua mati jadi bangsa lain menguasai malaysia..adakah layak slogan itu di agungkan..??

kembalilah wahai pembesar janganlah kalian berbangga dengan kekayaan dunia ini...sepertimana firman ALLAH didalam surah rahman..."semua ini akan binasa"

untuk akhirnya...telah datang seorang sahabat kepada rasulullah dan menyatakan pilihan yang harus dibuat baginda menjawab sesuatu perkara apabila banyak kebaikan dari keburukan teruskan namun apabila banyak keburukan dari kebaikan tinggalkan...

sanyangilah ibu dan ayah kalian selagi mereka masih dipinjamkan nyawa oleh ALLAH...mohonlah doa dan restu dari mereka...kerana redha ibu ayah adalah rekedhaan ALLAH SWT.:)

SALAM MAHABBAH SALAM UKHUWAH..
KULLIL HAK WALAUKANA MURRON...SALAM SATU ISLAM.;)

No comments:

diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers