Friday, July 11, 2008

berbuatlah kebaikan..




9pesan RASULULLAH s.a.w...

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra
berkata,

Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami
mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam
aku sebelum di Israqkan.... ...."


1. Aku telah melihat seorang dari
umatku telah di datang oleh malaikatul
maut dengan keadaan yg amat
mengerunkan untuk mengambil nyawanya,
maka
malaikat itu terhalang perbuatannya
itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku
telah disediakan azab kubur yang amat
menyeksakan, diselamatkan oleh berkat
WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku
sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan
dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia
diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA
YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku
diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang
dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh
malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSYUK
DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah
melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga
yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari
meminumnya, ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA
ALLAH S.W.T memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk
mendekati kumpulan para nabi yang
sedang
duduk berkumpulan- kumpulan, setiap
kali dia datang dia akan diusir, maka
menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN
YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku
seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku
berada di dalam keadan gelap gelita di
sekelilingnya, sedangkan dia sendiri
di dalam keadaan bingung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA
YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada
tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara
dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya,
maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA
DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA
UMATKU lalu menyeru kepada mereka
agar menyambut bicaranya, lalu
berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-
nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA
YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya
api tersebut.



No comments:

diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers