Tuesday, October 19, 2010

menilai pada pemikiran mahasiswa


Entri terbaru di sebuah blog yang saya terbaca baru-baru ini mengenai isu yang berlaku di mesir...saya selaku mahasiswa mesir agak terkesan dengan setiap entri dalam blog tersebut dan ada saya sertakan entri terbaru blog tersebut mengenai JPMK (Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah) bukan saya ingin memburukkan tapi saya ingin mahasiswa berfikir dan menilai..bukan mahu membuka aib mana2 pihak...bak trade mark saya

"BERKATA BENARLAH WALAUPUN IANYA PAHIT "

apa yang boleh saya komen tidak perlu untuk menubuhkan mana lagi pertubuhan yang menambah kecelaruan malah menyusahkan dan kekeliruan dikalangan mahasiswa yang ingin menyambung belajar.

Dan bagi mahasiawa yang ingin menyambung pelajaran di luar Negara pastikan kalian selidik selumatnya maklumat mana2 agensi mahupun wakil yang ingin membawa kalian untuk tidak berlaku penipuan ataupun masalah.

Siapa JPMK dalam soal keselamatan mahasiswa!!!

sebuah agensi perubatan di cawangan Tanta yang ingin menubuhkan Academic Center (AC). Antara alasan yang diberikan oleh agensi ini adalah untuk bertanggungjawab dalam soal keselamatan pelajar-pelajar yang di bawah pengelolaannya.

Kenyataan bertulis berupa sokongan yang dikeluarkan oleh JPMK adalah seperti berikut :



Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

Jabatan Penuntut Malaysia

21, El-A'nab St…

TAHNIAH

Kepada semua pelajar 'MedicMesir Tanta', kami ingin

Mengucapkan tahniah kepada kamu semua atas inisiatif membangunkan

'Pusat Akademik'.

Kami mendoakan yang terbaik dan mengharapkan supaya

Fasiliti itu akan dimanfaatkan.

Kami menyokong penuh usaha ini.

Terima Kasih dan Selamat Sejahtera

Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah

10 Oktober 2010

http://fromegypt-wewrite.blogspot.com (sila link)

Apa yang ingin di ketengahkan dalam blog ini telalu banyak agensi yang semakin membiak di bumi mesir yang hidupnya bagaikan cendawan,mana mungkin ia akan membiak sekiranya tiada tanah mahupun tapak yang diberi, tiada udara untuk mereka bernafas.. mari kita fikir semula pihak mana yang bertautoriti untuk membuka semua ruang ini???

Dan saya terlihat surat yang disertakan untuk menguatkan hujah mengenai pengesahan agensi yang ditubuhkan mengapa surat tersebut tidak lengkap dan tidak ada mana-mana pihak mahupun individu yang bertanggungjawab.?

Bak kata saya baca,fikir dan menilai

“kullil hak walaukana murron….!!!!”


No comments:

diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers