Assalamualikum...
Setelah sekian lama..:)
alhamdulillah dengan segalan nikmat yang di pinjam dapat lagi meneruskan sesi pendakwahan dengan up date blog saya..:)
satu sifat yang sangat dituntut oleh islam adalah dengan buang jauh2 sifat putus asa..semua manusia di bumi sangat diharapkan tidak bersifat sedemikian setelah apa yang telah mereka usahakan...
Begitulah baru dikatakan kehidupan yang sangat sejahtera.lagi2 jangan berputus asa mengharap rahmat dan pertolongan ALLAH.
Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w yang memang di janjikan syurga tidak pernah berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah.Apatah lagi kita ni ummat dia seharusnya mengikuti sifat baginda dikala kita mengakui menyintai baginda.
Dan sesungguhnya hambaNya yang mudah berputus asa dan tidak mengharap rahmat dari ALLAH adalah hambaNya yang bongkak dan tergolong dikalangan orang kafir.
saya ingat lagi pesan emak dikala kita dilanda sesuatu ujian kita mesti jangan putus asa minta Allah tunjukkan jalan keluar masalah tersebut..Dan setiap masalah mesti diharungi bukan kita lari dari masalah tersebut kerana masalah itu tidak akan selesai selagi kita tidak menyelesaikanya..
Bagaimana yang dikatakan tidak berputus asa dengan Rahmat Allah adalah dengan segala
pekerjaan yang kita lakukan kita niatkan kerana Allah serta mengharap Allah memandang segala
amal ibadat dan tindakan kita.
Teruslah berharap Rahmat serta Pertolongan dariNya.sesungguhnya kita dikalangan
hambaNya yang sangat lemah serta daif.Serta saling tolong menolonglah dikalangan kita..:)
salam sejahteran untuk semua..:)
kullil haq walaukana murron..!!!
1 comment:
kadang2 kita lupa nikmat yang dibrinya..n tak bersyukur dengn hidup
Post a Comment