Monday, November 14, 2011

kualiti yang ku perlukan~~~

Assalamualaikum...

Dua hari lepas saya bersama-sama kawan2 di ARMA satu aras dengan saya mengajak ke makam aulia,kalau diingat sudah lama tidak berjaulah begitu anjuran mana2 persatuan..

apa yang ingin saya kongsikan adalah semasa perjalanan kami, kami berpeluang untuk menziarahi makam wali shoghir (wali kecil) anak kecik yang di kurniakan ALLAH s.w.t satu kelebihan sudah khatam al-quran ketika usia kecil dan mampu bertutur dengan fasih dan lancar.wafat ketika usia 4 tahun.Subhanallah....

untuk kali ini sudah 4 kali saya ke makam(tidak silap saya) itu dan kali ini terlintas di hati ini ingin bertanya kepada ibu si anak kecil apakah rahsia dia melahirkan anak yang soleh sebegitu..dan tanpa segan silu kami bertanyakan kepada si ibu dan dia hanya menjawab "aku bersalin seperti orang lain bersalin,tiada beza.." kami diam dan senyum sesama sendiri.

saya hanya diam tidak memaksa namun di sudut hati sangat ingin mengetahui rahsia itu sebelum kami pulang dengan rasa hormat kami bersalaman di kala itu si ibu menambah...
"aku doakan kamu semua najah(berjaya) dan dapat berkahwin dengan syeikh..kami amin dan berlalu pulang..."

sebenarnya di masa dahulu si ibu pernah memberi tahu rahsia itu..namun saya melupakannya sehinggalah keesokan harinya datang seorang sahabat saya telah mengingatkan kembali adakah sahabat ingin tahu??

ada dua pertuanya...
1)doanya untuk berkahwin dengan syeikh kerna soleh mereka...(berkahwin dengan orang yang soleh)

-wanita yang solehah wajib berkahwin dengan yang suami soleh kerana lelaki adalah ketua keluarga hanya mereka mampu mengekalkan kesolehan isteri mereka dengan bantuan suami yang soleh tadi.

2)si ibu pernah berkata "aku bukan penghafal Al-Quran,namun aku cuba menghafalnya dan megkhatamkannya..."

maka bagi ibu2 yang sedang mengandung perbanyyakkanlah membaca Al-Quran dan berusaha mengkhatamkannya..kerana dalam masa mengandung banyak dugaan keboringan dan ketakutan untuk menghadapi saat2 bersalin..carilah peneman yang sangat banyak memberi syafaat kepada kalian iaitu Al-Quran,bersahabatlah dengan Al-Quran.:)

P/s: gambar di atas adalah ibubapa kepada wali kecil itu..semoga ALLAH menambahkan keimanan kepada kita..ya ALLAH kami memohon rahmatMU...amin.





suasana di Mesir begitu biasa dengan politik...ia membuatkan ada sesetengah pihak kurang senang dengan keterbukaan itu,namun ia adalah keterbukaan yang positif kerana Mahasiswa adalah mereka yang memerlukan ikon yang jelas untuk usia matang kelak..
mereka harus mencuba dan mengenali semua sudut bukan sahaja politik malah semua aspek..kerana mahasiswa adalah pemimpin akan datang.

jadi mereka wajib banyak membaca dan mengetahui sambil mengambil tahu dari semua hal,supaya mereka tidak mudah dirobotkan oleh mereka yang hanya mementingkan hak mereka dari islam...dan itu semua yang disarankan oleh islam..

keperibadian yang berkualiti sangat dan amat payah...seperti budak yang berusaha untuk berjalan akan ada jatuhnya,akan ada tangisannya..dan ia bermula bukan sehari dua namun memakan masa, keberjayaan itu terhasil dengan usaha yang gigih.juga azam yang kuat.

meningkatkan kualiti didalam diri memerlukan sokongan dan dorongan luar..supaya bila mana badai datang melanda diri tidak mudah kaku dan jatuh.seperti kejayaan semua orang boleh berjaya namun untuk mengekalkan kejayaan itu amat payah.

maka sahabat2ku..tambahkan kualiti anda dalam berkerja juga membina identiti diri..
jangan malu untuk bertanya dan memberi pendapat..biar kita malu diusia mahasiswa ini..
biar kita jujur dalam memperkatakan yang haq,
pemikir untuk ummat akan datang bermula kualiti yang kita ukir dari hari ini,
kejayaan islam akan datang memerlukan kefahaman islam bermula pada hari ini...

No comments:

diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers