Wednesday, July 23, 2008

termenung sejenak



sering kali kita lupa...
tanpa muhasabah dari kawan2..mungkin kita akan merasa..
kita benar sepenuhnya...
baru2 ini...diadakan hari keluarga selama 5hari...agak menarik..
namun perlu banyak diperbaiki dari hari ke hari...
sebagai salah seorang yang melancarkan program tersebut..
banyak pengalaman yang saya dapat...
antara muhasabah yang hendak saya kongsikan adalah...pentingnya solat HAJAT...
memang kita merancang namun..ALLAH S.W.T yang menentukan...
tanpa memohan bantuan dariNYA...kita akan gagal...
dan antara yang lain adalah...kurang melakukan solat berjemaah.
dan kemungkinan besar yang saya rasa adalah...melewat2kan solat..lagi-lagi terlajak solat SUBUH..
sebab malam di musim panas ini memang pendek...tapi itu bukan alasan sepatutnya...
ini adalah muhasabah jujur dari saya...
syukran yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat yang sangup terima ada jua cabaran..
dengan banyaknya berlaku penukaran tentetif program di saat2 akhir...tidak lupa juga pada adik-adik medik yang sanggup menjayakan program hari keluarga tersebut.
cuma pesan saya..jangan serik menolong...dan tuntutlah selama mana kita masih ada masa...
kerana saya selalu dapat nasihat dari orang-orang penting dalam hidup saya..
kesatuan-kesatuan juga...belajar(ilmu)jangan lupa...itu adalah tujuan kita kesini..
dan selalulah tajdidkan niat kita...


p/s..syukran semua...jaga kesihatan..semoga kita tergolong dikalangan orang yang
bersyukur...

Friday, July 11, 2008

berbuatlah kebaikan..




9pesan RASULULLAH s.a.w...

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra
berkata,

Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami
mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam
aku sebelum di Israqkan.... ...."


1. Aku telah melihat seorang dari
umatku telah di datang oleh malaikatul
maut dengan keadaan yg amat
mengerunkan untuk mengambil nyawanya,
maka
malaikat itu terhalang perbuatannya
itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku
telah disediakan azab kubur yang amat
menyeksakan, diselamatkan oleh berkat
WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku
sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan
dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia
diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA
YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku
diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang
dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh
malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSYUK
DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah
melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga
yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari
meminumnya, ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA
ALLAH S.W.T memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk
mendekati kumpulan para nabi yang
sedang
duduk berkumpulan- kumpulan, setiap
kali dia datang dia akan diusir, maka
menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN
YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku
seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku
berada di dalam keadan gelap gelita di
sekelilingnya, sedangkan dia sendiri
di dalam keadaan bingung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA
YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada
tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara
dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya,
maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA
DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA
UMATKU lalu menyeru kepada mereka
agar menyambut bicaranya, lalu
berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-
nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA
YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya
api tersebut.



Saturday, July 5, 2008

sedihnya....


Apabila TUHAN tidak ditakuti...
macam-macam akan terjadi...

sebulan yang lepas saya bertanya khabar kawan di malaysia penuntut UKM...melalui alam maya...
banyak yang kami borakkan...iyer la kawan,,kami sentiasa menukar pendapat,cadangan dan meminta nasihat dan pandangan..

Apa yang ingin saya kongsikan adalah.
ramainya manusia di Johor khususnya ..yang tidak mensyukuri akan ciptaan ALLAH..
terhadap kejadin mereka...
adakah mereka lupa?atau tidak tahu? atau sengaja tidak mahu ambil tahu?
tentang kisah kaum nabi LUT...
Bilamana ALLAH melaknat kaum ini dengan hujani meraka dengan hujan batu...
amat menakutkan hujan itu...
adakah kamu lupa wahai manusia??
Apa yang amat menyedihkan adalah kawan saya yang belajar ilmu agama..
namun kerana iman yang tidak kuat terjebak juga dengan gejala kurang sihat ini...

Apa yang mampu saya ingatkan diri saya dan sahabat-sahabat disana...
adalah...
kita koleksi balik solat(sembahyang) kita..
adakah solat kita..solat yang diingini oleh ALLAH..
kerana solat juga yang mula2 akan di persembahkan di hadapan ALLAHs.w.t...
jangan kita lupa...SESUNGGUHNYA SOLAT ITU MENCEGAH DARI MELAKUKAN KEROSAKAN DAN KEMUNGKARAN...
disini..kita selidik balik...kita perbaiki semula solat kita...
sehingga solat kita itu..mampu menjadikan kita seorang yang menegakkan amal makruf nahi mungkar...
ini lah perkara pertama sekali saya menguji seseorang bila mana saya menjejakkan kaki di ardhul kinanah ini...bagaimana untuk khusyuk dalam solat...
ingat kita solat seolah-olah kita melihat ALLAH..namun jika kita mampu..
ingat...
ALLAH melihat kita...




Friday, July 4, 2008

tewas lagi??


ALLAH berfirman..yang bermaksud,,

"BOLEH JADI KAMU TIDAK MENYENANGI SESUATU,PADAHAL ITU BAIK BAGIMU,DAN BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU,PADAHAL ITU TIDAK BAIK PADAMU.ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI"

Hati ini di uji..
sebenar-benar ujian...
adakah Hati ini suka padanya??
benar..ia amat suka..
namun nikmat itu..memberi peluang kepada
nafsu,,
supaya lebih bermaharajalela
kepada diri...
adakah aku tewas??
selalu b'pesan pada DIRI..
cinta manusia tidak kekal lama...
namun hakikat insani
ingin dicinta..ingin mencinta..
boleh??

??.............??


teringat kata-kata imam ghazali:

Hiduplah sebagaimana engkau sukai..
tapi ingatlah bahawa engkau akan mati...
dan cintailah siapa yang engkau sukai tapi jangan lupa
bahawasanya engkau akan berpisah
dengannya..
dan buatlah apa yang engkau kehendaki..
tapi..
ketahuilah..
bahawasanya engkau akan menerima balasan..
yang setimpal dengan apa yang engkau kerjakan...


diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers