Tuesday, October 21, 2008

"cinta" kau dan aku


Dijadikan Indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang dingini, iaitu wanita. Anak-anak, dan harta”
(al-Imran : 14)

Cinta itu tidak dilarang, malah cinta-mencintai merupakan fitrah dan proses semula jadi manusia yang merupakan satu kesempurnaan bagi setiap insan. Seorang lelaki yang mengasihi wanita dan mengingininya adalah sempurna dan normal. Maksudnya, lelaki tersebut tidak mempunyai kecacatan perasaan berbanding dengan lelaki yang tiada perasaan langsung terhadap wanita.

Cinta itu amat tinggi nilainya jika bertujuan untuk mencari redha Ilahi.
Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah cinta itu dijaja dengan sesuka hati tanpa ada nilai langsung padanya. Jadi bagaimanakah cinta yang bernilai itu?

"....CINTA KERANA ALLAH...."

1. Pastikan setiap luahan cinta itu dibina atas dasar cinta kepada Allah.

Jika anda cintakan seseorang kerana Allah, anda pasti akan lebih bertanggungjawab sebaik mungkin dalam menjaga maruah diri dan agama daripada dosa maksiat.

2. Pastikan cinta yang diraih sama sekali tidak melanggar batas syariat.

Sebaik-baik perhubungan cinta itu sama sekali tidak menjurus seseorang itu kepada dosa yang membawa kepada kemusnahan diri seperti zina.

3. Ubah persepsi bahawa cinta itu sebagai satu budaya sebelum perkahwinan.

Ramai yang anggap cinta sebagai syarat sebelum berkahwin untuk mengenali pasangan masing-masing. Inilah punca lahirnya istilah ber’couple’, ‘awek’, ‘pakwe’, ‘balak’ dan sebagainya dalam masyarakat sekarang.

Lagipun apabila ghairah bercinta, seseorang itu akan tidak akan mempamerkan dirinya yang sebenar. Sifat ‘sempurna’ yang ditunjukkan itu hanyalah sekadar mainan cinta sahaja. Itulah sebabnya mengapa kita lihat banyak pasangan suami isteri yang tidak bahagia kerana apabila perkahwinan didirikan, barulah kita dapat melihat kacang yang buruk disebalik kulitnya yang cantik molek itu.

4. Lakukan solat istikharah dan banyakkan doa sebelum membuat keputusan.

Bagi mereka yang khuatir sama ada pilihan hati untuk didirikan perkahwinan adalah tepat atau tidak. Justeru, Islam menyarankan agar banyakkan berdoa kepada Allah agar pilihan yang dibuat adalah tepat kerana ‘only Allah knows best’.

“Ya Allah, Kurniakanlah aku cinta-Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikanlah cinta terhadap-Mu lebih aku cintai daripada air sejuk”

Dalam masa yang sama, solat istikharah juga penting bagi memastikan pasangan yang dipilih itu menjanjikan kehidupan yang bahagia.

“Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri/suami ku. Kalau tidak baik, ya Allah, elakkanlah”

5. Kahwin kerana agama

Sepertimana sabda Rasulullah SAW :

“Dikahwini wanita itu atas dasar 4 perkara: Harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan”

Ramai antara kita sekarang yang kahwin atas dasar rupa kerana itulah yang berjaya mencuri hatinya. Ini juga salah satu punca keruntuhan rumah tangga. Pilihlah pasangan yang mampu mencuri iman kerana agamalah si pencurinya.

p/s: cinta bemula kerana ALLAH berakhir dengan perkahwinan yang bahagia selamanya..
insya'ALLAH...

Friday, October 17, 2008

pengajaran bersama

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid
dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis
maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu,

"Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah

meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang
hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan
Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.

Setelah

mengikut orang itu,maka Abu Bakar r...a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda
itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam,
maka mereka pun kembali dan

memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian
RasulullahS. A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan
baginda pun berdoakepada Allah S.W.T,
kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia

semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu
Berubahmenjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun
bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah
dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda:"Wahai para sahabatku,

lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat
nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."


Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan

sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular
sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap
darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut,

" Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak

membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.

Allah S.W.T

yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di

antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya...!

astaghfirullah...

Saturday, October 11, 2008

pentingnya dengan siapa kita berkawan!

Dalam kehidupan ini..satu yang kadang kala kita tidak perasan adalah sikap dan sifat kita
yang suka MEMBOROS...
betul ke??
Tidak tahu lah kalau bukan sahabat-sahabat di luar sana...
Namun saya akui dahulu saya ada sifat begitu yang tidak saya sedari..
macam mana saya tahu..sifat ini menghantui hidup saya..??
apabila saya bersahabat dengan manusia yang agak penjimat..
itu lah manusia kan..luaran kita nampak dia seolah-olah senang orangnya..
Tapi apabila kita sudah berkawan,barulah kita kenal siapa sahabat kita yang sebenar.
dalam mendengar kisah hidup sahabat saya yang penjimat, penyabar, pendiam,
membuatkan saya rasa BERSYUKUR dengan apa yang saya miliki selama ini...
rupanya ada lagi manusia yang lebih susah dari saya...cuba sahabat-sahabat sekalian bayangkan dan fikirkan hanya berbekalkan 200 malaysia untuk 2 bulan menjalani kehidupan di mesir??
dengan harga yang semakin menaik...
Entah la mungkin ada yang lagi susah...itu membuat saya benar-benar sedih...
Dengan keluarganya yang mana juga bermasalah...

Hati ini tersentuh...

Sahabat yang selama ini bertegur sapa..makan bersama, tidur bersama,
datang ke mesir dengan kapal terbang yang sama, baru hari ini saya kenal siapakah dia yang sebenar..mungkin ALLAH ingin menyedarkan saya supaya lebih rasa bersyukur dengan apa yang ada...Dan menyuruh saya supaya memperbanyakkan BERSEDEKAH...dan lebih mendekat kan diri ini kepadaNya.
Dan apa yang lebih penting...Saya dapat merasa keperitan yang sahabat saya rasa...apabila dia meluahkan segala masalahnya.

"Ya ALLAH...kau bantu lah sahabatku ini..cekalkan lah hatinya menghadapi mehnah kehidupan ini dengan redha...bantulah hambamu ini ya ALLAH..."
~segala-galanya ku serahkan kepadaMU......~


Wednesday, October 1, 2008

raya di perantauan lagi...:)


Assalamualaikum....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR DAN BATIN...:)


Buat keluarga di Malaysia
Akk sentiasa rindukan kalian..

doakan akk dan kawan-kawan....

Buat sahabat-sahabat saya...
maaf kan diri ini.....
Andai ada hak-hak yang tidak tertunai

Andai ada terkasar bahasa...

"manusia sering, ingin dan hendak membuat yang terbaik pada diri sendiri..
untuk berubah kepada kebaikan..manusia itu memerlukan satu sokongan yang mantap..
supaya perubahan itu sentiasa kekal di dalam...ramadhan & syawal tahun ini...banyak mengajak saya membuat satu anjakan paradikma...supaya saya pandai menguruskan masa-masa saya..
dan macam-macam lagi..."

namun syawal tahun ini...ramai kawan-kawan saya pulang ke malaysia ada yang pulang bercuti..
Ada yang pulang untuk menyambung pengajian di sana(malaysia)...
walaubagai mana pun...kalian tetap di hati saya..
saya ingin memohon ampun banyak-banyak kepada sahabat saya yang saya tidak dapat menghantar kad raya...mungkin kecuaian diri ini..
tapi insya'ALLAH kad raya akan menyusul kemudian..tidak tahun ini..tahun hadapan..
jika diri ini di beri peluang oleh ALLAH untuk terus berada di bumiNya...
syukran kepada sahabat-sahabat atau orang yang tertentu..sudi menghantar atau menelefon untuk mengucap "selamat hari raya"
simple namun amat bermakna.....:)

lastly...kat mana pun kalian berada.."Kenang Daku Dalam Doamu"






diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers