Tuesday, June 9, 2009

"esok kita saling MEMAKI."



Jauhilah penyakit KERAS HATI...


1.Banyak melakukan perbuatan maksiat.
2.Banyak bergaul dengan orang yang enggan beribadah.
3.Banyak makan,minum dan tidur.
4.Banyak ketawa dan bersenda gurau.
5.Kejahilan.
6.Derhaka kepada ibu bapa,MEMUTUSKAN TALI PERSAUDARAAN, dan
MENYAKITI JIRAN TETANGGA.
7.Gemar berkhayal dan mengelamun.

Dan banyak lagi...senang kata janganlah kita hampiri dengan perkara-perkara
yang mukholafah.Iaitu perkara2 yang tidak disukai oleh ALLAH s.w.t

kenapa kita suka bersangka buruk kepada sahabat kita sendiri?
bukankah saling memaafkan lebih baik dan menyejukkan hati?

kenapa kita suka dengar pada sebelah pihak.
sedangkan kita mampu berfikir.wajarnya dengarlah luahan kedua-dua pihak.
barulah buat keputusan.

sekali kita bercakap..selamanya orang akan pegang kata-kata kita.
bila dah cakap..nanti jangan MENYESAL pulak!!.

..sentiasalah berzikir,ialah menjadi penyejuk hati.adakala kita rasa sahabat kita terlalu kejam
dengan kita..
namun pernahkah kita terfikir kita sebenarnya yang kejam dengan diri kita sendiri?
berilah peluang kepada diri kita untuk menerima kekurangan orang lain juga kekurangan
yang ada pada diri kita.

5 comments:

SoPhie said...

Kawan

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.

Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!


post je entry ni.. biar kawan2 lain blaja camne nak jadi kawan yg baik..

Ummu Mishkah said...

teori memang kedengarannya cukup senang tapi nak apply tu bukan sesuatu yg mudah kan? kena ada mujahadah sikit... :)

sitihumaira samsudin.. said...

betul3..dan mmerlukan kesabaran yang banyak..
bak kata orang..
"orang sekarang suka bersenjatakan mulut.."
cukup lah bagi kita
"bersenjatakan sabar.."..:)

Ibnu Ali said...

Ape nak syarah panjang2? Susah nak ingat. Saudari SoPhie boleh ke ingat panjang2 tuh? huhu

Amik jer rukun baiah kesembilan Ukhuwwah dalam Risalah Taklim:

"Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah. Akidah adalah ikatan yang paling kuat dan paling berharga. Ukhuwwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan yang saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kesejahteraan yang paling renda ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain dari diri sendiri)."

Anonymous said...

erm..mereka bebas memberi pandangan masing2..
asalkan ia tidak becanggah..
hehehe..saje komen

diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers