Friday, June 19, 2009

kemana kita tumpahkan CINTA kita???





Bismillah...salam buat semua yang mengenali diri ini..juga yang tidak mengenali..he3
cepat2 selamatkan iman kita...astaghfirullah..:)
buat sahabat...
setiap yang hidup itu berpasangan...begitulah keindahan ciptaan ALLAH yang maha pemurah,tidak di biarkan bumi ini sepi tanpa pelapis...jadi bila berpasangan dengan cara halal maka generasi yang dilahirkan akan bersih dari fitnah dan tohmahan...:)

sekarang ramai kawan-kawan saya telah dan akan mendirikan rumahtangga...tahniah tuk kalian..saya bila pula..haha (tunggu yer..he3)

antara kepentingan rumahtangga...
kita perlu ingat didalam perkahwinan bukan sebuah pemilikan namun ia adalah satu perkongsian.dengan perkahwinan akan:

1.memenuhi dorongan fitrah.

2.menciptakan ketenteraman jiwa.

3.berlindung dari godaan syaitan.



(sekadar hiasan-gambar nikah kakak saya..:) i pinjam yer...)

pemilihan bagi calon isteri

1.muslimah(agama)

"jangan kahwini wanita musyrik hingga mereka beriman".

2.bebudi pekerti dan berakhlak mulia.

"sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah.

3.berparas cantik

4.tidak mandul

5.masih anak dara.

rasulullah bersabda"kalian harus berkahwin dengan perawan kerana tutur kata mereka lebih sopan,rahim lebih subuh dan lebih redha yang lebih sedikit.

6.tidak ada hubungan berabat.

7.mahar yang murah

rasulullah besabda:"sebahagian dari keberkatan wanita adalah yang mudah di lamar dan murah maharnya.

dari riwayat yang lain:"sebahagian dari keberkatan wanita yang lain adalah cepat bersuami, cepat melehirkan anak dan murah maharnya.


(sekadar hiasan...-nikah abang saya-adeqmu pinjam yer..)

antara calon suami:

1.taat beragama

suatu ketika ada seorang datang kepada saidina hassan bertanya ramai orang telah melamar puteriku,maka kepada siapakan yang harus aku kahwinkan dia??

saidina hassan menjawab:"kahwinkanlah dengan orang yang bertakwa..kalau ia mencintai ia akan menghormatinya dan kalau ia membenci ia tidak akan menganiayainya.

2.tidak fasik (dayus)

3.bukan seorang kaki mengayat..

4.sekufu

5.tidak ada faktor yang mencegah perkahwinan

Maka disini perempuan juga perlu memilih watak macam mana lelaki yang hendak di pilih untuk menjadi ketua bagi keluarganya kelak.
dan tidak salah wanita melamar lelaki sekiranya dia yakin lelaki itu pentaat agamanya...:)
kita mampu mengubahnya...
"jangan berhenti mengharap kepada ALLAH..."

p/s:..saya di takdim untuk memberi sedikit tazkirah mengenai bait muslim.jangan salah faham :).sebab tuh saya post mengenai kahwen..tapi tak salah tuk persiapan saya jugakan..he3

"kullil haq walaukana murron...!!"

Tuesday, June 9, 2009

"esok kita saling MEMAKI."



Jauhilah penyakit KERAS HATI...


1.Banyak melakukan perbuatan maksiat.
2.Banyak bergaul dengan orang yang enggan beribadah.
3.Banyak makan,minum dan tidur.
4.Banyak ketawa dan bersenda gurau.
5.Kejahilan.
6.Derhaka kepada ibu bapa,MEMUTUSKAN TALI PERSAUDARAAN, dan
MENYAKITI JIRAN TETANGGA.
7.Gemar berkhayal dan mengelamun.

Dan banyak lagi...senang kata janganlah kita hampiri dengan perkara-perkara
yang mukholafah.Iaitu perkara2 yang tidak disukai oleh ALLAH s.w.t

kenapa kita suka bersangka buruk kepada sahabat kita sendiri?
bukankah saling memaafkan lebih baik dan menyejukkan hati?

kenapa kita suka dengar pada sebelah pihak.
sedangkan kita mampu berfikir.wajarnya dengarlah luahan kedua-dua pihak.
barulah buat keputusan.

sekali kita bercakap..selamanya orang akan pegang kata-kata kita.
bila dah cakap..nanti jangan MENYESAL pulak!!.

..sentiasalah berzikir,ialah menjadi penyejuk hati.adakala kita rasa sahabat kita terlalu kejam
dengan kita..
namun pernahkah kita terfikir kita sebenarnya yang kejam dengan diri kita sendiri?
berilah peluang kepada diri kita untuk menerima kekurangan orang lain juga kekurangan
yang ada pada diri kita.

Friday, June 5, 2009

pilihan..


Andai satu hari..nanti
kau diberi SATU AMANAH..
Andai satu hari..nanti
kau di minta memberi TEGURAN..
Andai satu hari..nanti
kau ingin BERUBAH..

Jalankanlah amanah itu dengan..SEJUJURNYA.
lakukanlah TEGURAN ITU dengan sangat berhemah.
dengan cara berdepan.Bukanlah dikalayak ramai.
apabila kau ingin berubah.
berubahlah dengan petunjukNya.





namun janganlah kau pernah rasa menyesal atas KEJUJURANMU

dalam menegakkan perkara-perkara yang hak.
janganlah kau biarkan sabahat mu..terus merasa benar dalam tindak tanduknya
sedangkan tindakan itu salah.
janganlah kau menyesal jika engkau insan terpilih untuk BERUBAH.

tiada manusia yang tidak diuji.
lagi-lagi jika satu hari kau dipilih olehNya untuk
jalankan AMANAH.Maka,
sentiasa mememohon pertolongan dari ALLAH.
kerana hanya ALLAH sahajalah tempat kau mengadu segala dugaan yang datang kepadamu.
Dan berserahlah segalanya kepada ALLAH kerana dia sahaja yang tidak akan mengecewakan HARAPANMU.

p/s:
tegurlah aku.
ingatkanlah aku.
jadikanlah aku sahabat yang terbaik.Maafkan aku teman.

Monday, June 1, 2009



hari ni....sorang-sorang lagi..!!!!
esok pun mesti sorang-sorang lagi...!!!
hari-hari jalan sorang-sorang...

tapi sebenarnya...kita tak sorang-sorang pun.
ALLAH sentiasa bersama kita jika kita sentiasa menginggatiNya.
tak percaya???btul...
percayalah....

actly tak de benda nak posting pon...just nak taip
tadi g m**** sorang-sorang...yelah belum berduakan..ahaks!

tengah jalan2 tu..nampak la kat depan hospital(rabaah)ni.
ada sorang makcik tu mata dia..sakit kot.

*mestilah sakit terang-terang baru keluar hospital.

dah macam lanun sebelah mata dia...hati terdetik mesti dia bedah mata..
doaku..
moga allah cepatkan sembuh untuk dia..amin.

tu lah kehidupan...rajin la doakan untuk orang sekeliling kita.
sebab manalah tahu dalam diam dia jugak mendoakan untuk kita.
sapa yang untung???

bukan senang nak buat pahala...dan bukan senang-senang je
kalian ingin buat dosa...:)

ending...harap2 tak mengulang paper tdi(doa sama2.)


diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers