Friday, June 27, 2008

hagah qanatir...





























*kenangan di dalam feri..cantik tak??*
...SUBHANALLAH...

Assalamualikum...
pada 24jun saya dan sahabat2 telah melawat ke QANATIR...
banyak kenangan kami disana..antaranya menaiki kuda..orang kata untuk melangsingkan
badan juga dengan menaiki kuda...benarkah??
entah saya tidak tahu..kawan-kawan yang kata....
kami pergi bukan suka-suka semata2...bukan berseronok semata-mata...
sebenarnya saya posting pasal jaulah ke qanatir..untuk menolak tafsiran sahabat2...
ada yang mengatakan nak ilmu tidak boleh fikirkan pasal jaulah(jalan2)
bukankah dengan jaulah juga kita mendapat ilmu lain...
cuma ianya tidak dengan kitab di tangan...
apa yang ingin saya kongsi kan adalah....

kami bermain kotak beracun..dan saya salah seorang insan yang terpilih dengan diberi tajuk "Selawat ke Atas Nabi s.a.w".....
bercakap dalam 5 minit...
tazkirah saya....
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "

"Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku 'Azzawajalla maka dia (jibrail) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari ummatmu, Allah s. w. t. mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat baginya sepuluh darjat dan menolak atasnya (membalas) yang seumpamanya."

"Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan penghapus (dosa) bagimu."

Ingatlah para sahabat2 sekalian dengan kita berselawat..
kita mendapat syafaat dari kekasih ALLAH...
dimana dosa kita terhapus..mendapat ketenangan jiwa...sentiasa ingin memperbaiki diri...
kita juga tergolong diantara orang yang tidak melupakan kekasih kita..(nabi muhammmad s.a.w)
dimana memperoleh petunjuk dan menghidupkan hati yang lalai lagi leka...

sempena hari jumaat ni...perbanyakkanlah berselawat...

Allah telah berfirman:
"maka berlumba-lumbalah membuat kebaikan"

sekian....

p/s: syukran pada sahabat2 yang sudi menjayakan program IC adik-adik baru...
dan thanks makanan sarapan yang di sediakan dari sya'ah 4 catering...
jasa kalian hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya...
sejenak bersama seabad terasa...:)

No comments:

diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers