Wednesday, November 16, 2011

saya nak jadi paling cantik...~~

Bismillah..
Assalamualikum...

Azam tahun nih nak jadi cantik...adakah solek tebal2 boleh buat saya nampak cantik dan menawan??
ermm kawan-kawan kata nak nampak cantik jika muka pucat mesti dengan solekan tapi jangan tebal-tebal sangat..

namun di fikiran terdetik adakah saya tidak bersyukur atas sgala nikmat yang diberikan??
saya cukup bersyukur atas dugaan dan nikmat yang ALLAH berikan kerana segalanya ada hikmahnya..ya kita tidak tahu hikmah itu..namun saya yakin ia pasti ada..

sebenarnya sahabat2 seperjuangan cantik disini bukanlah cantik paras rupa..
orang yang paling cantik adalah orang mempunyai AKHLAK yang BAIK...
itu yang di fikirkan ketika ingin menyambut usia yang semakin matang 16.11.????

saya pohon doa dari sahabat2 yang mengenali atau terbaca entri ini..moga kita dikalangan orang-orang yang sentiasa ingin diubah dan merubah kepada lebih baik..
akhlak yang baik memerlukan jiwa yang kental dan hati yang cukup kering..
sekering daun di musim sejuk ini...moga saya thabat YA ALLAH..

"Berkata Benar Walaupun Ianya Pahit.."


Monday, November 14, 2011

kualiti yang ku perlukan~~~

Assalamualaikum...

Dua hari lepas saya bersama-sama kawan2 di ARMA satu aras dengan saya mengajak ke makam aulia,kalau diingat sudah lama tidak berjaulah begitu anjuran mana2 persatuan..

apa yang ingin saya kongsikan adalah semasa perjalanan kami, kami berpeluang untuk menziarahi makam wali shoghir (wali kecil) anak kecik yang di kurniakan ALLAH s.w.t satu kelebihan sudah khatam al-quran ketika usia kecil dan mampu bertutur dengan fasih dan lancar.wafat ketika usia 4 tahun.Subhanallah....

untuk kali ini sudah 4 kali saya ke makam(tidak silap saya) itu dan kali ini terlintas di hati ini ingin bertanya kepada ibu si anak kecil apakah rahsia dia melahirkan anak yang soleh sebegitu..dan tanpa segan silu kami bertanyakan kepada si ibu dan dia hanya menjawab "aku bersalin seperti orang lain bersalin,tiada beza.." kami diam dan senyum sesama sendiri.

saya hanya diam tidak memaksa namun di sudut hati sangat ingin mengetahui rahsia itu sebelum kami pulang dengan rasa hormat kami bersalaman di kala itu si ibu menambah...
"aku doakan kamu semua najah(berjaya) dan dapat berkahwin dengan syeikh..kami amin dan berlalu pulang..."

sebenarnya di masa dahulu si ibu pernah memberi tahu rahsia itu..namun saya melupakannya sehinggalah keesokan harinya datang seorang sahabat saya telah mengingatkan kembali adakah sahabat ingin tahu??

ada dua pertuanya...
1)doanya untuk berkahwin dengan syeikh kerna soleh mereka...(berkahwin dengan orang yang soleh)

-wanita yang solehah wajib berkahwin dengan yang suami soleh kerana lelaki adalah ketua keluarga hanya mereka mampu mengekalkan kesolehan isteri mereka dengan bantuan suami yang soleh tadi.

2)si ibu pernah berkata "aku bukan penghafal Al-Quran,namun aku cuba menghafalnya dan megkhatamkannya..."

maka bagi ibu2 yang sedang mengandung perbanyyakkanlah membaca Al-Quran dan berusaha mengkhatamkannya..kerana dalam masa mengandung banyak dugaan keboringan dan ketakutan untuk menghadapi saat2 bersalin..carilah peneman yang sangat banyak memberi syafaat kepada kalian iaitu Al-Quran,bersahabatlah dengan Al-Quran.:)

P/s: gambar di atas adalah ibubapa kepada wali kecil itu..semoga ALLAH menambahkan keimanan kepada kita..ya ALLAH kami memohon rahmatMU...amin.





suasana di Mesir begitu biasa dengan politik...ia membuatkan ada sesetengah pihak kurang senang dengan keterbukaan itu,namun ia adalah keterbukaan yang positif kerana Mahasiswa adalah mereka yang memerlukan ikon yang jelas untuk usia matang kelak..
mereka harus mencuba dan mengenali semua sudut bukan sahaja politik malah semua aspek..kerana mahasiswa adalah pemimpin akan datang.

jadi mereka wajib banyak membaca dan mengetahui sambil mengambil tahu dari semua hal,supaya mereka tidak mudah dirobotkan oleh mereka yang hanya mementingkan hak mereka dari islam...dan itu semua yang disarankan oleh islam..

keperibadian yang berkualiti sangat dan amat payah...seperti budak yang berusaha untuk berjalan akan ada jatuhnya,akan ada tangisannya..dan ia bermula bukan sehari dua namun memakan masa, keberjayaan itu terhasil dengan usaha yang gigih.juga azam yang kuat.

meningkatkan kualiti didalam diri memerlukan sokongan dan dorongan luar..supaya bila mana badai datang melanda diri tidak mudah kaku dan jatuh.seperti kejayaan semua orang boleh berjaya namun untuk mengekalkan kejayaan itu amat payah.

maka sahabat2ku..tambahkan kualiti anda dalam berkerja juga membina identiti diri..
jangan malu untuk bertanya dan memberi pendapat..biar kita malu diusia mahasiswa ini..
biar kita jujur dalam memperkatakan yang haq,
pemikir untuk ummat akan datang bermula kualiti yang kita ukir dari hari ini,
kejayaan islam akan datang memerlukan kefahaman islam bermula pada hari ini...

Monday, November 7, 2011

erti sebenar...

Bismillah...Assalamualaikum.
Alhamdulillah hari ini kekuatan itu masih di pinjamkan pada hambaMu ini yaRahman.

Apa khabar imanmu wahai diri juga sahabat2??

Selamat Hari Raya Aidiladha buat keluarga,sahabat2 dan siapa2 yang mengenali diri ini..
sekejap benar masa berlalu.seperti baru semalam menjejakkan kaki ke bumi mesir ini, selama 5 tahun berada di mesir baru semalam saya solat raya bersama orang arab.seronok.:)

antara kelebihan yang nak di ambik ibrah(pengajaran) pada bulan zulhijjah ini adalah mengenai pengorbanan..yang telah di lakukan oleh nabi ALLAH Ibrahim dan banyak lagi yang pernah saya entrikan sebelum ini.

sayu beraya di negara orang ini.bak kata pepatah hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri..namun atas dasar perjuangan untukmu negara islam biarlah kegembiraan itu terpancar di akhirat kelak..


kesedihan juga terasa apabila keluarga menyambut hari bahagia iaitu menyambut tetamu baru secara serentak..baru2 ini bulan oktober kakak kesayangan saya selamat bernikah dengan en.zakri ermm..diri ini pun masih belum kesempatan untuk berkenal dengan abang ipar saya..:)
bulan ini pula abag saya pula akan menyusul khabarnya 11.11.11..huhu tentu ramai orang yang berminat untuk mengambil tarikh ini untuk menjadi kenangan abadi mereka..termasuklah abag kesayangan saya..:)
dan majlis mereka akan berlangsung pada bulan depan.
walaubagaimana pun adindamu sentiasa akan doakan yang terbaik buat kalian..:)
moga dimudahkan dan perancangan berjalan dengan lancar tanpa say
a di sisi kalian.:)



kesedihan itu ditambah dengan berita kemalangan sahabat baik saya syafawati bt.sini
tapi alhamdulillah tidak teruk mana tapi cukup merisaukan.segalanya kuserahkan kepadamu
ya ALLAH...(innalillah)

semua yang berlaku ada hikmahnya...:)

di kesempatan ini ku ulangi banyakkan bertakbir selagi di pinjamkan kudrat itu.
banyakkan melakukan amar makruf nahi mungkar.
"Berkata Benarlah Walaupun Amat Payah"
Aku mencari rahmatmu Ya Rabb...~~~


diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers