Tuesday, November 25, 2008

adakah kita menyesal...


Di suatu malam..

Umai kenapa wanita di ciptakan???
kalau sememangnya wanita itu menjadi fitnah kepada dunia..?tanya seseorang kepada saya.

Akak..memang wanita itu diciptakan untuk menjadi perhiasan dunia..Namun kita sebagai wanita
hendaklah memilih untuk menjadi MUTIARA atau pun BATU??
mutiara yang menyinari dunia dengan sinar cahaya sentiasa bergemerlapanatau ingin menjadi batu yang tidak bernilai malah mudah didapati..
wanita itu akan menjadi fitnah bila mana dia membuka jalan fasik untuk dirinya..
malahan firnah tu bukan terkena pada dirinya sahaja..
malah kepada seluruh insan bergelar wanita khususnya..

yerlah kalau dah macam tu..kenapa ALLAH mencipta wanita??
akak rasa menyesal menjadi wanita..akak tadi menyambung

Akak..ALLAH tidak mencipta sesuatu tanpa sebab..
Oleh itu untuk diri kita tidak menjadi fitnah kepada dunia mahupun akhirat nanti..
kita perlulah membekalkan diri kita ilmu,iman dan akhlak..

Akak wanita itu mudah untuk masuk neraka mahupun syurga..
apabila dia membuka jalan-jalan fitnah pada dirinya maka teranglah jalannya untuk ke neraka
tapi,bila dia mengawal nafsunya dengan ilmu dan iman yang ada...bagi yang sudah berkahwin apa yang paling mudah ialah melayan suami insyaALLAH syurga menantinya.

dan akak perlu tahu menjadi seorang wanita yang bergelah muslimah adalah dengan wanita itu kenal siapa penciptanya iaitu ALLAH swt..kerana hidupnya lebih teratur dan berhala tuju.
wanita yang meletakkan cintanya tertinggi kepada ALLAH swt.akan merasa bersyukur akan pencintaanya di dunia ini..
kerana wanita itu akan melahirkan,mendidik membimbing anak-anak mereka untuk menjadi pejuang atau musuh di dalam islam..
semua bergantung kepada seorang wanita..

Akak kena ingat..sebodoh-bodoh wanita mampu melemahkan sepandai-pandai lelaki.
namun janganlah kita yang menjadi pintu fitnah berterusan.

~sebelum akak ni pulang ke tanah airnya..
sempat saya hadiah kepadanya sebuah buku yang menceritakan tentang wanita-wanita sekitar rasul..supaya menjadi dirinya kuat dan lebih bersemangat untuk tahu kedudukan dan meletakkan wanita itu di mata dunia.~

3 comments:

Anonymous said...

Di dunia hari ini hakikatnya wanitalah ketua negara, para menteri, pegawai dan pemerintah. Mereka menggunakan kuasa dan jawatan suami untuk salurkan cita-cita mereka. Ibarat wayang kulit, isteri jadi dalang. Suami adalah patung-patung wayang kulit yang digerakkan oleh dalang.

SALAM UKHWAH.

Anonymous said...

lelaki dan wanita adalah sama di sisi Allah. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan.
Manusia yang unggul dapat dijadikan teladan ialah Rasulullah dan para isteri baginda

Anonymous said...

setiap manusia bebas memberi pandangan.
dan setiap pandangan mereka berbeza-beza.
lebih baik kita meraihkan pandangan mereka.
bukan bermakna kita menerima atau menolak.:-)

diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers