Friday, September 19, 2008

penawar nafsu???


Allah S.W.T telah berfirman di dalam surah yusuf ayat 53.Yang bermaksud:
"sesngguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan"

Rasulullah S.A.W juga telah bersabda:
"sejahat-jahat musuh kamu ialah yang terletak di antara dua lambungmu."

didalam diri setiap manusia Allah telah mengurniakan satu sifat yang mana manusia sendiri
harus mengawasinya...Jika tidak, sifat itu akan di kawal oleh syaitan..
Iaitu NAFSU...

Rasulullah sendiri pernah berkata kepada para sahabat beliau bahawa..
memerangi hawa nafsu itu adalah satu peperangan yang cukup dan paling besar.
ia adalah kerana musuh pada hawa nafsu ini tidak kelihatan.dan ia sukar untuk diperangi.Ia berada di dalam diri kita dan bila-bila masa sahaja boleh menyerang sekiranya kita lalai untuk mengawal dan mendidik diri kita..

Inilah senjata utama yang digunakan oleh syaitan untuk merosakkan manusia secara halus..
namun begitu kita sebagai manusia tidak bererti bahawa kita tidak memerlukan kepada nafsu sesungguhnya ia(nafsu) pemberian Allah.Nafsu juga pendorong yang mengalakkan manusia untuk terus berusaha demi mencapai sesuatu matlamat.

Dan penawar kepada melawan hawa nafsu adalah dengan???mengamalkan amalan berlapar..
kerana dengan berlapar :
-menjernihkan hati dan menajamkan akal..Rasulullah bersabda: "barangsiapa melaparkan perutnya nescaya besar fikirannya dan bijaksana hatinya.
-memecahkan semua hawa nafsu syahwat yang mendorong supaya melakukan maksiat.
-bersungguh-sungguh dalam beribadat.

banyak lagi kelebihan perpuasa...yang sedemikian perlulah kita sedari syaitan seringkali mengoda manusia supaya tidak tunduk dan taat pada Allah..
Jadi didiklah diri kita di dalam medan tarbiah(bulan puasa) ini supaya..kita diantara hamba-hamba yang berjaya mengawal hawa nafsu kita degan sentiasa melakukan pekara-perkara kebaikan.
wallahuaklam....:)

No comments:

diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers