"janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati..padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang BERIMAN.." ..surah al-imran139..
Friday, September 19, 2008
sensitifkah kita?
semakin lama kita leka..semakin banyak jiwa-jiwa kosong yang menderita...
apa tindakan kita..jujur saya tak sanggup melihat video ini..senikata lagu ini sudah mampu membuat saya berfikir sematang-matangnya...astaghfirullah..
sampai hati manusia yer???
penawar nafsu???
Allah S.W.T telah berfirman di dalam surah yusuf ayat 53.Yang bermaksud:
"sesngguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan"
Rasulullah S.A.W juga telah bersabda:
"sejahat-jahat musuh kamu ialah yang terletak di antara dua lambungmu."
didalam diri setiap manusia Allah telah mengurniakan satu sifat yang mana manusia sendiri
harus mengawasinya...Jika tidak, sifat itu akan di kawal oleh syaitan..
Iaitu NAFSU...
Rasulullah sendiri pernah berkata kepada para sahabat beliau bahawa..
memerangi hawa nafsu itu adalah satu peperangan yang cukup dan paling besar.
ia adalah kerana musuh pada hawa nafsu ini tidak kelihatan.dan ia sukar untuk diperangi.Ia berada di dalam diri kita dan bila-bila masa sahaja boleh menyerang sekiranya kita lalai untuk mengawal dan mendidik diri kita..
Inilah senjata utama yang digunakan oleh syaitan untuk merosakkan manusia secara halus..
namun begitu kita sebagai manusia tidak bererti bahawa kita tidak memerlukan kepada nafsu sesungguhnya ia(nafsu) pemberian Allah.Nafsu juga pendorong yang mengalakkan manusia untuk terus berusaha demi mencapai sesuatu matlamat.
Dan penawar kepada melawan hawa nafsu adalah dengan???mengamalkan amalan berlapar..
kerana dengan berlapar :
-menjernihkan hati dan menajamkan akal..Rasulullah bersabda: "barangsiapa melaparkan perutnya nescaya besar fikirannya dan bijaksana hatinya.
-memecahkan semua hawa nafsu syahwat yang mendorong supaya melakukan maksiat.
-bersungguh-sungguh dalam beribadat.
banyak lagi kelebihan perpuasa...yang sedemikian perlulah kita sedari syaitan seringkali mengoda manusia supaya tidak tunduk dan taat pada Allah..
Jadi didiklah diri kita di dalam medan tarbiah(bulan puasa) ini supaya..kita diantara hamba-hamba yang berjaya mengawal hawa nafsu kita degan sentiasa melakukan pekara-perkara kebaikan.
wallahuaklam....:)
Tuesday, September 16, 2008
THANK'S IBU
ANDAI INI YANG TERAKHIR
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia....meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN
P/S:warkah dari ibu (ibu kepada kawan saya)...thnks 4 ur email...salam ramadhan juga.
Subscribe to:
Posts (Atom)
diri ini..
- sitihumaira samsudin..
- Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...