Thursday, August 28, 2008

berpijak di bumi yang sebenar





Assalamualaikum...
lama sudah blog ini tidak di posting...sempena akan menjelangnya bulan Ramadhan.
marilah kita membanyakkan beribadat,beristighfar dan memon ampun dari ALLAH SWT...
mari la kita sama-sama bertaubat...marilah kita memperbaiki niat kita..
membuat seberapa banyak kebaikan...sahabat yang saya kasihi...
kita perlu tahu..taubat seseorang itu tidak kuat dan tidak lengkap selagi mana masih ada di dalam diri kita baki KEJAHATAN...
jadi untuk kita membuang segala kejahatan adalah dengan KEBAIKAN...

ALLAH swt telah berfirman:

"Sesungguhnya perbuatan yang BAIK itu menghapuskan (dosa) yakni perbuatan yang buruk".
(surah hud:114)
Sabda Nabi muhammad saw:

"Bertaqwalah kamu kepada ALLAH SWT di mana sahaja kamu berada
susuli (ikuti) kejahatan dengan KEAIKAN, nescaya ia(KEBAIKAN) akan menghapuskannya (kejahatan) dan gaulilah manusia dengan pergaulan (akhlak) yang BAIK".

Kata-kata Imam Al-Ghazali :

"sesungguhnya penyakit diubati dengan jalan yang bertentangan dengannya.
Setiap kegelapan yang menyelubungi kamar hati (akibat perbuatan dosa dan maksiat) tidak akan terhapus melainkan dengan kilauan cahaya yang terdapat pada KEBAIKAN".

pejam celik...kita akan menyambut bulan Ramadhan lagi...mari la kita membuat kebaikan bagi yang tidak dapat buat pada bulan yang sebelumnya..pada bulan yang akan mungunjung tiba ni mita banyakkan amalan dan kebaikan kalau kita tidak mula kan dari sekarang bila lagi?
tapi...nak dikatakan membuat kebaikan ni mesti nak balasan..itu la manusia..
namun sahabat-sahabat kena dan perlu sedar...segala kebaikan kita akan di nilai dan di balas di akhirat kelak..itu la juga saham kita di sana(akhirat)..dan banyakkan lah BERSEDEKAH.

Tahniah pada sahabat-sahabat yang berjaya dalam imtihan pada yang belum berjaya..mari kita berusaha lagi...ada satu nasihat yang ingin saya kongsikan disaat saya futur...hadir seseorang berkata.."dik kat akhirat nanti...ALLAH tak tanya kita najah ke tidak..tapi ALLAH tanya apakah yang kita telah buat untuk ISLAM??."
namun kita juga perlu berusaha...untuk menunjukkan yang kita boleh berjaya dan akan berjaya...bila akan bermula kejayaan itu?
dari SEKARANG dan bukan besok lusa atau tulat...!!!


No comments:

diri ini..

My photo
Anak ke-3 dari 11 orang adik beradik, Dilahirkan Pada 16 November 1987 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.. ~setiap saat ku untuk ISLAM~ -saya tidak pandai..saya tidak mempunyai ingatan yang kuat macam kalian.. saya tidak mahu apa-apa hanya ingin menjadi hambaNya yang BERTAQWA..kerana saya yakin janjiNya yang pasti... cukuplah berusaha untuk menjadi seorang yang SOLEHAH untuk Diri,Keluarga Dan Masyarakat...

Followers